25
Aug
06

Jawapan Kepada Monaz

monaz memberi respon:

Rasuah di Malaysia ni hebat walaupun tak sehebat negara jiran kita Indonesia.

Apa-apapun kalau kita nak membenteras rasuah, ia kena bermula dengan pemimpin nombor wahid iaitu PM.

Lihat Singapura. Dia bukan negara Islam dan PMnya tidak Islam tetapi rasuah di Singapura hampir 0. Ingat lagi tak seorang pemimpin Singapura yang sanggup bunuh diri sebab dituduh dan didapati rasuah. Kalau Lee Kuan Yew boleh buat kenapa Malaysia yang Islam ni tak boleh buat? Macam mana orang bukan Islam nak hormat. Islam tak salah tetapi manusia yang mengaku Islam tu yang salah.

Keduanya saya lihat (ini observation sayalah), kabinet kita besar sangat. Lebih 30 orang menteri. Ini tak masuk timbalan menteri, setiausaha parlimen dan sebagainya. Nk buat apalah ramai-ramai sangat macam ni. India dan Australia yang besar tu cuma berapa belas sahaja.

Lebih menghabiskan beras ialah Setiausaha-setiausaha politik, setiausaha sulit, setiausaha akhbar dan pegawai-pegawai khas. Nak buat apalah mamat-mamat ni?

Bukankah setiap kementerian dah ada KSU. Ada TKSU. Ada setiausaha bahagian dan sebagainya. Ini jawatan-jawatan politik inilah yang sebenarnya menghancurkan. Setengah-setengah Setpol lebih kaya dari menteri sendiri.

Ini yang saya tak faham. Dia ingat duit rakyat ni duit bapak dia?

monaz,

Kita sering membandingkan dengan prestasi negara yang punyai rekod lebih jelek. Walhasil rasuah di Malaysia sudah ke tahap parah. Hanya kita lebih canggih, tidak melakukan secara terang.
Benar kata sdr, amat mengaibkan manakala pemimpin Islam yang larut membicara soal Islam tetapi bergelumang dengan rasuah.


3 Responses to “Jawapan Kepada Monaz”


  1. 1 tan Aug 25th, 2006 at 5:23 pm

    Monaz,

    Contoh Singapura atau Hong Kong membuktikan bukan 1 agama Islam shj yg mampu mendidik manusia ke arah yg sempurna…..

  2. 2 monaz Aug 26th, 2006 at 1:03 am

    Saudara tan. Itulah yang mengecewakan saya. Kerana Islam secara jelas mengharamkan rasuah. Baik yang memberi mahupun yang menerima will go to hell. It is in the book. Itupun orang yang mengaku Islam tak nak patuh. I don’t know about other religions? Whether it was specifically mentioned or not but in the Quran and hadith, yes.

    The worst part, atas kedegilan umat Islam itu, pandangan orang bukan Islam terhadap Islam tercemar. Mereka ingat rasuah ok dalam islam kerana ramai orang yang mengaku islam mengamalkan rasuah.

  3. 3 raja_lanun82 Aug 30th, 2006 at 10:03 am

    mohon pandangan dato seri tentang respon pak lah berkenaan indeks rasuah di kalangan negara2 islam…

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

August 2006
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031