20
Aug
06

Respon Buat Ibnu Mohamad

Ibnu Mohamad menanyakan:

Assalamualaikum,

Dr Mahathir pernah berkata, Parti Keadilan tidak lebih hanya sebuah parti yg ditubuhkan hanya untuk membela Anwar Ibrahim. Masa itu ramai yg sangsi terhadap Keadilan dan kita lihat beberapa kali dlm TV ada menyiarkan ketua-ketua pemuda keadilan meninggalkan keadilan dan kembali menyertai UMNO. Sejauh mana kebenaranya pun tidak kita ketahui. Rata-rata rakyat yg tidak ada sumber maklumat lain, terus percaya dan mula kembali meyakini UMNO sebagai wadah yg mendepani perjuangan bangsa.

Bila masa sudah tiba Dr M mengundur diri, Pak Lah ambil alih, dan DSAI dibebaskan, kita lihat betapa sokongan rakyat maikin meningkat kpd Pak Lah dan barisan kepimpinan BN yg lain. Semua memuji, Pak Lah bagus kerana lepas kan Anwar, Pak Lah tak korup dsbnya. Saham Pak Lah terus meningkat, dimana sahaja org memuji paklah.

Tiba-tiba, kemelut proton semakin parah, Pak Lah berbuat sesuatu. Bila saja Proton diusik, dan puppet Dr M iaitu Tengku Mahaleel disingkirkan, dan berturutan dari pembatalan projek mega yg lain (yg semuanya dimulai semasa zaman dr M) kita lihat senario politik negara turut dilanda tsunami walaupun gegarannya tidak mencecah bacaan skala yg tinggi.

Kini, Dr M menjelajah negara utk meraih sokongan ahli UMNO, sekaligus membuka pekung UMNO dan BN, yang sedikit sebanyak mengheret pimpinan sekarang utk turut melatah disana dan disini. Ramai yg seakan tidak sedar sebenarnya pekung UMNO yg dibuka oleh DrM sebenarnya adalah pekung Dr M sendiri….

Dalam usaha pimpinan sekarang untuk menggunakan Pemuda UMNo bagi menjernihkan keadaan, dan memulihkan maruah yg tercalar, kita lihat, naib ketua pemuda pula diseret dlm kancah cabar mencabar, tohmah dan akhirnya terpaksa membuat kenyataan.

Makin banyak kenyataan umum yang perlu dikeluarkan naib ketua pemuda, barisan kepimpinan UMNO, makin kuat pula Dr M membelasah mereka disetiap perjumpaannya dgn ahli-ahli UMNO ditempat yg beliau jelajahi.

Penelanjangan UMNO secara terbuka oleh orang yg pernah menjadi pemimpin nombor satu umno ini sebenarnya adalah lawak sumbang; masa beliau berkuasa, tidak sedikit suara dalaman yg menyuarakan kebimbangan berhubung nepotisme, kronisme, politik wang dan lain2 yang dinyatakan oleh ahli dan pemimpin kanan UMNO waktu itu termasuk DSAI sendiri. Namun jika kita masih ingat, Dr M begitu konfiden dan dengan marahnya menolak semua pernyataan rasa hati ahli UMNO ketika itu dgn katanya semua itu tidak berasas, hanya omong kosong yg ingin meruntuhkan parti. Beliau juga ada mengingatkan bahawa perbuatan sedemikian hanya akan meruntuhkan parti. Orang dalam parti sendiri yang akan meruntuhkan parti, begitulah katanya.

Belum pun kita lupa apa yg dikatakan oleh beliau, dan kita juga sering teringat kata-kata beliau Melayu Mudah Lupa, Dr M sendiri kini yg beria-ia bersuara menentang semua yg kononnya salah laku oleh pimpinan dan kerajaan selepas era beliau. Nampaknya Mahathir mudah Lupa.

Jelajah yg dibuat oleh Dr M telah menghasilkan kesan langsung yang telah pun mengurangkan kepercayaan ahli2 UMNO dikampung terhadap pimpinan Pak Lah. Tambah membingungkan rakyat bilamana jentera Pemuda pula kini menjadi kelam kabut dgn pelbagai tuduhan terhadap Khairy. Rakyat pening kepala.

Kalau kita duduk dikedai kopi dan memasang telinga mendengar perbualan politik kedai kopi, pasti akan terdengar betapa rakyat sudah mula bingung, keliru dan tak kurang juga yg mula mengatakan Mahathir sebenarnya bagus dan Pak Lah lebih teruk dari Mahathir.
Ada yg mengatakan Pak Lah lembik dan tidak tegas, Mahathir lebih bagus krn menyekat suara sumbang yg boleh menggugat kestabilan negara, bukan macam pak lah yg suka diam sahaja. Menyedihkan bilamana suara yg memuji Mahathir sekarang ini adalah sebenarnya suara yg sama yg mengutuk Mahathir diera pemerintahan Mahathir.

Rakyat umum sebenarnya tidak mengetahui pokok sebenar sesuatu perkara, Yg menjadi sumber mereka tidak lain hanya saluran TV1, TV2, TV3 dan suratkhabar yg menyiarkan berita yg telah ditapis.

Namun dalam banyak suara politik kedai kopi ada juga suara yg sedikit sebanyak mengetuk hati dan akal saya untuk berfikir:

Mengapa Pak Lah tidak mahu menggunakan ISA untuk menangkap dan memenjarakan Dr M?

Bukankah apa yg Dr M lakukan sekarang menggugat keharmonian negara, berniat jahat dan lebih kelihatan memburuk-burukkan kerajaan seakan-akan ingin menjatuhkan Pak Lah?

Bukankah ada peruntukan di bawah ISA yg membolehkan seseorg yg berkelakuan spt DR M itu ditahan walaupun tanpa bukti kesalahan, sedangkan apa yg dibuat beliau sekarang adalah terang2 salah.?

Pak Lah juga boleh menggunakan OSA terhadap Dr M kerana apa yg dikatakan oleh Dr M adalah sesuatu yg “Highly Classified” dlm kerajaan. Bukan kah itu sudah cukup menahan beliau dan mengenakan tindakan dibawah akta rahsia rasmi?

Pendapat “kedai Kopi” itu ada asasnya. Cukup menghairankan kenapa Pak Lah tidak mahu menggunakan ISA dan OSA serta lain akta utk bertindak terhadap mahathir. Mungkinkah ini adalah satu dari gimik kerajaan? atau mungkin pak lah sebenarnya tak tahu nak buat apa? atau mungkin dlm jentera pimpinan pak lah sendiri ada org2 mahathir atau ada org2 yg dibayangi oleh mahathir? atau adakah ISA atau OSA sebenarnya tidak dapat digunakan terhadap mahathir? atau adakah pak lah tidak tahu menggunakan ISA dan OSA? atau adakah ISA dan OSA jika digunakan, akan turut mengeheret lebih ramai menteri dan anggota kabinet ke penjara?

Sungguh menghairankan.

Inilah masa yg terbaik bagi kita keadilan utk menunjukkan kepada rakyat umum apa yg kita suarakan sebenarnya betul, dan juga turut disuarakan oleh bekas PM sendiri. Kita mesti aruhkan pemikiran rakyat bermula anggota keluarga sendiri dan rakan2 terdekat utk sama2 memikirkan perkara ini dan menolak UMNO dan BN. Mungkin ini merupakan titik tolak ke arah perubahan kepada Malaysia yg lebih baik…

Itu saja komen saya, moga mendapat buah fikiran DSAI dan rakan2.

Ibnu Mohamad,

Kita harus yakin dengan perjuangan mengek kebenaran dan keadilan. Pergeseran diantara DrM dan PM Abdullah membuktikan kebenaran kenyataan kita selama ini; bahawa Kerajaan UMNO dan BN bergelumang dengan rasuah, nepotisme dan kronisme. Kini masing-masing melakukan serangan dan membongkarkan najis rasuah dan kronisme yang dikaitkan dengan keluarga dan pentadbiran mereka.
Walaubagaimana pun kita jangan terjebak untuk bertindak atau mengusulkan sesuatu yang menyimpang dari prinsip dan landasan keadilan. Maka cadangan menggunakan undang-undanh kejam yang selama ini menjadi senjata DrM untuk menikam beliau tidak wajar. Ketegasan PMAbdullah adalah dengan menghentikan rasuah dan kronisme, membebaskan tahanan ISA. Undang-undang perlu digunakan tanpa prasangka dan memilih bulu.
Kemelut sekaran perlu dimenfaatkan untuk menyedarkan rakyat mengenai kegagalan UMNO dan BN serta menggerakkan masyarakat untuk menjana perubahan.


0 Responses to “Respon Buat Ibnu Mohamad”


  1. No Comments

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

August 2006
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031