20
Aug
06

Rakesh Dijawab

Soalan Rakesh yang panjang lebar saya jawab seperti berikut:

sdr Rakesh

Saya cadangkan agar sdr meneliti pandangan kami mengenai Agenda Ekonomi Baru, serta alasan mengapa DEB ditolak. Di antara lain, saya telah kemukakan isu kesenjangan yang kian melebar diantara yang kaya dan miskin diantara kelompok kecil yang kaya dan jumlah besar yang miskin. Maknanya begini coefficient di Malaysia adalah diantara yang paling parah di Asia. Keupayaan persaingan ekonomi negara merosot, tahap rasuah membimbangkan malah ketegangan kaum dan agama kian memuncak.

Gagasan AEB (Agenda Ekonomi Baru) menekankan isu governance dan accountability; dasar yang prihatin akan masaalah rakyat dan bersandarkan kepedulian terhadap rakyat dan bukan kelompok kecil yang berkuasa.

Kita tidak perlu menjerit menghebah dasar DEB, kononnya untuk membela nasib bumiputera, tetapi berbilion ringgit, dari AP, kontrak, saham, penswastaan dirompak oleh segelintir pemimpin dan keluarga. Justeru itu dasar baru harus lebih telus dan bertanggungjawab; mengambil kira majoriti bumiputera yang miskin dan kalangan penduduk Cina dan India yang wajar diberi pembelaan.

Anwar


1 Response to “Rakesh Dijawab”


  1. 1 Rakesh Aug 20th, 2006 at 5:36 am

    Sepertimana yang Dato Seri jelaskan memang kian hari jurang diantara golongan kaya-miskin rakyat semakin meningkat.
    Komitmen Agenda Ekonomi Baru terhadap governance dan accountability merupakan dasar yang biasanya dihebohkan oleh ahli politik tetapi malangnya arah tujuan selepas diundi menghala ke arah ‘Agenda Ekonomi Poket YB’…Dah menjadi lumrah hidup kita nak saksikan adegan hebat ceramah tetapi semuanya akhirnya ‘wayang kulit aje’.

    Saya yakin DSAI lah yang tinggal untuk bersihkan politik Malaysia kerana memang nyata tiada siapa yang berani memikul tanggungjawab berat ini.

    Di London sini kita yang menjadi pengikut Dato Seri mengengar khabar angin yang mengatakan yang Dato Seri akan lebih aktif di peringkat antarabangsa.Kami banggga akan kebijaksanaan Dato Seri dan harap agar Yang Maha Besar mengurniakan Dato Seri segala kejayaan….

Leave a Reply