Teks Penuh Kenyataan Akhbar Pada Khamis, 24 Ogos 2006
capaian :- http://www.keadilanrakyat.org/spm/content/view/666/32/
Ketika Malaysia mencapai kemerdekaan, pejuang-pejuang kemerdekaan kita mengimpikan sebuah negara yang bebas, makmur dan demokratik. Malangnya, hampir separuh abad kemudian, Malaysia ialah sebuah demokrasi yang tempang.
Kelemahan utama demokrasi Malaysia ialah pilihanraya kita tidak bebas mahupun adil. Hari ini saya akan mendedahkan bukti-bukti kukuh penyelewengan, penipuan dan kelemahan yang mencemari integriti pilihanraya Malaysia. Laporan mendalam berserta bukti-bukti kukuh akan dilancarkan di Kongres Nasional keADILan.
Tanpa pilihanraya yang bebas dan adil, demokrasi tidak akan berfungsi. Hanya kerajaan yang lemah akan campur tangan di dalam pilihanraya untuk meneruskan pemerintahan mereka. Sebuah kerajaan yang bermaruah tidak akan menggunakan pilihanraya yang tidak sempurna untuk memberi ilusi demokrasi.
Maka adalah amat penting kita memastikan pilihanraya adalah bersih dan berjalan di atas padang yang rata. Amatlah menyedihkan apabila tahap demokrasi Malaysia merosot sedangkan ia terus berkembang di negara-negara seperti India, Indonesia, Turki dan negara-negara membangun yang lain.
Perjuangan asas keADILan ialah memperbaharui demokrasi di Malaysia. Ini merangkumi badan kehakiman yang bebas, media yang terbuka, pemuliharaan hak asasi manusia dan masyarakat madani yang kukuh.
Tetapi elemen terpenting ialah dengan memastikan pilihanraya yang bebas dan adil berjalan. Saya menyeru agar pihak kerajaan menunjukkan kepimpinan dan keazaman politik untuk menyelesaikan isu ini. Pada masa yang sama saya ingin menjemput badan-badan bukan kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya turut serta dalam perjuangan mengembalikan kepercayaan terhadap demokrasi Malaysia.









Assalamu ‘alaikom Sdr Anwar,
Apakah pendekatan yang akan diambil oleh PKR untuk “menelanjangkan” kepincangan sistem pilihinraya keseluruhannya kepada rakyat jelata? Ini memandangkan pembangkang tidak ada saluran yang betul betul berkesan untuk menyampaikan maklumat seperti ini, supaya rakyat lebih prihatin!
Reply
Meski saya setuju benar bahawa pilihanraya yang tidak adil adalah musuh rakyat yang menafikan kehendak rakyat dan memusnahkan sebarang makna demokrasi di dalam sesebuah negara, saya percaya kita perlu terlebih dahulu memperkukuhkan kekuatan parti.
Jentera perlu diperbaiki, kader ditambah, organisasi dimantapkan dan strategi disusun.
Meletakkan punca kegagalan sepenuhnya terhadap pihak lain sememangnya lebih mudah daripada memperkuatkan rumah sendiri.
Saya terfikir apakah ada mana-mana gerakan menentang rejim represif di dunia ini yang menang melalui pilihanraya yang adil dan bersih.
Jika BN memastikan pilihanraya di Malaysia bersih dan adil, bukankah itu menandakan bahawa mereka tidak lagi represif dan bersedia untuk berubah.
Oh betapa aku benci persoalan ayam dan telur ini.
Reply
encik zaki,
bygkankan jika kita ada sistem pengkaderan yang kukuh, latihan yang tegap, ahli yang aktif. tapi bila nak lawan, pengadil berat sebelah. ini bagi saya sedikit sebanyak akan melemahkan semangat juang kita. buat apa nak lawan kalau akan kalah? macamana tuh?
Reply
Buat apa lawan kalau akan kalah?
Saya kagum dengan semuthitam83 kerana kemampuan untuk mengemukakan soalan itu. Benar-benar saya kagum.
Saudara,
Ketika kita memulakan langkah dalam perjuangan Reformasi pada tahun 1998, apakah kita tahu bahawa kita akan menang? Apakah saya menghadapi tindakan dibuang daripada ITM kerana saya tahu perjuangan ini akan menang?
Saya cuma yakin kita tidak akan kalah kerana perjuangan kita didasari oleh kebenaran. Perjuangan kita demi keadilan kerana Tuhan.
Saudara,
Percayalah kita akan menang dalam perjuangan ini. Tetapi pertama-tama kita mesti meningkatkan persediaan dan semangat juang sekurang-kurangnya ke tahap kita pada tahun 1998. Saya yakin hanya apabila persediaan dan semangat kita melebihi tahap itu kita akan menang.
Izinkan saya pula mengemukakan persoalan kepada saudara: Jika pengadil tidak berat sebelah, bukankah kita sudah menang sejak tahun 1999 lagi?
Yang berlaku sekarang ialah kita perlu meningkatkan kekuatan sehingga dapat mengalahkan pengadil yang berat sebelah itu. Keadaannya seperti mendaki bukit. Apakah kita cuba menjerit sehingga bukit itu rata dan rendah baru kita memanjatnya, atau apakah kita akan terus mendaki sekalipun puncaknya tidak kelihatan?
Bukanlah bermakna kita hanya menumpukan kepada membina kekuatan dalaman tanpa cuba membetulkan kepincangan pilihanraya. Sama-sama kita lakukannya serentak.
Cuma asas hujahan saya (my point is) jika BN bersedia menjadikan pilihanraya benar-benar adil dan bebas, bukankah mereka sudah berubah? Maka jika mereka sudah mula berubah kepada keadilan, bukanlah namanya lagi mereka itu zalim dan menindas. Justeru apa yang kita perjuangkan apabila begitu keadaan mereka? Apakah kita menentang mereka semata-mata kerana mereka BN atau hanya kerana mereka melakukan kezaliman dan kerana itu kita adalah lebih baik daripada mereka untuk negara ini.
Reply
maaf saya timbulkan soal kalah menang. sy pasti soal ini bukan soal asas dlm perjuangan.
tapi reformasi yg dituntut masih perlukan kuasa, dan jalannya adalah pilihanraya. bukankah begitu?
soal yang dibangkitkan dlm tajuk besar ini adalah pengadil yang tak adil, merujuk kepada SPR.
saya cuma lontarkan rasa yang terkilan bila berlawan dlm permainan yang hampir pasti kita kalah. pendek kata, buat apa nak praktis jika dah tau nak kalah? bukan pesimis, sekadar bahan untuk dibualkan…
apa pendapat encik zaki?
Reply
Saudara semuthitam83,
Apakah ini forum yang sesuai untuk kita berdua berbalas-balas pandangan?
“tapi reformasi yg dituntut masih perlukan kuasa, dan jalannya adalah pilihanraya.” Begitu kata saudara.
Pada saya, reformasi itu suatu proses yang telah bermula dan sedang berlangsung. Kita tidak perlu menunggu untuk memegang kuasa sebelum melakukan perubahan dan reformasi.
Apabila kita memegang kuasa, maka sudah sewajarnya banyak (kalau tidak semua) perkara di dalam negara yang telah direformasikan. Itupun bersyarat bahawa kita semuanya memegang kepada prinsip-prinsip asas Reformasi yang telah diungkapkan dalam Deklarasi Permatang Pauh dan dihuraikan oleh Datuk Seri Anwar kemudiannya.
Benar kita akan merasa jerih dan perih apabila berlawan di padang yang tidak sama rata dengan diadili pengadil yang berat sebelah.
Tetapi apakah pilihan yang ada untuk kita? Suka atau tidak, mahu atau tidak pilihanraya harus kita tempuh kerana kita semuanya adalah demokrat yang percaya hanya kepada jalan demokrasi untuk meraih kuasa.
Percayalah ‘kebenaran adalah kekuatan’ (right is might). Berulang kali Datin Seri Presiden menekankan perkara ini di dalam ucapan dan penulisan beliau. Sedarlah kekuatan bukan hanya dengan kudrat dan tulang empat kerat.
Keimanan dan kepercayaan itu kekuatan yang amat besar potensinya. Namun tidaklah bermakna kita hanya berpeluk tubuh menunggu perubahan.
Apabila kesedaran rakyat benar-benar meluas, maka segala penipuan tidak akan berdaya menafikan kehendak rakyat kepada Reformasi.
Reply
Apakah itu keadilan? Apakah itu demokrasi?
“Amatlah menyedihkan apabila tahap demokrasi Malaysia merosot sedangkan ia terus berkembang di negara-negara seperti India, Indonesia, Turki dan negara-negara membangun yang lain.”
Biarlah saya mengalih perhatian kepada demokrasi di India.
India mempunyai populasi 81% Hindu dan 13% Muslim. (https://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/in.html#People)
Tetapi India mempunyai President yang beragama Islam (President India kini – DR. A.P.J. ABDUL KALAM dan sudah 3/4 Presiden yang beragama Islam, biarpun majoriti India 80% Islam, bahkan majoriti Malaysia 50% Islam)
Dr Kalam juga mempunyai Visi 2020 dan merupakan President yang berkaliber, berilmu dan berwibawa. Pemilihan Presiden India hanya berdasarkan prinsip meritokrasi dan ini membentuk dasar kukuh untuk membangun negara menuju Visi 2020. Kerana Presiden India kini (Dr Kalam) mempunyai kebolehan and ilmu yang tertinggi, negara mempunyai role model yang disanjung tinggi. Ini memberi kesan meningkatkan inspirasi bangsa untuk membangunkan negara dengan insentif kukuh di mana yang terbijak akan diberi peluang untuk maju lagi.
http://presidentofindia.nic.in/scripts/presidentprofile.jsp
Dengan demokrasi Malaysia, mampukah kita mencapai Visi 2020?
Atau India yang mempunyai masalah kemiskinan yang lebih serius, memperolehi prestasi yang lebih menonjolkan?
Kita akan tahu jawapannya dalam 5-10 tahun. Jika Malaysia tidak mengubah mentaliti kini, sudah tentu masalah “brain drain” akan menghantui kita.
Ini harus dimulakan dari pucuk pimpinan dari aspek pilihanraya untuk mengalu-alukan prinsip meritokrasi tidak kira bangsa dan agama supaya hanya yang terbijak dan berkebolehan menerajui pucuk pimpinan. Ini sudah tentu akan menarik perhatian kalangan generasi muda untuk memasuki arena politik yang tidak berunsur ketamakan dan kekauman dan dipenuhi dengan pelbagai taktik kerasuahan.
Visi 2020 – ke arah Malaysia yang maju dan berwibawa.
Apakah kita mempunyai kemahuan seperti perjuang-perjuang kemerdekaan dulu untuk memerdekakan Malaysia supaya bebas dari sistem lama yang tidak relevan dalam dunia globalisasi?
Soalannya tidak senang tetapi harus ditanya-tanyakan selalu. Dan azam untuk bertindak sebelum lewat adalah harus menjadi misi rakyat Malaysia.
Reply
PKR telah istihar perang untuk memecat pengerusi SPR tapi hingga kini tak nampak pun apa serangannya. Jika hanya berharap SPR lakukan PRU secara adil, saya rasa tetap kita kalah pada PRU akan datang selagi pengerusinya orang yang sama.
Di Thailand buat rampasan kuasa, di Indonesia buat demontrasi, di Filipina ada ura-ura ingin membuat cara yang sama dgn. Thailand & inilah cara rakyatnya untuk pulihkan negaranya. Malaysia janganlah hanya berharap pada SPR buat perubahan tanpa ada usaha yang positif.
Please……
Reply
Saya memang tidak suka dan gemar akan cara pemerintahan kerajaan Malaysia iaitu BN yang tidak adil, lutsinar, dan sebagainya. Media tidak mendapat hak bersuara yang sewajarnya. pemimpin-pemimpin yang berasuah dibebas sewenag-wenangnya. TANPA HUKUMAN SPT ZAKARIA. HAK bersuara semua dikawal oleh pihak kerajaan yang dikatakan “AMAT ADIL”. Kerajaan Malaysia hanya didominasikan oleh UMNO sahaja. Yang bersuara juga UMNO. MCA, GERAKAN, MIC etc hanya anguk cam anjing. hanya DAP, keadilan, PAS yang benar-benar memperjuangkan hak, kebajikan rakyat.
Bila disoal MCA, katanya mereka akan selesaikan kes secara tertutup. sebenarnya di sebalik perbincangan. Entah apa faedah yang telah diperolehi. Banyak jawatan kerajaan kerajaan dipeolehi dengan muda oleh SURAT SOKONGAN UMNO. MCA? TAK KUAT. TAK BERANIO BERSUARA sebab semuanya takut kedudukan mereka dalam PARTI, KERAJAAN TERGUGAT.
Sebenarnya kita tidak boleh salahkan semua parti. oleh kerana setitik nila habis susu sebelangga. Contoh Y.B Dato Ong Te Kiat seorang pemimpin yang BERANI BERSUARA DAN MERUPAKAN SEORANG PEMIMPIN YANG BAIK.
MAJORITI pemimpin adalah MR/Ms/Mrs YES kepada Y.B Dato Seri ONG KA TING.
Sebenarnya ramai daripada pemuda-pemudi MCA, media, NGO tidak gemar kan kewujudan VIctor Gu dalam arena politik kerana adalah amat-amat tidak adil kepada yang lama. SIAPA KATA YANG LAMA TIDAK BOLEH MEMBUAT KERJA
Reply
Ada negara menganggap Malaysia tidak demokratik dan tidak adil. Tanggapan ini telah menjejaskan imej negara di peringkat antarabangsa. Apa pendapat bang Zaki?…Terima Kasih
Reply