Aqil Fithri menanyakan :
salaam~
saudara Anwar yang baik,
jika anda tidak keberatan, boleh saya tahu, apakah pendirian anda atas kontroversi “bahasa melayu” dalam ucapan Sharifah Amani ketika Festival Filem Malaysia baru-baru ini? adakah wajar Rais Yatim merasa tersinggung?
saya kira soalan ini tepat pada orangnya –> apabila melihat rekod perjuangan bahasa anda…
Sekian, wassalam~
Aqil Fithri,
Serangan terhadap Sh Amani agak keterlaluan. Beliau wajar ditegur tetapi perlu diberikan kesempatan memberikan penjelasan.
Saya musykil mengapa terdapat kalangan yang tampak begitu gagah menyerang beliau tetapi membisu manakala berlaku pengkhianatan terhadap dasar bahasa.
Apa gerangan pendapat mereka manakala bahasa “rojak” digunakan olih pemimpin; matapelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan diajar dalam bahasa Inggeris?
















setuju dengan dato…
seolah-olah bila seorang mengkritik, orang lain pun mesti ikut sama mengkritik walaupun hanya mengulangi kata2 kritikan orang lain…hahahahaha…
konon nak menjadi pejuang bahasa…kelakar laa..
media pulak ikut sama menarian tarian sama…menemuramah sesiapa sahaja..utk bertanyakan pendapat..
inilah negara kita…..everything go by issue..lama2 nanti senyap laa..isu lain pulak timbul..
Ini lah style dia orang, kalau attack orang memang handar….. tetapi tak erti nak cerminkan diri dengan air longkang dulu.
bagi saya kita tidak perlu sibuk dengan isu picisan sebegini,banyak lagi agenda untuk rakyat yang perlu dibincangkan.Tq
Assalamualaikum,
Dato, bagi saya mungkin teguran ke atas Sh Amani agak keterlaluan, tapi bila difikirkan kembali, ini ada baiknya untuk memberi kesedaran untuk masa akan datang.
Wassalam,
assalamualaikum datuk seri,
bila kita bicara soal seni dan sastera pada pandangan saya ianya harus dikaitkan dengan nilai kejujuran yang amat tinggi, jujur dalam bekarya memberi impak yang cukup luas dan berkesan. baik rendra dari indonesia, muhamad iqbal, rabindranath tagore, mahupun shakespeare sendiri meletakkan kejujuran sebagai dasar paling utama dalam setiap hasil karya beliau. Saya pernah terbaca satu pandangan dari datuk seri bahawa penggiat seni (penggiat tulen bukan pelacur seni) harus di beri kebebasan sepenuhnya tanpa sebarang batas sekatan. Apakah pendirian datuk seri sekiranya berkuasa kelak terhadap prinsip kebebasan pada golongan penggiat seni ini?….bagaimanakan kita ingin membezakan antara karya agung atau seni picisan dalam perkembangan seni sastera?
Dato’ Seri;
I am shocked when you have a negative comment on the usage of english for science and math. As I know one of your strength as an orator is your command of English.
I remember reporters were baffled and confused of your English in your speeches (remember when you received an honourary doctorate from Ateneo de Manila University) because it was too bombastic to be comprehended by man-on-the-street.
I thought you should be proud of the move as it could help to improve our standard of English. I would like ask forgiveness for my level english as it has been long time since I covered your speech.
Adios