25
Aug
06

Jawapan Kepada Mustar Haniff

mustar haniff menanyakan:

Assalamualaikum YB Dato’ Seri ,

Sekali lagi saya ingin bertanyakan pandangan yang perlu saya fahami.

1- Bersama semangat merdeka ingin saya tanyakan apakah jejak langkah yang
mampu dan telah dilakukan oleh kerajaan untuk memulihkan agar selain jasa
pemimpin UMNO di catit sebagai sejarah, bagaimanakah perlu generasi masa
kini mengetahui jasa yang disumbangkan oleh pemimpin melayu & bukan melayu
dari parti yang di anggap berhaluan kiri juga diukur sebagai jasa menyumbang
membina aliran pemikiran yang lebih mewakili rakyat marhaen.

2-Relevankah jika di anggap keintelektualan menterjemahkan bagaimanakah
berjayanya sistem pendidikan melahirkan warga yang di inginkan.Ia teras yang
menjadi nyawa kepada dasar sesebuah negara.Namun sekian lama buah tangan
acuan tempa sejarah barat menjadi singgah sana di minda yang menyisih
hakikat Islam sebagai sistem yang adil berwawasan dari segenab sudut ekonomi
sosial pemerintahan juga cara hidup.
Bagaimanakah sewajarnya bagi sesebuah negara Islam berperanan menyelamatkan
akidah rakyatnya yang beragama Islam dari menjadi murtad?
Adakah ia berkaitan dengan dasar pendidikannya?

3-Melihat kepada hasil susunan sistem yang ada sekarang jelas menghimpunkan
kekurangan kelemahan yang merendahkan maruah dan nilai akhlak moral hingga
pergeseran yang mampu di selesaikan dengan cara yang mudah pantas tetapi di
elak demi kuasa yang sentiasa mahu dibuktikan sebagai bijak ‘toleransi
berpilih’ dan tidak sekata keadilannya.

4-Apakah dengan membenarkan andaian Israel selama ini bahawa mereka di ancam
keselamatan kerana dasar meminggir diri dan menjadikan Amerika naungan paksi
kekuatan,tanpa hubungan diplomatik menjadikan mereka menyerlahkan keegoan
terhadap Palestien hingga atas dorongan ekonomi sebahagian besar jiran-jiran
Israel lebih mensahihkan berdiam diri adalah lebih baik sedangkan hampir 60
tahun rakyat Palestien menderita.

5-Apakah adil di dalam neraca demokrasi, kehendak dan pillihan rakyat
dinafikan ?

Terima Kasih.

sdr mustar hanif,

1.Sejarah harus dibedakan dengan propaganda dan metos. Saya menganjurkan mahasiswa saya membaca karya-karya E.H Carr dan Collingwood mengenai sejarah. Dan bagi memantapkan kefahaman mengenai sejarah kepulauan Melayu, kita perlu menelaah karya Syed Mohamad Naquib Al Attas ‘Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu’, Syed Hussein Alattas ‘The Reconstruction of Malaysian History’, dan lain-lain dari Khoo Kay Kim, Cheah Boon Keng. Saya teringat juga karya Prof W. Roff dan John Funston.

Tanpa asas dan kerangka pemikiran objektif, maka catatan sejarah pejuang kebangsaan pun memihak kapada perspektif pemerintah. Maka peranan besar Dato Onn Jaafar, Dr Burhanuddin AlHelmi, Ustaz Abu Bakar Baqir, Ahmad Boestamam, Ishak Hj Muhammad; peranan utama PKMM dan API selain UMNO, penyertaan tokoh-tokoh progresif termasuk di kalangan bukan Melayu.

2.Sistem pendidikan harus menyediakan pelajar dengan ilmu asas dan saterusnya berketrampilan. Tetapi pelajar perlu diasak dengan latihan berfikir waras. Di Malaysia, pastinya anak-anak Islam perlu diasuh dengan kefahaman dan amalan hidup Islam yang tidak terbatas kapada soal ibadah dalam pengertian sempit. Dan latihan agama termasuk bagi lain penganut agama akan dapat menyegarkan minda, menyederhanakan sikap dan mengelak masyarakat dari terjebak dengan maksiat.

3.Saya telah menyentuh isu ini sabelumnya. Hanya kita tidak dapat menunggu pemerintah kini yang terlalu lembab bertindak. Sekadar yang mampu kita perlu bertindak segera dan mendampingi generasi muda.

4.Penghinaan dan penindasan terhadap rakyat Palestin olih Israel dengan bantuan Amerika adalah keterlaluan!

5. Demokrasi di Malaysia tempang, neraca BN tidak seimbang. Kita perlu merempuh, mengharung ka tengah gelanggang.


0 Responses to “Jawapan Kepada Mustar Haniff”


  1. No Comments

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

August 2006
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031