Archive for August, 2006



09
Aug

Isu Lubnan: Respon Kepada Raja_Lanun

raja_lanun82 memberi respon:

assalamuaálaikum..dato’seri,
masyarakat antarabangsa telah menggesa PBB untuk melaksanakan gencatan senjata di lubnan. pada pandangan dato’, adakah rancangan tersebut berbaloi memandangkan lubnan telah dibedil habis-habisan.begitu dengan rancangan penempatan askar pemerhati di lubnan sedangkan pejabat PBB juga turut musnah dibedil? apakah senario sekarang memungkinkan gencatan ini dapat dilaksanakan kerana mengikut pandangan saya,sekiranya gencatan senjata ini dilaksanakan, ia hanya menguntungkan satu pihak, iaitu israel.
yang pastinya, mengikut perkiraan saya biarpun pelan damai dirancang, gencatan senjata dilaksanakan, ia tetap membawa musibah kepada dunia arab khususnya, dan masyarakat islam seluruhnya..
sekian.

raja_lanun82,

Saya kira demikianlah strategi Israel dan Amerika. Israel dibenar menyerang dan menghancurkan kubu Hizbullah dan prasarana strategik Lubnan. Sesudah itu Amerika akan berpura-pura mendesak Israel untuk menghentikan serangan. Negara Islam terus lembab dan tidak bermaya, mengadakan sidang khas dan mengeluarkan resolusi satelah Palestin dan Lubnan dibedil teruk selama hampir satu bulan.

07
Aug

Wangi Jadi Saksi : Tahniah!

Pementasan Wangi Jadi Saksi mengasak wacana mengenai kehebatan Jebat dalam sejarah perjuangan masyarakat Melayu. Pengarah terkenal U-Wei berjaya menampilkan sudut halus dan tafsiran segar dalam kisah Jebat melaui pengucapan dan jiwa luhur kekasihnya Dang Wangi. Dialognya agak panjang bagi teater Melayu, tetapi penampilan pelakon berjaya mengekalkan perhatian penonton.

Saya menonton bersama Azizah sekeluarga dan terasa lega kerana anak-anak saya yang agak lama terpisah dengan teater Melayu merasakan persembahan tersebut manarik dan bermutu. Saya lantas mencelah mengharapkan peranan Bendahara (Dato Rahim Razali) yang sewajarnya lebih terserlah lagi. Saya kira gaya pengucapan beliau adalah diantara yang terbaik.
Sekali lagi saya menyesali kerana teater kurang mendapat sambutan kalangan profesional muda dan korporat. U-Wei merayu memohon sokongan dari 300 syarikat tanpa sebarang respon. Agak jauh buat kita melamar konsep memperkasa budaya.

Tahniah kapada U-Wei dan semua.

05
Aug

Respon Buat Monaz

monaz memberi respon pada ‘Saya Memilih UNtuk Menyerang Keganasan Israel!’ :

Sejarah ‘inception of Israel’ yang diperjuangkan oleh para Yahudi agak panjang. Disokong oleh Amerika dan Britain serta suku sakat yahudi di seluruh dunia, penaklukan serta serangan Israel ke atas Palestin sampai sekarang tidak pernah surut. Setiausaha agong PBB silih berganti. Pengerusi NAM dan OIC juga datang dan pergi. Namun ‘approach’ rundingan dan gencatan senjata bukanlah jalan penyelesaian terhadap konflik ini. Yang pastinya JIHAD dan serangan berani mati ke atas rejim Yahudi adalah jalan paling effektif.

sdr monaz,

Saya turut merasai kekecewaan sdr. Tetapi penyelesaiannya juga tidak semudah itu.

05
Aug

Jawapan Kepada Addeb

addeb menanyakan :
Assalamu’alaikom Dato Seri,
Sudah terlalu masak waktunya bagi kita umat Islam SELURUH DUNIA mengambil tindakan balas terhadap bangsa Yahudi ini. Terus terang saya katakan, “HAMPA” is too mild a word, untuk menyuarakan isi hati. Hampa dengan pemimpin Islam dunia. Hampa dengan OIC dan hampa dengan pemimpin Islam negara sendiri. Jelas, ini lah yang disebutkan oleh RasulAllah (SAW) apabila ditanya oleh sahabat, “Adakah bilangan kita sedikit, Ya RasulAllah?”
Baginda menjawab, “Tidak bahkan pihak Islam ramai, sekadar umpama buih dilaut! Umat Islam berpenyakit, yakni, CINTA DUNIA dan TAKUT AKAN MATI.”
Apalah ada pada menyelekehkan PBB oleh satu bangsa yang sesenang hati membunuh Nabi dan Rasul kiriman Allah? Apalah adanya pada kecaman demi kecaman terhadap satu bangsa yang tidak hiraukan, hatta, dilaknati Allah sendiri!

sdr addeb,

Negara Islam harus lebih wibawa, muafakat perlu lebih mantap, teknologi dan pertahanan perlu lebih rapi dan kemas. Tanpa ini semua, suasana tetap malap dan malang.

05
Aug

Respon Kepada Najib1976

najib1976 menanyakan:

Assalamualaikum dan salam bahagia.
Saya ucapkan tahniah keatas saudara dan keluarga. Saya hendak berkongsi pendapat dengan saudara beserta teman lain di blog ini iaitu berkaitan masalah “murtad” di malaysia. Sejak kebelakangan ini kita sering kali dikejutkan dengan masalah murtad , banyak kenyataan di laman web dan kegiatan berunsur jahat dengan tujuan untuk memurtadkan anak melayu. Baru-baru ini kita tersentak dengan kenyataan Mufti Perak mengenai jumlah angka murtad yang saya fikir amat menakutkan, saya berpendapat ia perlu diatasi dengan segera , dan pihak yang berkuasa perlu bertindak tegas. Saya pelik kenapa kerajaan lambat bertindak terhadap Artikel 11 ? kenapa umat agama lain seringkali cuba mencampuri urusan agama ISLAM ? dalam Al Quran jelas menyatakan ” لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ ” yang bermaksud bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku. Dan kita sebagai orang yang mengaku ISLAM perlu mendesak kerajaan untuk memberhentikan tindakan artikel 11 yang mana kumpulan ini turut sama menyumbang kepada masalah murtad di malaysia.
Salam kecerian.

sdr najib1976,

Perwakilan masyarakat Islam berkaitan ada menemui saya minggu lalu di rumah. InsyaAllah akan cuba saya kemukakan pandangan dalam perhimpunan SHURA di PJ minggu depan.
Kelembapan pemimpin negara menangani masalah tersebut, saperti juga masalah Moorthy dahulu menyebabkan keadaan lebih kusut.

04
Aug

Catatan dari Basque Country

Satelah dua hari di Bilbao, wilayah yang disebut Basque country, saya dan Azizah meninggalkan sidang khas untuk pulang ka KL. Dalam sidang pertama semalam, Presiden Wilayah Basque telah menjelaskan dialog yang sedang mereka adakan dengan kumpulan pejuang ETA yang menuntut kemerdekaan dari pemerintah Sepanyol supaya diberikan autonomi. Mereka mempertahankan bahasa dan budaya daerah mereka dan menginginkan penyelesaian kapada konflik yang berpanjangan.
Continue reading ‘Catatan dari Basque Country’

04
Aug

Jawapan Kepada Alditta

alditta menanyakan:

Sdr.Anwar,

Dalam temuramah sdr. dengan Malaysiakini,sdr. telah menyatakan bahawa kerugian forex sebanyak 30 billion RM berpunca daripada Md.Nor Yakcop.Sdr. juga dikatakan bertindak untuk memecatnya daripada Bank Negara. Sebaliknya sdr. dituduh untuk memberi kerja Mohd.Nor Yakcop di Rashid Hussain sebagai managing director dan juga melantiknya sebagai pengerusi ABRAR Bhd.berdasarkan satu surat yang tersiar dalam Malaysiakini baru2 ini(Petikan surat tersebut disertakan di bawah……..
Continue reading ‘Jawapan Kepada Alditta’

04
Aug

Jawapan Kepada MMY

mahathir yassin menanyakan melalui emel:

Assalamualikum,

DSAI yang saya hormati,

Saya cuma ingin mendengar pengakuan DSAI tentang perkara-perkara berikut (walaupun ianya dah lama berlalu dan mungkin orang lain tidak terpikirkan perkara ini):-

1. Benar atau tidak Dato’ seorang homoseksual?
2. Benar atau tidak Dato’ cuba untuk menjatuhkan Dr. Mahathir didalam Perhimpunan Agung
UMNO dimana Dato’ Zahid membawa isu kroni?…….. Continue reading ‘Jawapan Kepada MMY’

04
Aug

Mokhzani Dijawab

mokhzani mokhsin menanyakan:

Assalamualaikum DSAI..

Saya ada terbaca di laman web http://answering-islam.org/ yang membicarakan tentang agama kristian ( dibezakan dengan islam). Terdapat juga pengakuan dari orang2 melayu malaysia yang telah murtad.

Harap DSAI lawat laman web ini dan berikan pandangan DSAI.

sdr mokhzani,

Kita perlu meningkatkan usaha daawah, menjelaskan isu aqidah dan kefahaman.

04
Aug

Jawapan Kepada Zahir

zahir menanyakan:

Saudara Anwar,

Pertama : Demonstrasi, menyerahan memorandum,mengutuk tindakan dan lain-lain tindakan seumpamanya tidak langsung memberi kesan kepada Yahudi dan sekutu-sukutunya. Mereka langsung tidak endah apa yang umat Islam dan umat lain yang mahukan kedamainan di Timur Tengah. OIC juga bagaikan bahan jenaka kepada mereka. Ini maknanya segala bantahan berbentuk bantahan lisan dan bertulis tidak akan memberi kesan langsung. Kita semua mahukan penyelesaian secara aman dan diplomatik. Tetepi kita juga tahu ini tidak mungkin akan berlaku. Sudah lebih 60 tahun kita berdemo, membantah, mengutuk, tetapi tiada sebarang hasil. Perlukan kita bersabar lagi?…….. Continue reading ‘Jawapan Kepada Zahir’

04
Aug

Respon Buat Abufatihah

abufatihah menanyakan:

Salam,
Lama tak menjenguk laman ini, saya ’sibuk’ memerhati issue murtad dan palestine. Tak sempat nak roll back apa yg dah miss. Adakah DS pun ’sibuk’ memerhati issue murtad dan palestine?
Apa pendapat DS tentang lakonan ‘gagah’ KJ merempuh FRU semasa demo Palestine baru-baru ini?

sdr abufatihah,

Saya tetap menangani kedua-dua isu tersebut.
Polis dan FRU amat toleran dengan demo Pemuda UMNO.

03
Aug

Ke Bilbao Bersama Azizah

Saya dan Azizah akan menghadiri sessi dialog tertutup dengan beberapa pemikir dan negarawan di Bilbao, Sepanyol selama dua hari pada 3 dan 4 Ogos. Dalam perjalanan kami singgah di London dan saya sempat ditemuramah dalam World News BBC. Soalan pertama berkaitan dengan Sidang OIC di KL. Saya menjangka satu kenyataan tegas kebiadapan Israel serta sikap berat sabelah Amerika kerana memberikan laluan kapada Israel menyerang Lubnan dan menafikan hak rakyat Palestin. Keputusan mendesak gencatan senjata segera perlu dibuat walaupun umumnya sikap OIC kelihatan lembab dan terlambat. Apa yang dibimbangkan ialah kebiadapan Israel akan mengesahkan hujah bahawa segala pendekatan sederhana akan gagal dan jawapan kapada kebiadapan Israel adalah tindakan keras. Dalam temuramah tadi saya telah menyerang keras sikap tidak bertanggungjawab Amerika dan sekutunya Inggeris kerana mengizinkan kezaliman dan penindasan dilakukan keatas bumi Arab dan Dunia Islam. Manakala ditanya mengenai reaksi saya terhadap saranan PM Tony Blair yang menganjurkan kesederhanaan, jawapan saya pantas bahawa seruan itu tidak konsisten dan tidak dapat dipercayai berdasarkan tindakan mereka selama ini