13
Sep
06

Jawapan Panjang Buat Amin Ahmad

amin ahmad menanyakan:

Salam.
Dato’ Seri,

1) Tidak sedikit yang berpendapat bahawa Dato’ Seri kelihatan sangat tidak bersedia dan tidak menunjukkan wibawa seperti yang dikenali ketika program Hard Talk satu waktu dulu. Yang nyata, program tersebut disaksikan kelas masyarakat yang tidak kurang penting dalam mendokong gerakan reformasi.

2) Dalam satu dialog bersama mahasiswa sebaik Dato’ Seri pulang dari Munich dulu, saya pernah menyoal Dato’ Seri di meja makan tentang hubungan PAS, DAP dan keADILan. Dalam wawancara yang pernah saya baca, Dato’ Seri mengatakan bahawa kedua-dua parti memilih untuk berjuang secara berasingan. Adakah ini indikator yang menunjukkan bahawa usaha menukar pemerintahan yang ada akan terus hanyut? PAS dan DAP punya grassroot yang tidak kecil dan tidak kurang pengalaman berbanding keADILan.

3) Saya berpendapat pimpinan keADILan belum cukup berani meniti isu kaum dan agama di Malaysia. Respon lambat! Ini tidak menggambarkan wibawa..

4) Sebagai bekas pimpinan pelajar, berani saya katakan bahawa umumnya mahasiswa tidak percaya Dato’ Seri terlibat dalam skandal seks. Tentang rasuah dan juga hubungan baik dengan Amerika, mereka tetap berpendapat bahawa Dato’ Seri punya ’saham’ dalam korupsi kerajaan.
Namun, yang lebih penting ialah, mereka memilih UMNO/BN kerana Melayu (dalam konteks yang sempit seperti yang telah Dato’ Seri hurai dalam banyak pertemuan dan ceramah). Saya kira di sini titik tolak dalam politik Malaysia yang mesti dipandang oleh BA khususnya keADILan dan ia sudah pasti akan lebih menyengat bila dikaitkan dengan hal ehwal ekonomi. Di sini, saya mengharapkan Agenda Ekonomi Baru akan mampu menangani permasalahan ini dan dikuasai sepenuhnya oleh aktivis parti.

5) Saya punya kenalan yang pernah menjadi ahli ABIM sebelum beliau ke Al-Azhar. Selepas pulang, katanya hanya PAS Parti Islam yang sah dan WAJIB didokong. Itu katanya berdasarkan tingkat ilmu. Justeru, saya kira amat penting untuk disebarkan bagaimana persetujuan antara Dato’ Seri dengan Arwah Ustaz Fadzil. Lain tentang itu, saya dapat tahu ‘engagement’ antara PAS dan Dato’ Seri dalam bentuk dialog telah wujud bila Dato’ Seri hujahkan kepada Dato’ Harun Din dan TG Hj Hadi di Munich tentang Negara Islam..saya kira ini juga perlu dihebahkan. Sejujurnya saya dan ramai kawan-kawan tidak fikir PAS akan berubah..malah sudah ada riak melihat bahawa Dato’ Seri adalah pintu masuk faham liberal yang akan memberi masalah, kununnya, kepada gerakan Islam di Malaysia..

Mohon penjelasan..

sdr amin ahmad,

1. Saya juga sering mendapat respon dan teguran serta memperbaiki jika perlu.

2. KeADILan masih meneruskan perbincangan dan kerjasama secara berasingan dengan PAS dan DAP. Kerjasama minima saperti yang berlaku di pilihanraya negeri Sarawak yang lalu dengan persetujuan meletakkan satu calon di setiap kawasan DUN melawan BN serta menumpukan kapada agenda pembaharuan adalah langkah positif. Tetapi usaha memupuk kerjasama dan strategi bersama di kalangan pembangkang perlu diteruskan.

3. Pendirian KeADILan dalam isu kaum dan agama paling jelas. Sdr dapat merujuk kapada kenyataan yang dikeluarkan.

4. Saya tidak hiraukan kecaman melulu tanpa sebarang bukti. Bukti jelas ialah mengenai bayaran berjuta dolar Amerika kapada kumpulan lobi Washington DC termasuk Abramoff, mulanya olih Tun Dr M dan disambung olih PM Abdullah. Ini yang perlu disoal, bukannya tuduhan melulu. Begitu juga dengan soal rasuah. Puluhan lapuran telah dikemukakan dengan bukti tetapi tidak ada tindakan. Agenda Ekonomi Malaysia akan terus dikupas dan Tan Sri Khalid Ibrahim ditugaskan untuk mengetuai pasukan tersebut.

5. Pandangan Almarhum Ustaz Fadhil Nor berdasarkan pertimbangan matang. Saya juga hargai penyertaan rakan-rakan kadalam PAS. Mengenai KeADILan, tugasnya juga berat dan mencabar kerana terpaksa berdepan dengan kenyataan ahli dan masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Hubungan saya dengan badan-badan Islam tetap baik. Kekeliruan, jika ada lebih dijaja olih musuh politik kerana isu sensitif saperti kes Moorthy, IFC dan Perkara 11 telah saya jelaskan dalam sidang SHURA.


1 Response to “Jawapan Panjang Buat Amin Ahmad”


  1. 1 Amin Ahmad Sep 13th, 2006 at 12:31 pm

    Terima kasih atas jawapan yang diberikan.

    Saya berharap kerjasama yang minima perlu ditingkatkan. Sudah tentu ada dasar tertentu dalam PAS dan DAP yang penting dan sangat menentukan dalam hubungan yang ada.

    Penjelasan Dato’ Seri dalam sidang SHURA sepatutnya dihebahkan. Yang keliru bukan sedikit, yang tidak punya akses bukan sedikit. Mereka inilah yang akan mengundi kelak.

    Moga sinar baru akan menerangi Malaysia.

    Bukan kerana keADILan, UMNO, PAS, DAP dan sbgnya..tapi kerana rakyat Malaysia, insyaAllah.

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

September 2006
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930