25
Aug
06

Jawapan Kepada Semuthitam_83

semuthitam_83 menanyakan:

saya baru lepas tgk filem remp-it, kisah rakyat muda yang mmg wujud dan ramai di kota kuala lumpur dan pekan2 di seluruh malaysia. saya berumur 23 tahun, dan banyak bergaul dengan kumpulan2 lumba motor haram ni, jadi sedikit sebanyak fasih dalam kegiatan meraka. soalnya, bagaimana pada hemat pak syeikh utk kita ‘berkawan’ dengan kumpulan ini dan menggunakan persahabatan ini kearah yang bermanafaat dalam konteks parti. bagi saya, mereka adalah penting dan tidak harus dibiarkan begini.

namun, jika kita terus ingin menyuapkan mereka dengan idea2 politik, pasti mereka akan memuntahkannya bulat2.
saya teringat tulisan thomas friedman (the lexus and the olive tree) mengenai globalisasi yang menyentuh bagaimana warga dunia ke 3 di sumbat dgn idea kebebasan bersuara dan lain2 oleh masyarakat maju barat sedangkan warga miskin ini bergelut untuk mencari sesuap nasi. bagi saya, ini antara problem parti dlm usaha mendekati masyarakat kelas bawahan (spt saya!) yang berpendapatan rendah. kami tidak punyai byk masa utk terlibat dlm aktiviti ‘merakyatkan k’rajaan’ kerana perlu fokus utk melengkapkan belanja bulanan.

kembali kepada kumpulan lumba haram, selain seks bebas, rumput balut (ganja) dalam bermacam2 gejala sosial, golongan ini sebenarnya perlu akan perhatian. masalah ini pula bukan masalah baru! ia wujud sejak sekian lama dan pihak pemerintah GAGAL mengatasi masalah ini. ini bukan mesej benci. ini mesej kasih sayang yang dilayarkan atas nama prihatin akan anak muda sebaya saya. sedih apabila anak malaysia gagal berfikir dgn waras dan diketepikan dgn label ‘mat rempit’ , ‘mat motor’ dan lain2. itu belum dikira perkataan ‘apa kejadahnya’ lagi. saya seru agar pihak MPT agar merumuskan satu formula yang dapat digerakkan oleh AMK untuk bersahabat dgn kumpulan ini.

semuthitam,

Soal kebebasan adalah soal asas, hak dan kedaulatan rakyat. Tanpa kebebasan, masalah kehidupan terhimpit, harga barang melonjak, pekerja ditindas, harta rakyat - balak, saham dan kontrak - dirompak, tarif letrik dan air dinaikkan olih syarikat keluarga dan kroni tidak akan dibantah. Pemikiran rakyat dibelenggu dan menjadi dungu!

Friedman melihat dari New York - demokrasi sebagai proses negara dewasa dan kebanyakan negara dunia ketiga, menurut beliau dan Fareed Zakaria, belum cukup matang dan terpaksa bergelut dengan kemiskinan dan kemudahan asas. Kita menegaskan bahawa satelah setengah abad merdeka, kesengsaraan rakyat justeru pengurusan ekonomi olih perasuah dan perompak khazanah negara.

Dan kembali kapada soal pokok tadi, isu kebebasan adalah hak mutlak insan. Menyentuh isu sosial generasi muda, ia tidak dapat dilerai dengan leteran dan propaganda murahan. Belum terdapat pendekatan bersungguh olih pemerintah BN.
Generasi muda harus didekati, diberikan latihan, pendedahan dalam pelbagai bidang yang mereka minati, sukan, seni dll. Tetapi mesej daawah, kesedaran, tanggungjawab wajib disampaikan dengan penuh hikmah.
Permasalahan pokok termasuk isu kehidupan dan pekerjaan yang perlu ditangani.


0 Responses to “Jawapan Kepada Semuthitam_83”


  1. No Comments

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

August 2006
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031