Daunbiru_tua menanyakan:
Dato Seri, dalam laman web Dato Seri pernah menyatakan bahawa Dato Seri sendiri telah menyaksikan filem Gubra di MidValley Megamall. Apakah pandangan dan pendirian Dato Seri mengenai isu pluralisme yang diperkatakan mengenai babak-babak akhir filem tersebut? Serta, apakah pendapat Dato Seri mengenai kenyataan Syarifah Amani di FFM19 serta kenyataan-kenyataan balas oleh beberapa pihak?
Daunbiru_tua,
Filem Gubra menarik buat saya dan berjaya melonjakkan mutu filem Melayu yang agak kaku dan lesu. Filem juga persoalan seni yang mampu menyampaikan mesej sosial dengan segar. Pengarah ingin memaparkan kenyataan tetapi ia harus dibedakan dengan propaganda. Tidak samestinya kita bersetuju dengan semua tafsiran seni tersebut. Tetapi untuk mengembangkan filem dan teater malah seni sastera sekali pun kita harus lebih toleran dan menggalakkan wacana terbuka.
















Saya telah menyaksi filem ini di dlm penerbangan saya ke Shanghai dlm pesawat MAS 3 minggu lepas. Saya kagum pada mutu filem Malaysia ini, memang wajar ia memenangi anugerah filem terbaik.
Yg lebih menarik saya adalah keberanian ia menyampaikan kebenaran yg semua org ketahui tapi tidak berani menghadapi. Seperti kesengsaraan cinta antara Muslim dan bukan Muslim, kasih sayang seorang insan kepada seekor anjing (binatang) yg telah cedera, pelacuran….
Jika kita mempunyai pendirian yg kukuh, tidaklah harus kita takut pd apa nama “isu pluralisme” ini.
Saudara tan, isu pluralisme yang dimaksudkan adalah berkenaan pluralisme agama mengikut hemat saudara Faisal Tehrani berkenaan carik-carik babak solat dan sembahyang agama Islam dan lain-lain agama yang disambung-sambung serta tafsiran bait puisi Maulana Rumi yang disentuh oleh saudara Faisal. (http://tehranifaisal.blogspot.com/2006/04/gubra-yang-sesat-lagi-menyesatkan.html)
Memang tidak dinafikan bahawa mutu pembuatan filem tersebut, seperti yang dikatakan oleh Dato Seri Anwar, memberi nafas baru kepada arena filem kita, akan tetapi, bagaimanakah pula dengan pengisian yang cuba disampaikan oleh Yasmin? Adakah menimbulkan kekeliruan dan sebagainya.
Maaf jika panjang lebar komentar ini, sekadar menjelaskan perspektif hamba ini.
daunbiru_tua
saya sedih melihat gelora muslim malaysia harini.
perangkap pluralime hampir mengena jika umat islam tidak berhati2. saya lihat isu ini dimainkan dgn bahasa terindah. jika sokong, lari pegangan, jika tak sokong, anda racis.
OOO jika sokong, ia akan membawa istilah ini kepada pluralisme beragama. Tuhan itu satu, kenapa tidak boleh menyembahnya dr tempat yang sama? doa yang sama?
ingat, al quran menyebut, “tidaklah aku menyembah apa yang kau sembah” al kafirun. ayat ini walaupun diturunkan buat kaum kafir jahiliyah arab, pastinya valid utk agama lain. (rujuk ulasan dato harunsani)
OOO jika bangkang pluralisme, anda akan terjebak dalam isu perkauman. anda seorang yang racis dan tidak mahu bersama dgn penganut agama lain. (rujuk ulasan chandra muzaffar)
isu ini sedang berlegar sekarang. masalah perangkap bahasa ini hanya menunggu masa untuk menjerat mangsa. berhati2 nye!
Saudara Semuthitam83. Nasihat saya, kembalilah dan peganglah Al-Quran dan Al-Hadis sekuat-kuatnya. Segala-galanya jelas di sana.
Assalamu ‘alaikom Semua,
Impian saya (apabila) Alternatif memerintah (insyaAllah), diterajui PKR, diantara perkara yang pertama didalam agenda REFORM kerajaan adalah pembelajaran Ugama Islam, dari peringkat pra-sekolah.
Saya sarankan “syllabus” mata pelajaran ugama Islam dirombak secara keseluruhannya, supaya bertepatan dengan Seerah Nabawiyah yang sahih! Dengan ini saya maksudkan bahawa penekanan sewajarnya ditumpukan kepada PENGUKUHAN AQIDAH, dan bukan kepada “ritual” seperti yang berlaku sekarang. Pada hemat saya, disinilah punca merebaknya segala penyakit iman, termasuk isu pluralisma dsbnya.
Kita semua sedia maklum, RasulAllah (SAW) mengambil masa hampir 12 tahun diawal keRasulan Baginda, HANYA dengan menekankan persoalan Aqidah, Aqidah dan Aqidah! Selepas lebih dari 11 tahun berdakwah, barulah Baginda diWahyukan dengan “ritual” yang pertama, yakni SOLAT didalam peristiwa Isra’ dan Mikraj!
monaz, terima kaseh atas nasihat saudara. apa yang saya nyatakan lebih kepada amaran dan ingatan. saya setuju 100% dgn kenyataan saudara.
sy tak ingin guna perkataan yang ‘musuh islam’ kepada yang sering menimbulkan konflik ini kerana secara peribadi saya tahu yang mereka ini berniat baik. mereka cuba mempelajari islam dgn metod menyoal, tapi para sarjana islam yang mungkin terkejut dgn soalan2 ini lantas melabel mereka ini dgn label2 yang kurang baik.
kumpulan2 yang cuba belajar dgn menyoal ini yg selalunya dtg dari latarbelakang pendidikkan luar negara pastinya kurang fasih dgn cara pembelajaran pendidikkan islam.
apa yang pasti, perbalahan ini harus dilenyapkan dgn perbincangan. dr bahagian ulama, harusnya ada lapang dada dan sabar mendengar krutukkan (kritik + kutuk) kumpulan liberalis dan berbicara dgn hikmah sementara kumpulan penyoal pula haruslah berlapang dada dgn jawapan dan prinsip para ulama. saya yakin, islam ada semua jawapannya, tapi saya kurang pasti, mampukan muslim kini dapat mencari jawapan itu. Allah lagi tau…
Tentulah Islam punya jawapan kepada persoalan dunia ini. Malah Islam juga punya jawapan akan persoalan akhirat. Yang confuse ni bukan islam tetapi manusia yang mengaku dia islam tetapi mengambil islam sebahagiannya sahaja, bukan sepenuhnya.
Tentang Ulamak saya rasa jika mereka diberikan kebebasan dan ruang untuk berhadapan dengan golongan seperti yang saudara katakan (method menyoal), saya tak fikir ini satu masalah besar. Soalnya adakah government of the day ni boleh bagi peluang kepada mereka seluas-luasnya? Saya lihat Astora Jabat lebih banyak ruang untuk menyebarkan kefahaman mereka. Begitu juga Sister in Islam. Begitu juga puak-puak liberal seperti Akbar Ali dan Farish Noor.
1) encik monaz, macam kiter dua je yg bsembang dlm ni, mana org lain? saya taknak tuding jari dalam hal ni. bagi saya, jika kita tuduh kerajaan sekalipun, dalam masa yang sama kita gagal berbuat sesuatu, macam tak kena kan? saya ingin sorot tulisan dr syed hussain dlm suara keadilan yang menggesa mengkaji semula status pari keadilan rakyat, samada agar terus sebagai parti yang hanya memburu kuasa politik atau sebuah parti yang menyebarkan ilmu kerakyatan dan menabur budi kepada rakyat (teringatkan hamas).
2) soalan ni utk DSAI
saya baru lepas tgk filem remp-it, kisah rakyat muda yang mmg wujud dan ramai di kota kuala lumpur dan pekan2 di seluruh malaysia. saya berumur 23 tahun, dan banyak bergaul dengan kumpulan2 lumba motor haram ni, jadi sedikit sebanyak fasih dalam kegiatan meraka. soalnya, bagaimana pada hemat pak syeikh utk kita ‘berkawan’ dengan kumpulan ini dan menggunakan persahabatan ini kearah yang bermanafaat dalam konteks parti. bagi saya, mereka adalah penting dan tidak harus dibiarkan begini.
namun, jika kita terus ingin menyuapkan mereka dengan idea2 politik, pasti mereka akan memuntahkannya bulat2.
saya teringat tulisan thomas friedman (the lexus and the olive tree) mengenai globalisasi yang menyentuh bagaimana warga dunia ke 3 di sumbat dgn idea kebebasan bersuara dan lain2 oleh masyarakat maju barat sedangkan warga miskin ini bergelut untuk mencari sesuap nasi. bagi saya, ini antara problem parti dlm usaha mendekati masyarakat kelas bawahan (spt saya!) yang berpendapatan rendah. kami tidak punyai byk masa utk terlibat dlm aktiviti ‘merakyatkan k’rajaan’ kerana perlu fokus utk melengkapkan belanja bulanan.
kembali kepada kumpulan lumba haram, selain seks bebas, rumput balut (ganja) dalam bermacam2 gejala sosial, golongan ini sebenarnya perlu akan perhatian. masalah ini pula bukan masalah baru! ia wujud sejak sekian lama dan pihak pemerintah GAGAL mengatasi masalah ini. ini bukan mesej benci. ini mesej kasih sayang yang dilayarkan atas nama prihatin akan anak muda sebaya saya. sedih apabila anak malaysia gagal berfikir dgn waras dan diketepikan dgn label ‘mat rempit’ , ‘mat motor’ dan lain2. itu belum dikira perkataan ‘apa kejadahnya’ lagi. saya seru agar pihak MPT agar merumuskan satu formula yang dapat digerakkan oleh AMK untuk bersahabat dgn kumpulan ini.
leteran saya akan terus dapat dibaca dlm http://www.friendster.com/msiabaru hahahahah
w’salam
Lanjutan leteran saya mengenai ruang untuk ulamak menjelaskan tentang Islam, saya gembira dengan Malaysiakini yang menyiarkan Q&A mereka dengan Dr. Syed Ali Taufik Al-Attas (IKIM) pada hari ini dan semalam.
Ini penting kerana pada masa yang sama akhbar The Sun dalam ruangan Sun eXtranya menyiarkan ‘conversation’ wartawan akhbar itu dengan Zuriani ‘Ani’ Zonneveld tentang muzik islamnya di USA dan meleret-leret soal akidah menurut kefahamannya yang liberal itu.
Saya juga merasakan bahawa akhbar The Sun juga perlu menemuramah Mufti atau Ulamak dari Persatuan Ulamak untuk komen benda yang sama.