buminonmalay,
isu agama telah saya sentuh sabelum ini. Demikian juga isu bahasa, pendidikan dan ekonomi tatkala menyarankan agenda ekonomi Malaysia.
Namun perlu saya tegaskan bahawa menyempitkan semua masaalah kapada isu kaum semata memerangkap kita kapada kerangka pemikiran lama. Apakah kita dapat menafikan wujudnya kemiskinan dan masyarakat terpinggir dari pellbagai kaum? Apakah kemalaratan hidup dan kezaliman terhadapa semua kaum tidak menyentuh dhamir dan kalbu kita?
Saya ingin menggesa agar kita lebih dewasa dan menuntut keadilan bagi semua rakyat di negara Malaysia tercinta.
Saya menyokong penuh permintaan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohammed Salleh Abbas dan Majlis Peguam Malaysia supaya suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk mengkaji sebab-sebab krisis kehakiman 1988.
Pada suatu masa dahulu, sistem kehakiman negara kita dipandang tinggi di seluruh dunia kerana kebebasan dan integritinya. Walaubagaimanapun, bermula dengan krisis kehakiman 1988, pelbagai peristiwa seperti kes Ayer Molek, perletakan jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah serta perbicaraan saya telah memburukkan imej sistem kehakiman kita, serta negara kita keseluruhannya.
Keengganan kerajaan mengkaji semula insiden tersebut bertentangan dengan komitmennya terhadap integriti dan perubahan. Sudah sampai masanya kerajaan melangkaui slogan yang muluk-muluk dengan menunjukkan kepimpinan yang sebenar. Keberanian segelintir hakim harus dipuji, tetapi mereka hanyalah individu yang tidak ramai dalam sistem kehakiman kita.
Hanya kajian yang jujur dan bebas dapat memulihkan nama baik mangsa-mangsa krisis kehakiman 1988 dan insiden-insiden berikutnya, serta memulihkan kepercayaan rakyat Malaysia umumnya dengan sistem kehakiman kita. Dalang krisis ini mesti didedahkan. Perubahan juga mesti dibuat dalam perlantikan para hakim untuk memelihara kebebasan mereka.
Sistem kehakiman yang bebas dan adil adalah asas sebuah negara demokrasi moden, dengan mengawal kuasa eksekutif, untuk mengelak menjadi kediktatoran yang dipilih.
ANWAR IBRAHIM
Wan Hilmi menanyakan melalui emel:
Sdr Anwar,
Mutakhir ini Malaysia dlanda dengan isu-isu pluralisme dan liberalisme agama. Sana sini sibuk membicarakan mengenai Islam Liberal yang makin menular fahamannya di kalangan masyarakat kita.Saya berminat untuk mendapatkan pandangan Sdr mengenai isu ini.
Bagaimana pula pendirian KeADILan dalam menangani isu ini?
Mohon Sdr mempertimbangkan untuk memberikan penjelasan dan pandangan yang analitikal.
Sekian.
Sdr Wan Hilmi,
Sila rujuk jawapan saya dalam isu IFC dan Perkara 11.
Pelbagai tafsiran diberikan mengenai istilah liberal. Perhatikan saja istilah demokrasi. Jika tanggapannya keterlaluan - vox populi vox Dei - kuasa rakyat adalah mutlak, seolah-olah menyamai kuasa Tuhan, maka ia wajib ditolak.
Disebaliknya, jika maksud demokrasi adalah saperti yang lazim diterima, yakni menghormati suara majoriti, tidak menindas hak minoriti, terikat dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan menghayati semangat kerukunan agama, maka demokrasi adalah dasar mulia.
Kontroversi isu liberal berbangkit apabila kumpulan lingkaran liberal Jakarta membuat beberapa kenyataan keterlaluan mengenai Islam. Saya sendiri tidak bersetuju dengan beberapa pendirian mereka; tetapi saya tidak menolak dasar liberal yang mengandaikan amalan dasar bebas dalam politik dan ekonomi.
Zack Rahim menanyakan:
Assalamualaikum D.S Anwar,
1. Apa komen D.S mengenai buku Sun Tzu The Art of War dan bagaimanakah ianya sesuai untuk perjuangan politik pimpinan Parti Keadilan?
2. Saya rasa tindakan Parti untuk berkonfrontasi dengan SPR adalah tidak sesuai. Parti Keadilan telah di cop oleh pemerintah dan suku sakatnya sebagai sebuah parti jalanan, ganas dan kasar. Apakah lebih baik lagi jika Keadilan, walaupun tidak setuju dgn. tindakan mereka, mengambil langkah berbaik dengan mereka. Kita minta mereka bertindak secara baik dan dengan semangat persahabatan. Ini adalah sebagaimana kata-kata D.S semasa di Manchester dahulu apabila dipersoalkan mengenai keakraban D.S dengan Wolfowitz di kala Islam ditindas oleh Barat & Yahudi. Saya bersetuju dengan D.S apabila D.S mengatakan bagaimana mungkin kita boleh menyelesaikan masalah dengan musuh kita jika kita terus-terusan berkonfrontasi dengan musuh kita. Tidakkah langkah yg. serupa perlu diambil apabila kita berhadapan dengan SPR, Polis dan Media?
Continue reading ‘Sun Tzu, SPR : Jawapan Kepada Zack Rahim’
Ahmad mokhzani memberi respon:
Assalamualaikum Dato’ Seri,
Terima kasih kerana jawaban terhadap soalan saya tentang keputusan Dato’ untuk memasuki UMNO.
Saya selalu berasa sangsi tentang Dr. Mahathir walaupun ketika beliau masih rapat dengan Dato’. Bagi saya, (kalau Dato’ sanggup terima kritikan), Dato’ agak ‘naive’ pada waktu itu dan mudah percaya dengan musuh-musuh negara seperti Dr. Mahathir (saya sebut musuh negara kerana segala jenayah dan penipuan yang mereka lakukan terhadap rakyat).
Continue reading ‘Terima Kasih, Ahmad Mokhzani..’
Seripidato memberi respon:
Assalamualaikum DS,
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya lalui hujung minggu baru lalu. Ada sedikit kaitan dengan persoalan ‘pesantren’ yang saya ajukan tempohari. Dan saya melihat ada jawapannya. Saya sarankan DS:
1. Layari laman www.aljenderami.com.my.
2. Ziarahi Madrasah Al-jenderami beralamat Lot 4029,Kg. Baru Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor bila pulang nanti.
Continue reading ‘Buat Seripidato..’
zack rahim menanyakan:
Assalamualaikum Datuk Seri,
Saya Zakaria Rahim (Zack Manchester) jika D.S masih ingat lagi.
1. Apakah D.S bersetuju dengan saya jika saya katakan di dalam proses demokrasi di Malaysia, semua parti bukan kerajaan sebenarnya bukan berlawan dengan BN, tetapi musuh mereka yang sebenar adalah Kerajaan Malaysia / Negeri itu sendiri. Ini adalah disebabkan, kesemua jentera kerajaan digerakkan samada di luar musim pilihanraya apalagi semasa pilihanraya. Maka dengan itu, tidakkah strategi kita sebenarnya harus menjurus kepada bagaimana untuk mengatasi jentera kerajaan ini. Tanpa jentera kerajaan yang memberikan bantuan 100% kepada BN dalam pilihanraya ini, saya rasakan bahawa BN tidak punya apa-apa, terutama sekali SPR, media dan polis. Oleh itu, jika kita gagal untuk mengatasi jentera kerajaan maka tiada harapan lah untuk rakyat Malaysia menyaksikan perubahan di dalam struktur kempimpinan negara kita di masa hadapan.
Continue reading ‘Demokrasi Di Malaysia : Respon Kepada Zack Rahim’
mustar haniff menanyakan:
Assalamualaikum Dato’ Seri,
Apakah pandangan yang perlu diambil berdasarkan pertanyaan berikut.
1- Apakah istilah yang diterima pakai terhadap sebuah kerajaan yang
terbentuk tanpa demokrasi.Maknanya kerajaan itu tidak didirikan berdasar pilihan rakyat ia dibina
hanya berdasarkan persefahaman untuk mengimbangi kuasa agar pengaruh dapat
dikekalkan. Selaku Badan Pengaman Dunia apakah dengan mengekalkan kekeliruan kesamaran
ketidakadillan, dapat diyakini keamanan akan dinikmati oleh rakyat negara
tersebut ?
Continue reading ‘Jawapan Kepada Mustar Haniff’
Pagi tadi dapat e-mel dari pembantu Datuk Seri Anwar di Washington, Aasil. Katanya jadual Datuk Seri cukup ketat di sana dengan kuliahnya pada hari ini, dan pelbagai jemputan dari masyarakat tempatan. Tambah-tambah lagi, apabila timbul isu rampasan kuasa tentera di Thailand, ramai yang ingin mengetahui pandangan seorang pemimpin Asia Tenggara.
Baru tadi Datuk Seri Anwar muncul di World Biz Report di BBC World, rangkaian 93 Astro.
“Biasanya, saya tidak menyokong sebarang rampasan kuasa,†kata Datuk Seri Anwar.
Continue reading ‘Nik Nazmi: Anwar ulas isu Thai di BBC’
tebuanjingga memberi respon:
Salam buat DSAI,
Saya sering di ajukan soalan oleh rakan rakan yang ingin mengetahui
perkembangan DSAI, dimanakah dan apakah yang dilakukan DSAI,Masihkah DSAI
bersama BA dan berbagai soalan lain yang kadang kadang agak sukar di
jawab.
Soalan2 sebegini timbul kerana umum kurang mengetahui perkembangaan
mutakhir dan aktiviti DSAI. Justeru itu,saya kira amatlah perlu diadakan
satu ruangan untuk menyatakan perkembangan, atau aktiviti2 yg menglibatkan
DSAI.
Continue reading ‘Aktiviti Terkini : Respon Buat TebuanJingga’
freelunch_2020 menanyakan:
Dato’ Seri,
It has been long since your days as Education Minister (1986-1991), and even longer since your more radical days at Universiti Malaya. Throughout your political career within the establishment, what have you done to make Malaysia a more socially just country for all despite their ethnicity?
Continue reading ‘Nukilan Buat FreeLunch_2020′
Saudara Shahnon menyampaikan ‘Tonil Purbawara’ buat Azizah dan saya. Saya mengikuti hampir semua karya Shahnon yang diterbit dan Tonil Purbawara mudah dibaca dan dihabiskan dalam perjalanan ka Washington DC.
Karya-karya terdahulu saperti Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan Menteri sabelumnya sempat saya baca semasa saya masih di sekolah dan di Universiti Malaya. Novel-novel beliau adalah di antara yang terhimpun dalan khazanah almarhum ibu saya Che Yan di Cherok To’Kun.
Continue reading ‘Tonil Purbawara - Kumpulan Cerpen Pilihan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad’
Komen Terkini