20
Aug
06

Acara Minggu Lepas: Kembali Menjenguk Memali & Baling

Acara saya di minggu kebelakangan ini cukup padat tetapi amat melegakan. Di Sandakan saya terharu dengan pengumuman Dato Nahalan Damsal, bekas Timbalan Menteri yang membawa bersamanya 2500 ahli baru menyertai KeADILan, kebanyakan mereka bekas anggota UMNO.
Di Putatan, Kota Kinabalu KeADILan menerima penyertaan Dato Hussein Dali bekas Ketua UMNO Bahagian Gaya dan ratusan ahli baru KeADILan.

Saya juga mengadakan perbincangan dengan pimpinan KDM (Kadazan, Dusun, Murut) yang melaporkan kegiatan mereka sepanjang dua bulan lalu mengadakan majlis penerangan mengenai KeADILan. Saya menyaksikan satu gelombang yang sungguh melegakan - menuntut perubahan, pertumbuhan ekonomi dan agar nasib rakyat dibela.

Dari Sabah, saya ka Kota Nanning, wilayah Guangxi, China atas undangan Gabenor Lu Bian. Saya tertarik dengan tahap kemajuan yang dicapai, mencatatatkan kadar pertumbuhan 13 peratus buat suku pertama tahun 2006. Namun berbeda dari sikap pemimpin negara kita, beliau amat merendah diri, tidak mendabik dada bongkak dengan kisah kejayaan. Disebaliknya beliau, Menteri, pegawai kanan dan Dato Bandar Nanning meminta pandangan kami mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin pertumbuhan mampan. Gabenor dan pemerintah Guangxi memohon agar kami memberikan teguran agar pertumbuhan ekonomi tidak terbantut atau mengalami krisis yang tidak terjangka.

Mereka juga memohon agar kami memperkenalkan Guangxi kapada pelabur asing. Saya terkesan dengan persahabatan yang terjalin termasuk penegasan beliau bahawa pertumbuhan perlu terus pesat supaya beliau dapat menangani masalaah kemiskinan dikalangan rakyat.

Dua hari lalu saya berkunjung ka Kuala Perlis menemui pimpinan KeADILan Negeri, PAS, NGO dan veteran UMNO. KeADILan Perlis memerlukan suntikan semangat dan penyertaan yang lebih meluas. Cikgu Bidin telah memulakan usaha baru kearah itu.

Saya kemudian bergegas ka Junjung untuk bersama pimpinan Keadilan Kedah dan bekas tokoh MCA Pulau Pinang Tony Beh. Penyertaan masyarakat Cina disana menggalakkan. Saya mengucapkan penghargaan kapada mereka kerana dalam kedua pilihanraya lalu mereka telah memberikan sokongan padu kapada Keadilan.

Kami kemudian meluru ka Madrasah Islahiah Memali, Baling untuk menyampaikan ceramah bersama Ustaz Hadi Awang Presiden PAS. Sambutan puluhan ribu rakyat Baling memberikan kenangan memilukan buat saya. Azizah dan Nurul Izzah minta saya sampaikan pesan khas kapada keluarga serta rakyat Baling dan kapada Tuan Guru Hj Salleh sekeluarga di Madrasah Khairiah Sik.

Saya menyingkap pengalaman menyokong penderitaan rakyat Baling yang dibelenggu kemiskinan pada tahun 1974 yang menyebabkan saya ditahan di Kemunting dua tahun. Kemudian timbul isu Memali yang menyebabkan ramai rakyat terkorban. Penjelasan bekas Ketua Polis Negara tidak meyakinkan. Saya jelaskan bagaimana PM Dr Mahathir meminta saya menghubungi almarhum Ustaz Fadhil buat meredakan ketegangan.

Satelah saya menjadi Menteri Kewangan, Tan Sri Khalid Ibrahim melalui PNB mencadangkan skim khas membantu rakyat termiskin dan saya kemudiannya melancarkan projek khas tersebut di Mesjid Baling dalam bulan Ramadhan. Kehadiran begitu ramai sehingga makanan tidak mencukupi.
Kami tiba di pondok Tuan Guru Hj Salleh jam 9 pagi dan sempat mendengar penggulungan kuliyah mingguan beliau. Dalam ucapan kapada jemaah saya mulakan dengan kenyataan penghargaan peribadi dan keluarga atas doa dan ikhtiar Tuan Guru selama 6 tahun saya merengkok di penjara Sg Buloh.

Saya menyingkap pengalaman menemui rakyat yang terlibat dalam isu pengambilan tanah untuk Empangan Beris dan bagaimana pemimpin angkuh kerana enggan mendengar keluhan rakyat yang terlibat. Dalam pertemuan dengan wakil penduduk ternyata apa yang dipohon adalah tanah kecil untuk mereka uruskan kehidupaan sebagai peladang. Masaalah yang sama dihadapi dalam kes Orang Ulu di Belaga yang terlibat dalam projek Empangan Bakun.

Umat Islam diajak untuk menggunakan suara dan tenaga menjana perubahan dan islah yang harus bermula dengan pemantapan aqidah dan akhlak. Tanpa persiapan tersebut, gejala kemaksiatan, rasuah malah gugatan aqidah akan terus berlaku.Saya turut berkesempatan menunaikan solat Jumaat bersama rakan-rakan lama saya di Mesjid Mengkuang, Permatang Pauh.

Anwar


3 Responses to “Acara Minggu Lepas: Kembali Menjenguk Memali & Baling”


  1. 1 bujalselamat Aug 20th, 2006 at 5:30 am

    asalamualaikum ..Dato Seri….,
    Saya amat mengikut perkembangan Dato Seri…
    saya merasa terharu apabila Dato Seri berkempen kesedaran pada semua tempat… akan tetapi untuk menjayakan nya saya harap dato seri dapat menyediakan satu master plan untuk pilihanraya 2008/9 oleh itu disini saya ada cadangan setelah melihat dah bercampur dengan semua kekawan.. di semua peringkat…
    1)Untuk Harga Minyak.. janji harga minyak takan naik dlam masa lima tahun memerintah.bermula selepas memenangi Pilihanraya– BOLD kan dia
    2)Turunkan harga minyak pada esok pukul 12.00 tengahari hari Barisan Alternative menang.. RM 1.00.. RM 1.20 …BOLD KAN DIA
    3.Tenaga Nasional turun kan tariff
    4.Lupuskan syarikat teksi.. bagi semua pemandu teksi lesen.. tapi harus ikut syarat yg ditetapkan oleh kerajaan.
    5.Turukan Harga TOL dIseluruh Malaysia.. lagi pun semua syarika tol akan bayar kepada kerajaan so .. give back to them and reduce tol … 30%
    6.Turukan roadtax iaitu golongan rendah kereta sehinnga 1.5 hanya membayar RM 30.00 Sahaja..
    7.Kakitangan Kerajaan naik kan productiv mereka seperti swasta.
    8.Membenteras rasuah.. habisan
    itu sahaja yg boleh saya fikirkan setakat nie.

    Salam……….

  1. 1 P44 Alhamdulillah.. « *Enjoying Little Muffins* Pingback on Aug 27th, 2008 at 1:11 am
  2. 2 P44 Alhamdulillah (Updated) « *Enjoying Little Muffins* Pingback on Aug 27th, 2008 at 12:06 pm

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

August 2006
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031