aambo memberi respon:
Sdr Anwar,
Saya amat yakin bahawa Sdr Anwar juga menyedari bahawa antara cabaran utama di dalam membentuk sebuah parti berbilang kaum ialah untuk merapatkan jurang berfikir; mengurangkan semangat dan sentiment perkauman yang memang sedia ada di dalam setiap benak pendokong dan penyokong dan juga membina semangat toleransi yang jitu.
Lantaran itu saya rasa amat perlu bagi PKR untuk menyediakan satu garis panduan yang jelas kepada pendokong dan penyokong mengenai batas2 penglibatan setiap ahli terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh ahli lain yang berlainan bangsa dan agama. Garis panduan ini bukan sekadar bermanafaat kepada ahli muslim tetapi juga mungkin bermanafaat kepada ahli berbangsa lain kerana mereka juga mungkin mempunyai had2 pergaulan tertentu mengikut amalan agama mereka.
Saya yakin sekiranya panduan yang jelas dapat disediakan setelah mendapat pengesahan daripada pihak2 yang mempunyai kelayakan mengikut agama masing2 dan ianya dibentangkan / dihebahkan kepada semua peringkat ahli, maka lebih mudahlah bagi semua pihak di dalam menjayakan aktiviti parti khususnya aktiviti yang melibatkan urusan keagamaan. Dengan itu juga perasaan curiga dan tidak puas hati di kalangan ahli yang menganjurkan aktiviti tersebut dapat dihindarkan kerana mereka akan lebih paham alasan kenapa ahli dari kaum lain tidak menyertai aktivi anjuran mereka.
Panduan sebegini sebenarnya amat berguna bukan sahaja bagi PKR malah kepada sebuah negara yang berbilang bangsa….
Wallahhu’alam
aambo,
Saya akan sampaikan pandangan sdr kapada Presiden dan pimpinan Keadilan.
Saya tidak fikir ia merupakan masalah besar. Malah dalam beberapa majlis yang dianjurkan olih masyarakat Cina dan India, mereka amat prihatin dengan waktu dan tempat solat, makan minum dan mengelak dari kenyataan yang menyinggung perasaan lain kaum.
















0 Responses to “Jawapan Kepada Aambo”
Leave a Reply