K_Rul menanyakan:
Assallamualaikum Dato’ Seri,
Dari beberapa kenyataan Dato’ Seri sebelum ini, ada pihak2 tertentu melihat seolah-olah Dato’ menyokong penubuhan IFC.
Harap Dato’ dapat berikan penjelasan.
K_Rul,
Beberapa rakan peguam Muslim juga memohon penjelasan yang sama.Ternyata ia berpunca dari kekeliruan liputan berita dari salah satu media alternatif!
Dalam ucapan saya di SHURA, yang diadakan di PJ baru-baru ini, saya jelaskan di antara lain:
(1) Prinsip maqasid syariah yang merangkum isu pemeliharaan deen, kebebasan beragama dan bersuara, mempertahan nyawa, harta benda dan maruah insan. Dengan keyakinan ini umat Islam harus lebih tegas mempethankan hak dan kebebasan, termasuk Perkara 11 dalam Perlembagaan dalam konteks negara Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
(2) Perkara 121 (1A) bertujuan memperkukuh hasrat umat Islam mengiktiraf Mahkamah Syariah. Tetapi ia tidak sama sekali bermaksud untuk memaksa bukan Islam. Kita perlu tegaskan perkara tersebut, menjamin hak bukan Islam untuk merujuk kes mereka ka Mahkamah Sivil.
(3) Merujuk khusus tafsiran Perkara 11 olih satengah pihak yang menyempitkannya kapada isu hak orang Islam meninggalkan agamanya, kita perlu jelaskan bahawa undang-undang dan peraturan sekarang perlu diterima pakai. Setiap bukan Islam yang ingin memeluk agama Islam perlu disahkan olih Jabatan Agama Islam. Kaedah yang sama perlu digunakan tatkala orang Islam mengemukakan cadangan meninggalkan Islam.
(4) Mengenai IFC, saya jelaskan bahawa inisiatif kelompok tersebur sukar diterima kerana sejak awal terdapat persepsi bahawa mereka serong terhadap hukum Islam dan ulama. Ia pastinya tidak mendorong suasana segar ke arah dialog. Namun pada asasnya, umat Islam perlu mendukung semangat dialog.
















0 Responses to “Isu IFC: Jawapan Kepada K_Rul”
Leave a Reply