Archive for August, 2006



12
Aug

Terima Kasih Buat Semua..

Hjghaz mengucapkan:
Dato’ Seri,
Izinkan saya menjadi yang pertama di blog ini mengucapkan “SELAMAT HARI KELAHIRAN” pada keesokan hari 10hb Ogos, 2006.Semoga ALLAH sentiasa meletakkan Dato’Seri di pihak yang benar, melanjutkan usia Dato’ Seri dan memberi kemenangan kepada ISLAM, Negara dan Bangsa.
Continue reading ‘Terima Kasih Buat Semua..’

12
Aug

Jawapan Kepada SemutHitam83

semuthitam83 menanyakan:

assalamualaikum DS,
saya nak mintak dato sri komen tentang laporan yahoo yg terbaru mengenai kuala lumpur sebagai negara yang termurah di dunia, selepas mumbai dan delhi.
adakah ini bukti yang kepimpinan negara sekarang sudah memastikan yang rakyatnya telah mendapat keperluan konsumer pd harga yang paling minimum sekaligus meletakkan gelaran kerajaan berjiwa rakyat? bukankah ini yang diidamkan golongan perjuang rakyat-harga barang yang termurah di dunia?? (hehe, provok sikit..)
harap jawapan…sekian.
Continue reading ‘Jawapan Kepada SemutHitam83′

12
Aug

Jawapan Kepada Raja_Lanun82

Raja_Lanun82 menanyakan:

(1) isu jambatan ini telah memberi petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Pak Lah adalah satu kerajaan yang tidak konsisten dalam membuat keputusan.Mereka bersungguh mempertahamkan bahawa projek tersebut akan diteruskan. namun akhirnya dibatalkan pada waktu yang terdekat. menteri dalam kabinet tiada upaya menganalisis secara mendalam akan kesan dan akibat pada
tindakan yang bakal diambil. so, apa lagi yang kita boleh harapkan daripada mereka??

Continue reading ‘Jawapan Kepada Raja_Lanun82′

12
Aug

Jawapan Kepada Ibnu Mohamad

Ibnu_mohamad menanyakan:

Assalamulaikum Dato Seri.

Teringat saya masa dulu, agak lama jugak bertahun lamanya Dato Seri menyertai UMNO dan BN,
hingga menjawat jawatan menteri, masih bergelar Encik Anwar Ibrahim, tidak seperti YB zaman ini, yg tak berapa lama saja jadi YB, terus bergelar Dato’.
Apa yg sebenarnya terjadi hingga sedemikian lama barulah gelaran Dato diberikan kepada Dato Seri? Musykil… ingin penjelasan dari Dato Seri..

Ibnu_mohamad,

Cadangan anugerah Dato telah dibuat sejak 1983, dan saya menolak dengan pelbagai alasan. Saya akhirnya tidak dapat menolak apabila Tuanku Sultan Pahang sendiri telah menalipon meminta saya menerima anugerah SSAP dari Baginda. Sabelum itu dua tahun saya menolak dengan hormat pelawaan melalui MB.
Ya,saya masih lebih senang dipanggil sdr Anwar saja.

12
Aug

UMNO: Saya Tidak Yakin Ia Mampu Diselamatkan..

mno5271 menanyakan:

aSSalamualaikum,,
pertama-tamanya saya mohon maaf kerana tak pasti di mana harus saya menanyakan soalan..
Oleh kerana ruang ‘reply’ ini saja yg saya jumpa, saya tanyakan soalan pada abng Anwar di sini..
Soalan mudah saya..
Masihkah ada lagi cita-cita Abg Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan memimpin negara?..
Masaalah yg berligar di kebanyakkan rakyat, kalau tak join UMNO adakah cara lain??.. sampai kan Tengku Razalie hanya meletak kan dua option sahaja.. join UMNO or reform PAS.. apalah maksudnya reform tu ya?
Semoga abg Anwar dapat memberikan sedikit gambaran pelan pelan atau strategi, kalau baik kami akan beri sokongan padu dan mampat :) .. sekian terimakasih

mno5271,

Soal PM terserah kapada rakyat. Usaha kita adalah untuk menjana perubahan.
Mengenai pandangan Tg Razaleigh, yang saya hormati sebagai tokoh dan sahabat, perlu saya jelaskan bahawa saya tidak berminat untuk menyertai UMNO kerana saya tidak yakin ia mampu diselamatkan dari sudut prinsip perjuangan.
Saya memilih untuk mengerat muafakat dengan PAS dibawah pimpinan Ustaz Hadi Awang yang saya kenal baik dan yakin dengan kewibawaannya.
Keadilan (PKR) mampu menjadi wadah penting menjana perubahan. Satelah berkali-kali mengelilingi seluruh pelusuk tanahair saya yakin dengan keupayaan Keadilan dan potensi besar sokongan rakyat pelbagai kaum.

Anwar

10
Aug

Isu Reopen 911: Respon Kepada Zahir

Zahir menanyakan:

Saudara Anwar,
Saya ingin tahu pendapat & pandangan Saudara mengenai kejadian 9/11.Ada banyak teori mengenai siapa yang sebenarnya bertanggung jawab. Apa pula kata Saudara mengenai kumpulan Reopen 9/11? Kenapakah agaknya Dr Mahathir melibatkan diri dengan kumpulan ini?

Sdr Zahir,

Saya meneliti lapuran 911 Commission dan beberapa teori lain termasuk konspirasi. Hujah dalam lapuran Commission juga kukuh meskipun masih terdapat kritikan mengenai kegagalan pentadbiran Washington mengambil langkah-langkah tegas mengesan dan menghalang tindakan ganas tersebut.

Wallahualam saya tidak dapat memberikan kepastian lebih dari itu. Yang nyata ialah keganasan telah dilakukan dan mangsanya termasuk rakyat Amerika dan asing, penganut Nasrani, Islam dan lain-lain. Kesannya amat parah buat masyarakat Islam, dan telah dijadikan alasan olih Amerika untuk mengambil tindakan yang merugikan umat Islam. Malah negara-negara Islam sendiri termasuk Malaysia telah menggunakan peristiwa tersebut dan strategi Presiden Bush memerangi keganasan untuk meneruskan tindakan menekan rakyat melalui ISA dan undang-undang zalim lainnya.
Saya kurang pasti alasan Dr M dalam isu tersebut tetapi sewaktu beliau PM beliau telah menggunakan peristiwa tersebut sebagai alasan mempertahankan ISA, menyokong kuat strategi Bush memerangi keganasan dan menzalimi pembangkang dan penkeitik Kerajaan BN.

09
Aug

Respon Kepada Mioraz

Mioraz memberi respon:

Tahniah kepada saudara Anwar kerana blog anda telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Saya jarang menyertai perbincangan didalam blog ini tapi saya tahu ‘caunter’ blog anda telah naik dengan mendadak.

Saya pasti yang blog anda dalam sebulan ini telah naik 5000-6000 visitors ……

Blog saudara merupakan ‘pementasan’ terbaik bagi menegakkan keadilan.

Tahniah sekali lagi..

sdr mioraz,

Saya hargai kata sambutan sdr terhadap blog saya yang sdr anggap cukup menggalakkan. Tetapi saya masih khuatir kerana dalam beberapa pertemuan dengan mahasiswa Malaysia di KL, di Melbourne dan baru-baru di atas pesawat, masih ramai yang belum mengetahui wujudnya blog ini. Dan berbanding dengan kongkongan media milek BN, usaha kita masih kecil.

09
Aug

Respon Buat TCS

Saudara Anwar,

Saya ada beberapa soalan untuk dijawap. Harap maaf jika pengunaan bahasa tidak begitu baik.

Soalan:-

1)Adakah DSAI pernah rasa bahawa perpaduan rakyat Malaysia adalah lebih sukar pada masa sekarang berbading dengan tahun 60an? Jika jawapan nya adalah “ya” tolong huraikan kenapa kita telah sampai ketahap ini?

2) Apakah Tun Mahathir dengan kritikan beliau terhadap PM adalah untuk mengalihkan perhatian daripada DSAI ataupun satu taktik bagi membina sokongan yang cukup bagi mengelak dirinya daripada menjawap apa-apa tentangan pemerintahan beliau.

Mungkin, jika saudara rasa soalan (1) lebih sesuai dijawap secara “private”. Saya akan amat menghargai jika boleh email terus kepada saya. Mungkin Saudara boleh memulakan Yahoo Messenger for online chat.

Sdr TCS,

1. Saya sukar meneka samada isu perpaduan rakyat kini lebih merumitkan dari dekad 60an. Yang pasti ialah perbalahan isu agama, kaum dan juga berkaitan kesempitan hidup akibat perkembangan ekonomi yang malap telah meletakkan isu perpaduan ke tahap yang membimbangkan. Isu ini perlu ditangani dengan tenang berpandukan tunjang Perlembagaan Negara mengenai kedudukan Islam sebagai agana Persekutuan dan jaminan kebebasan agama. Masalah ini juga berpunca dari kelembapan pimpinan Kerajaan BN menangani isu yang dkira sensitif dan lantaran itu membiarkan isu tersebut menajadi penas

2. Pertembungan Dr M dan PM Abdullah kini lebih bersifat peribadi. Selain itu beberapa kritikan pedas Dr M terhadap perlaksanaan dasar belum dijawab jelas olih PM Abdullah. Saya memilih untuk menerudkan usaha mengajak rakyat mendukung perubahan dan agenda reformasi.

09
Aug

Respon Kepada Fakirbenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

* Saya hanyalah rakyat malaysia yang biasa..cuma ada sedikit kesedaran tentang masa depan negara ini.*

Masyarakat malaysia merupakan masyarakat berbilang kaum.. Setiap rakyat pula pasti mempunyai agama masing-masing.. Apa yang membimbangkan walaupun setiap rakyat mempunyai agama namun kebanyakan mereka tidak mengikut ajaran agama-agama mereka.
Saya ingin keluar daripada isu semasa dan bertanya tentang satu perkara yang mungkin biasa dan tidak biasa bagi sesetengah orang.

Jika semua orang ada agama ; DAN setiap agama tersebut ada ketua-ketua agamanya masing2, maka :

1) Mengapa kuasa mencegah gejala sosial, displin dan akhlak rakyat tidak diserahkan atau sekurang-kurang dikongsi dengan penguasa-penguasa agama yang tersebut?

2) Andai tiada penguasa agama yang rasmi contoh ; Mufti bagi agama Islam (sebagai contoh), mengapa tidak dilantik (atau saya sendiri yang tidak tahu) penguasa-penguasa agama yang rasmi dan mewakili pecahan-pecahan agama yang lain?

3) Mengapa kebimbangan-kebimbangan rakyat dan golongan agama-agama di Malaysia mengenai masalah sosial tidak diambil perhatian dan adakalanya urusan agama pun turut ingin diputuskan oleh orang yang tidak layak?

4) Kadangkala saya terfikir ; adakah terlalu sukar untuk kerajaan mengharamkan arak dan judi bagi umat Islam? Mungkin ini idea seorang kanak-kanak ; susahkah meletakkan ‘kaki pukul’ di hadapan disko atau pub atau tempat judi dan bila orang Islam ingin masuk, boleh dihalau atau dipukul? Kadangkala bingung memikirkan. Orang buat jahat disangka baik. Orang yang buat baik dicari-cari kesalahan dan dibuat tohmah.

Apakah pendapat Dato’ Seri tentang persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di dalam benak saya…? Saya harap Dato’ Seri menjawab dalam 2 bahasa ; bahasa seorang rakyat dan bahasa seorang perdana menteri.

Sdr fakirbenar,

Membanteras kebejatan sosial dan akhlak, saperti juga isu rasuah perlu bermula dengan daawah dan pendidikan. Justeru itu soal pendidikan agama tidak bolih diremehkan. Dan isu yang berkaitan ialah kandungan dan kurikulum pendidikan Islam itu sendiri yang seharusnya menggarap persoalan aqidah, ibadah dan akhlak.
Selain itu perlu ada kawalan mengikut undang-undang yang seharusnya dibahas secara teliti dan difahami. Ada aspek tertentu yang melibatkan umat Islam dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah dan selainnya dibawah peruntukan mahkamah sivil.

09
Aug

Jawapan Kepada Matkeri

matkeri memberi komentar:

daripada atas, hingga yang ke bawah. daripada zaman pakcik saya umo 2 tahun, hingga sekarang dah bercucu cicit. yang mampu kita nyatakan hanyalah kutukan demi kutukan?
yang lantang sedikit, dapat keluar tv. yang kurang penting, keluar suratkhabar. yang tak penting lansung hanya sekadar merah tangan menampar meja.
itu saja. dari pembangkang hingga ke penyokong kerajaan. itu saja yang terbuat dek kita.
apa kata sekarang kita mulakan dengan memboikot produk2 ( http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html ) yang dikeluarkan oleh pengeluar yang membantu ekonomi Israel secara lansung? kita sepakat menyatakan bahawa Yahudi Israel mengawal ekonomi dunia, nah mengapa kita berdalih bila tiba usaha memboikot mereka?
Mulakan lah sekarang! hentikan bercakap. keadilan, dipersilakan ke lawan web yang diberikan tadi, baca dan nilai sendiri - adakah ianya hanya satu ‘fakta nyamuk’ ataupun benar? jika benar, di mana anda selama ini dalam usaha memboikot ekonomi Israel?
berhenti bercakap. berhenti mengutuk. sekarang masa untuk bergerak!

sdr matkeri,

Saya setuju supaya kita mengambil langkah susulan yang lebih beerti termasuk memboikot produk Israel. Cuma saya pinta sdr kaji semula senarai produk yang secara langsung memberikan dukungan kapada kekejaman Israel. Halaman tersebut perlu dihebahkan.

09
Aug

Buat Saudara MMY..

Saya meneliti komen sdr-sdr berkaitan respon saya terhadap soalan awal sdr Mahathir MY. Kita perlu menghormati semangat wacana segar. Justeru itu saya melayani soalan tanpa prasangka dan saya bersyukur membaca sambutan sdr MMY. Memang tepat telahan teman-teman yang menganjurkan agar diselami peristiwa pemecatan dan drama di mahkamah. Namun begitu sekirannya ada persoalan, ia harus dihadapi dengan tenang. Tidak berbangkit soal umur, malah kita perlu berusaha mendedahkan generasi muda dengan maklumat benar. Dalam beberapa pertemuan saya dengan mahasiswa Malaysia di luar negara, saya sering disoal mengenai peristiwa 98 kerana ketika itu mereka masih di sekolah menengah. Sebaiknya kita tangani persoalan tersebut dengan sabar dan bijaksana.

09
Aug

Respon balas Kepada Matt1969

Matt1969 memberi respon balas:

Assalamualaikum YBHG Dato’.

Terimakasih diatas jawapan YBHG Dato’. Walaupun ringkas, alhamdulillah, telah menjawab segala persoalan dalam diri saya.

Untuk makluman Dato’, ianya bukan soal kebijaksanaan, tetapi soal akses kepada `firsthand information’. Saya telah 13 tahun tinggal di luar negara sejak tahun 1995 dan saya tidak dapat menghadiri ceramah-ceramah Dato’, hadir di mahkamah, di masjid di Malaysia dalam tempoh itu. Apa yang saya ketahui mengenai Dato’ dalam tempoh itu, seperti yang saya katakan, hanyalah dari sumber-sumber kedua, ketiga malah berpuluh-puluh kali di `recycle’kan.

Saya amat berterimakasih diatas pihak yang menyediakan blog ini kerana inilah saja caranya dimana saya akan mendapat jawapan terus dari mulut Dato’. Let’s face it. Dato’ bukannya senang hendak di temui secara face to face. Ini ditambah pula dengan faktor saya yang tinggal diluar negeri. Kalau saya di Malaysia, pasti saya usahakan supaya pertanyaan saya dapat dijawab Dato’ secara langsung secara berdepan. Saya tak perlu mendengarnya dari mulut orang lain atau dari pihak ketiga.

Jawapan Dato’ kepada soalan-soalan saya telah menyelesaikan kemelut dalam diri saya selama ini. Sekarang ini saya mempunyai pengakuan dari mulut Dato’sendiri untuk dipegang. Mungkin saya mengambil masa terlalu lama untuk menetapkan pendirian tetapi biarlah lama asalkan nyata. Mungkin ianya `insignificant’ bagi diri Dato’ dan orang lain, bagi diri saya pula ianya amat penting sebelum saya menentukan arah pemikiran dan sokongan saya.

YBhg Dato’, you have earned yourself another rejunavated supporter.

sdr Matt1969,

terima kasih di atas penjelasan yang sungguh melegakan. Satelah melalui ranjau berliku dan fitnah bercambah, sdr faham sajalah sikap saya.






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

August 2006
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031