hello again,
I’m matt @ malaysia_118, the originator who suggested the idea.
Let me just add a few more things. The very basic idea behind this is simply because we the malaysian public are simply cut-off from the Anwar/Keadilan movement which is said to be gaining momentum the past few months.
I’ve been following closely & supportive of Anwar ever since 2 Sep 1998. Being a staunch supporter that I consider myself to be, I make every effort to attend any ceramah/gathering held by Keadilan & company despite my hectic work schedule. No matter how closely I try to monitor the opportunity to join together any gatherings, I still feel that I’m not getting enough info & latest development/comments by the opposition side.
I’ve commented earlier in my other post to Anwar that Keadilan’s website is simply pathetic. (I was also the one who suggested that a Shadow Cabinet be set up, though Anwar did not seem so keen for now).
Can you just imagine, even a strong supporter of Keadilan has no clue of who’s who in Keadilan latest lineup of officials. You can’t even see updated photos or biography of other worthy officials other than the President & Adviser, and perhaps the new Treasurer. Let alone what they have done for the country!
I can’t even find out when & where is the next ceramah by Keadilan from the website. Do I also have to mention that the website always not accessible? Even as I write this, I’m not able to view it.
I would like to reiterate that if Keadilan is serious about winning the next election, very basic things like updating the website should be done. After all, don’t they realize that the internet is all that they have left to voice their grouses?
My opinion is that most Malaysians simply do not think Anwar & Keadilan is worthy of the votes. You don’t see them, you don’t hear them, & worse still you don’t even know them! So how on earth does Keadilan expects to win the election? Khalid Ibrahim joined several months back but I have not been able to see him in action. I don’t even know why he’s in Keadilan other than the fact that he’s doing it for Anwar, and I’m not particularly impressed with that stand. My guess is that, if Keadilan forms the next government, Khalid will probably be the Finance Minister, but I have not heard him even commenting anything about the recent budget. And how about Nallakaruppan?
So again, if Keadilan wants to be taken seriously by the people, they ought to get their acts together & be bold. Nobody’s is sabotaging the website and that’s their only effective weapon. Frankly, I feel that Raja Petra’s Malaysia-Today website is more informative & worthy of reading.
On the free VCD/DVD, there’s only so much you can do. Obviously, cost will be an issue here if Keadilan keeps giving free copies. No doubt many are willing to pay, but most especially those on the fence or those pro-BN will probably won’t even pay 10 sen to have a copy, so you can forget about winning their hearts. It’s going to be costly if Keadilan issues too many. Therefore I suggest that they keep it compact & straight to the point. Although Anwar may have awesome singing skills, you might want to leave it out for the actual ceramahs :).
I hope to see a more vibrant & exciting website soon. Many people these days access their e-mails & use the internet on a daily basis, and if Keadilan manages to link its website to internet forums etc, that’s one effective way to reach out to the massses.
Good luck to DS Anwar & others.
sdr matt,
Saya telah sampaikan isu utama yang sdr bangkitkan kapada pimpinan parti dan penyelenggara website KeADILan.
Memang diakui hambatan terbesar kita adalah kongkongan media olih penguasa UMNO-BN. Terdapat sedikit ruang dalam akhbar Cina dan Tamil tetapi tekanan dijangka akan lebih kuat menjelang Pilihanraya nanti.
Ha, mengenai selingan lagu, janganlah sdr gusar. Itu sekadar ikhtiar mencelik mata mengantuk dan bukannya ke arah kecelikan budaya..
















Melihat kepada perkembangan lama blog ini, saya kita ia semakin rencam dan berkecamuk. Banyak persoalan yang dikemukakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkisar kepada perkara teknikal dan perjalanan harian parti.
Benar, mungkin ada yang merasakan adalah terbaik untuk mendapat jawapan sebarang persoalan daripada Anwar sendiri, ia sebenarnya memperkukuhkan tohmahan keADILan adalah parti Anwar Ibrahim semata-mata.
Saya kira sewajarnya soalan-soalan teknikal disalurkan kepada penjawat utama parti keADILan. Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Naib-naib Presiden, Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita seharusnya boleh menjawab sebahagian besar soalan yang diajukan.
Biar Anwar menjawab persoalan falsafah dan yang menyentuh pendirian dirinya.
maaf sdr zaki, saya terpaksa tak bersetuju dgn anda sekali lagi.
saya mempersoalkan keupayaan naibpres atau timpres atau ahli mpt yang menjawab pertanyaan mengenai parti kerana blog2 mereka tidak aktif atau bersemangat seperti blog ini. anda boleh klik link di sebelah sebagai bukti. saya berharap setelah laman web PKR dinaik taraf, ada forum soal jawab yang aktif di situ.
saya juga lebih senang jika blog DSAI santai sebegini. tiada problem yang terlalu tinggi utk dipahami rakyat rendah seperti saya, jika ada sekalipun, DSAI berjaya menjawab dgn bahasa mudah. bahasa rakyat (bahasa pasar?).
saya bisa rasakan aura kebapaan DSAI dalam blog ini. bukan mudah untuk mendekati DSAI, jadi apalah salahnya rakyat rendah seperti saya ini bertanyakan soalan ‘kurang bijak’, sekiranya tidak untuk tahu, hanya untuk bermanja. alaa… macam budak-budak.
cuma mungkin ini dapat di susun dgn lebih rapi supaya soalan tidak berulang dan mudah dirujuk dgn lebih mudah.
Allah lagi tau
Saudara Zaki,
Kata anda,”Saya kira sewajarnya soalan-soalan teknikal disalurkan kepada penjawat utama parti keADILan. Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Naib-naib Presiden, Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita seharusnya boleh menjawab sebahagian besar soalan yang diajukan.”
Saya setuju, tetapi terdapaatkan saluran & ruang untuk kita rakyat & menyokong berbuat begitu? Lihat saja blog Naib Presiden, yang dikemaskini kali terakhir pada 31 July 2006!
Sediakanlah ruang bagi kita berdialog!
Benar. Ruang dan peluang untuk dialog adalah penting dalam usaha kita menyuburkan demokrasi.
Tetapi saya kadangkalah terfikir, Anwar Ibrahim mungkin tidak kompeten untuk menjawab sebarang dan semua persoalan. Cuma beliau menyantuni semua yang bertanya. Itu kan adab.
Namun tidakkah saudara melihat bagaimana dalam sesetengah hal, beliau menyatakan bahawa perkara itu telah dimajukan kepada pihak berkenaan.
Masing-masing adalah ahli dalam bidang masing-masing. Justeru kita harus bertanya kepada yang ahli. Ada pihak yang lebih ahli dalam menjawab sebahagian daripada persoalan yang dikemukakan.
Cuma sekarang kita harus berusaha keras memastikan ruang dan peluang dialog dengan penjawat-penjawat parti yang lain dibuka.
Seperkara lagi, apabila terlalu banyak soalan teknikal dikemukakan, ia akan menyesakkan ruang untuk soalan-soalan yang seharusnya ditangani oleh Anwar Ibrahim.
pada asasnya, komentar sdr Zaki saya lihat berasas,pun begitu, tujuan blog ini adalah untuk ‘merakyatkan’ DSAI.maknanya,tanpa perlu ada sempadan,tanyalah apa saja,insyaAllah akan dilayan oleh DSAI selagi termampu.kita tidak mahu blog ini terlalu politik,hanya menumpukan isu-isu politik semasa yang kian memberatkan pemikiran.baca saja tulisan Sdr Khalid Jaafar dlm nukilan beliau di Suara KeADILan satu ketika dulu, yang mengharapkan agar Blog ini tidak menjadi ‘blog sejuk.’
saya bersetuju dgn sdr zahir.sewajarnya, perlu ada istiqamah kalau nak berblog.kalau setakat berblog,tapi tak wujud interaksi,tak ada gunanya.
hasil dari komen sdr zaki yg saya amati, mungkin pimpinan keADILan boleh mengambil inisiatif pintar untuk menggunakan saluran blog, atau apa saja yang relevan agar dimanfaatkan untuk berhubung dengan pimpinan.dahulu, ada ruangan yang diwujudkan di website rasmi KeADILan untuk menanyakan soalan kepada pemimpin, dengan memaparkan alamat emel pimpinan2 keADILan.pun begitu,semuanya terkubur tanpa nisan.
justeru saya bersetuju dgn semuthitam, mungkin admin website keADILan boleh membuat satu ruangan khas untuk ada interaksi pintar antara penyokong dan pemimpin.
dalam keadaan masih tidak ada ruang untuk soalan2 teknikal disalurkan kepada pimpinan2 kanan keADILan, maka blog ini akan terus menjadi luahan medan rakyat menanyakan apa jua soalan pada DSAI.justeru, diharapkan pimpinan peka dgn perkara ini..sekiranya ini berterusan tanpa ada perubahan,di akhir nanti, andaian Sdr Zaki akan jadi kenyataan, di mana ruang untuk soalan2 berkaitan DSAI akan terus menjadi sesak dengan soalan2 teknikal yang sepatutnya menjadi tugas NaibPres atau S/Usaha Agong untuk menjawab!
Bijaksana. Tujuan saya sedari awal bukan untuk membisukan para pendokong atau peminat yang berinteraksi di sini.
Ayuh kemukakan sahaja apa yang mahu diutarakan. Bukan hak saya untuk menghalang.
Namun yang lebih penting ialah untuk para pemimpin dan petugas Parti Keadilan Rakyat mengambil perhatian untuk melakukan sesuatu agar ruang dialong yang lebih banyak diwujudkan dan diuruskan dengan tekun.
Jika buat masa sekarang tidak mampu dilakukan, apa mungkin mereka ‘menumpang’ blog ini. Pentadbir blog ini boleh memajukan persoalan yang sesuai untuk dijawab oleh pemimpin-pemimpin keADILan.