Razakneti memberi respon:
Dato Sri Anwar Ibrahim,
Saya adalah aktivis Melayu akar umbi KeADILAN dan baru-baru ini saya terlibat dalam menghantar memorandum ke DYMM Yang Dipertua Agong / Sultan Selangor berkaitan bantahan masyarkat India/ ahli parti berketurunan India terhadap perobohan banyak kuil Hindu di serata tanahair. Seterusnya berita/foto event ini disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan. Saya kemudiannya menerima banyak panggilan dari rakan-rakan seperjuangan parti dari kalangan Melayu/Islam yang mempertikaikan tindakan saya melibatkan diri dalam kes membantah perobohan kuil-kuil tadi. Ada yang mengatakan saya telah lari dari ‘akidah’ kerana memperjuangan perihal agama bukan Islam. Saya juga melihat ramai kepimpinan Melayu dalam parti diperingkat pusat (MPT)nampak begitu keberatan ‘pick-up isu-isu agama bukan Islam lebih-lebih melibatkan kaum India. Saya bersimpati melihat Mike (Naib Ketua Angkatan Muda),Sivarasa nampak keseorangan mengendalikan kes-kes melibatkan masyarakat India sedangkan rakannya seperjuangannya dari kaum Melayu macam tak berminat menyertainya.
Begitu juga bagi kaum Cina - dimana saya melihat Tian Chua semacam tidak memndapat sokongan dari pemimpin Melayu apabila dia mengadakan sesuatu program yang melibatkan kaum Cina.
Saya berpendapat DSAI harus ‘revamp’(rombak) pemimpin Melayu di peringkat MPT agar mereka betul-betul ‘menyelami’ makna erti kata sebenar parti berbilang bangsa itu sendiri.
Saya sebenarnya ’salute’ pada YB Dominique Ng - Adun Padungan, Sarawak yang sanggup ‘turun padang’ untuk meninjau rumah setinggan yang diruntuhkan oleh DBKL di Kg Pauh Seberang, Sentul hampir 3 bulan yang lalu.
Pemimpin Melayu kita nampak ramai aja memanaskan bontot dalam MPT tapi ‘habok pun tarak’
Harap DSAI look into this
Thank
RAZAK (Ex- Form Six -
Yayasan Anda, Pantai Bahru : 1979-80)
razakneti,
Keadilan mempertahankan prinsip Perlembagaan mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kebebasan beragama dijamin. Justeru itu perobohan kuil-kuil yang didirikan mengikut peraturan dibantah. Saya pernah hadir dalam mesyuarat Parti tatkala isu dibahaskan. Semua pemimpin bersetuju dengan keputusan tersebut.
Merujuk kapada kes khusus perobohan kuil, memang wajar bantahan dibuat dan dipimpin olih pemimpin agama berkenaan dengan kahadiran beberapa penyokong dari kalangan lainnya.
















0 Responses to “Razak Neti Dijawab”
Leave a Reply