Archive for August 20th, 2006

20 August 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Aqil Fithri menanyakan :

salaam~
saudara Anwar yang baik,

jika anda tidak keberatan, boleh saya tahu, apakah pendirian anda atas kontroversi “bahasa melayu” dalam ucapan Sharifah Amani ketika Festival Filem Malaysia baru-baru ini? adakah wajar Rais Yatim merasa tersinggung?

saya kira soalan ini tepat pada orangnya –> apabila melihat rekod perjuangan bahasa anda…

Sekian, wassalam~

Aqil Fithri,

Serangan terhadap Sh Amani agak keterlaluan. Beliau wajar ditegur tetapi perlu diberikan kesempatan memberikan penjelasan.
Saya musykil mengapa terdapat kalangan yang tampak begitu gagah menyerang beliau tetapi membisu manakala berlaku pengkhianatan terhadap dasar bahasa.

Apa gerangan pendapat mereka manakala bahasa “rojak” digunakan olih pemimpin; matapelajaran sains dan matematik di sekolah kebangsaan diajar dalam bahasa Inggeris?

20 August 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Daunbiru_tua menanyakan:

Dato Seri, dalam laman web Dato Seri pernah menyatakan bahawa Dato Seri sendiri telah menyaksikan filem Gubra di MidValley Megamall. Apakah pandangan dan pendirian Dato Seri mengenai isu pluralisme yang diperkatakan mengenai babak-babak akhir filem tersebut? Serta, apakah pendapat Dato Seri mengenai kenyataan Syarifah Amani di FFM19 serta kenyataan-kenyataan balas oleh beberapa pihak?

Daunbiru_tua,

Filem Gubra menarik buat saya dan berjaya melonjakkan mutu filem Melayu yang agak kaku dan lesu. Filem juga persoalan seni yang mampu menyampaikan mesej sosial dengan segar. Pengarah ingin memaparkan kenyataan tetapi ia harus dibedakan dengan propaganda. Tidak samestinya kita bersetuju dengan semua tafsiran seni tersebut. Tetapi untuk mengembangkan filem dan teater malah seni sastera sekali pun kita harus lebih toleran dan menggalakkan wacana terbuka.

20 August 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

zahir memberi respon:

Saudara Anwar,

Saya sebagai seorang “Anak Melayu Pulau Pinang” sangat sedih dan keciwa melihat keadaan bangsa sediri di sana. Pengalaman Saudara secara langsung sebagai Pengerusi UMNO Pulau Pinang, sebagai TPM dan juga sebagai Menteri Kewangan, apakah sebenarnya masalah kita di sana? Isu ini telah banyak kali dibangkitkan dan keadaan nampaknya tidak banyak berubah. Isu pengiliran jawatan Ketua Menteri sekali lagi dibangkitkan. Apakah sebenarnya perjanjian antara UMNO dan Gerakan mengenai isu jawatan KM itu? Adakah benar jawatan KM bukan milik eksklusif mana-mana kaum tetapi ia diberikan atas dasar dan persefahaman BN.

Bolehkah seorang KM berbangsa Melayu dapat selesaikan masalah ini? Apakah benar parti Gerakan meminggirkan orang Melayu di sana? Mungkinkah ini semua adalah salah orang Melayu sendiri yang tidak pandai merebut peluang?

zahir,

Riuh isu KM Melayu bertujuan mengalih pandangan dari persoalan pokok. Melayu masih PM, Menteri Kewangan dan UMNO masih memrintah. Pemuda UMNO tidak wajar mendakwa kononnya jawatan KM akan menyelamatkan Melayu.
Jawatan utama saperti Tim KM, Exco kanan semuanya disandang olih pemimpin UMNO. Mereka juga harus memberikan penjelasan dan tidak berselindung.
Tatkala memimpin UMNO dan mengetuai JK Pemandu Penyelarasan B’putra Pulau Pinang, saya bersama pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri telah menyelesaikan isu kemudahan asas, menambah pusat perniagaan, membangun beberapa bandar baru termasuk Perda dan Bertam, dan mengutamakan pembangunan kawasan perumahan rakyat.
Matlamat kita sekarang haruslah kearah memacu pertumbuhan pesat di Pulau Pinang, membanteras rasuah dan menyediakan peluang saksama kapada rakyat pelbagai kaum.

20 August 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Razakneti memberi respon:

Dato Sri Anwar Ibrahim,
Saya adalah aktivis Melayu akar umbi KeADILAN dan baru-baru ini saya terlibat dalam menghantar memorandum ke DYMM Yang Dipertua Agong / Sultan Selangor berkaitan bantahan masyarkat India/ ahli parti berketurunan India terhadap perobohan banyak kuil Hindu di serata tanahair. Seterusnya berita/foto event ini disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan. Saya kemudiannya menerima banyak panggilan dari rakan-rakan seperjuangan parti dari kalangan Melayu/Islam yang mempertikaikan tindakan saya melibatkan diri dalam kes membantah perobohan kuil-kuil tadi. Ada yang mengatakan saya telah lari dari ‘akidah’ kerana memperjuangan perihal agama bukan Islam. Saya juga melihat ramai kepimpinan Melayu dalam parti diperingkat pusat (MPT)nampak begitu keberatan ‘pick-up isu-isu agama bukan Islam lebih-lebih melibatkan kaum India. Saya bersimpati melihat Mike (Naib Ketua Angkatan Muda),Sivarasa nampak keseorangan mengendalikan kes-kes melibatkan masyarakat India sedangkan rakannya seperjuangannya dari kaum Melayu macam tak berminat menyertainya.
Begitu juga bagi kaum Cina – dimana saya melihat Tian Chua semacam tidak memndapat sokongan dari pemimpin Melayu apabila dia mengadakan sesuatu program yang melibatkan kaum Cina.

Saya berpendapat DSAI harus ‘revamp’(rombak) pemimpin Melayu di peringkat MPT agar mereka betul-betul ‘menyelami’ makna erti kata sebenar parti berbilang bangsa itu sendiri.
Saya sebenarnya ‘salute’ pada YB Dominique Ng – Adun Padungan, Sarawak yang sanggup ‘turun padang’ untuk meninjau rumah setinggan yang diruntuhkan oleh DBKL di Kg Pauh Seberang, Sentul hampir 3 bulan yang lalu.
Pemimpin Melayu kita nampak ramai aja memanaskan bontot dalam MPT tapi ‘habok pun tarak’

Harap DSAI look into this

Thank
RAZAK (Ex- Form Six -
Yayasan Anda, Pantai Bahru : 1979-80)

razakneti,

Keadilan mempertahankan prinsip Perlembagaan mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan kebebasan beragama dijamin. Justeru itu perobohan kuil-kuil yang didirikan mengikut peraturan dibantah. Saya pernah hadir dalam mesyuarat Parti tatkala isu dibahaskan. Semua pemimpin bersetuju dengan keputusan tersebut.
Merujuk kapada kes khusus perobohan kuil, memang wajar bantahan dibuat dan dipimpin olih pemimpin agama berkenaan dengan kahadiran beberapa penyokong dari kalangan lainnya.

20 August 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

aambo memberi respon:

Sdr Anwar,

Saya amat yakin bahawa Sdr Anwar juga menyedari bahawa antara cabaran utama di dalam membentuk sebuah parti berbilang kaum ialah untuk merapatkan jurang berfikir; mengurangkan semangat dan sentiment perkauman yang memang sedia ada di dalam setiap benak pendokong dan penyokong dan juga membina semangat toleransi yang jitu.

Lantaran itu saya rasa amat perlu bagi PKR untuk menyediakan satu garis panduan yang jelas kepada pendokong dan penyokong mengenai batas2 penglibatan setiap ahli terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh ahli lain yang berlainan bangsa dan agama. Garis panduan ini bukan sekadar bermanafaat kepada ahli muslim tetapi juga mungkin bermanafaat kepada ahli berbangsa lain kerana mereka juga mungkin mempunyai had2 pergaulan tertentu mengikut amalan agama mereka.

Saya yakin sekiranya panduan yang jelas dapat disediakan setelah mendapat pengesahan daripada pihak2 yang mempunyai kelayakan mengikut agama masing2 dan ianya dibentangkan / dihebahkan kepada semua peringkat ahli, maka lebih mudahlah bagi semua pihak di dalam menjayakan aktiviti parti khususnya aktiviti yang melibatkan urusan keagamaan. Dengan itu juga perasaan curiga dan tidak puas hati di kalangan ahli yang menganjurkan aktiviti tersebut dapat dihindarkan kerana mereka akan lebih paham alasan kenapa ahli dari kaum lain tidak menyertai aktivi anjuran mereka.

Panduan sebegini sebenarnya amat berguna bukan sahaja bagi PKR malah kepada sebuah negara yang berbilang bangsa….

Wallahhu’alam

aambo,

Saya akan sampaikan pandangan sdr kapada Presiden dan pimpinan Keadilan.
Saya tidak fikir ia merupakan masalah besar. Malah dalam beberapa majlis yang dianjurkan olih masyarakat Cina dan India, mereka amat prihatin dengan waktu dan tempat solat, makan minum dan mengelak dari kenyataan yang menyinggung perasaan lain kaum.

20 August 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

aambo memberi respon:

Menurut laporan Malaysiakini Dato’ Nalla dan 2000 kaum India akan menyertai PKR pada hari Ahad ini di Hotel Istana. Syabas Sdr Anwar!!!!!!. Syabas Dato’ Nalla!!!!! Mudah2an lebih ramai lagi akan menyertai parti pembangkang.

Harap Sdr Anwar juga dapat merapatkan lagi saf kepimpinan PKR. Amat terguris rasanya bila dapat berita ada dikalangan pemimpin PKR yang keluar parti.

Diharapkan juga usaha Sdr Anwar untuk membentuk SATU barisan pembangkang yang kuat bagi menghadapi pilihanraya akan datang terhasil. Kita tidak punya masa yang panjang kerana peluang yang ada sekarang tidak selalu akan datang.

wallahua’lam..

aambo,

Saya dan pimpinan Keadilan mengalukan kehadiran tokoh dan ahli baru. Keadilan adalah milik rakyat. Bulan lalu Tan Sri Khalid Ibrahim bersama kita. Minggu lalu, bekas Timbalan Menteri Dato Nahalan (Sandakan) dan bekas Ketua UMNO Bahagian Gaya Dato Hussin Dali menyertai Keadilan.
Kita akan cuba meningkatkan muafakat tetapi tidak dapat menghalang beberapa orang mengambil keputusan meninggalkan parti.

20 August 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Ibnu Mohamad menanyakan:

Assalamualaikum,

Dr Mahathir pernah berkata, Parti Keadilan tidak lebih hanya sebuah parti yg ditubuhkan hanya untuk membela Anwar Ibrahim. Masa itu ramai yg sangsi terhadap Keadilan dan kita lihat beberapa kali dlm TV ada menyiarkan ketua-ketua pemuda keadilan meninggalkan keadilan dan kembali menyertai UMNO. Sejauh mana kebenaranya pun tidak kita ketahui. Rata-rata rakyat yg tidak ada sumber maklumat lain, terus percaya dan mula kembali meyakini UMNO sebagai wadah yg mendepani perjuangan bangsa.
(more…)

20 August 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Soalan Rakesh yang panjang lebar saya jawab seperti berikut:

sdr Rakesh

Saya cadangkan agar sdr meneliti pandangan kami mengenai Agenda Ekonomi Baru, serta alasan mengapa DEB ditolak. Di antara lain, saya telah kemukakan isu kesenjangan yang kian melebar diantara yang kaya dan miskin diantara kelompok kecil yang kaya dan jumlah besar yang miskin. Maknanya begini coefficient di Malaysia adalah diantara yang paling parah di Asia. Keupayaan persaingan ekonomi negara merosot, tahap rasuah membimbangkan malah ketegangan kaum dan agama kian memuncak.

Gagasan AEB (Agenda Ekonomi Baru) menekankan isu governance dan accountability; dasar yang prihatin akan masaalah rakyat dan bersandarkan kepedulian terhadap rakyat dan bukan kelompok kecil yang berkuasa.

Kita tidak perlu menjerit menghebah dasar DEB, kononnya untuk membela nasib bumiputera, tetapi berbilion ringgit, dari AP, kontrak, saham, penswastaan dirompak oleh segelintir pemimpin dan keluarga. Justeru itu dasar baru harus lebih telus dan bertanggungjawab; mengambil kira majoriti bumiputera yang miskin dan kalangan penduduk Cina dan India yang wajar diberi pembelaan.

Anwar

20 August 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Acara saya di minggu kebelakangan ini cukup padat tetapi amat melegakan. Di Sandakan saya terharu dengan pengumuman Dato Nahalan Damsal, bekas Timbalan Menteri yang membawa bersamanya 2500 ahli baru menyertai KeADILan, kebanyakan mereka bekas anggota UMNO.
Di Putatan, Kota Kinabalu KeADILan menerima penyertaan Dato Hussein Dali bekas Ketua UMNO Bahagian Gaya dan ratusan ahli baru KeADILan.

Saya juga mengadakan perbincangan dengan pimpinan KDM (Kadazan, Dusun, Murut) yang melaporkan kegiatan mereka sepanjang dua bulan lalu mengadakan majlis penerangan mengenai KeADILan. Saya menyaksikan satu gelombang yang sungguh melegakan – menuntut perubahan, pertumbuhan ekonomi dan agar nasib rakyat dibela.
(more…)