13
Aug
06

Saranan Buat Malcolm_Z

Malcolm_Z menanyakan:

Assalamua’laikum w.b.t kepada Bapa Reformasi Malaysia.

Saya tidak menjumpai ruang untuk post persoalan jadi gunakan ruang reply ini untuk menanyakan satu dua soalan.

Dato’ Seri,
Saya tahu soalan yang saya tanyakan ini agak sensitif.Untuk pengetahuan Dato Seri boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia amnya dan juga masyarakat Melayu Islam khasnya sedang menanti kedatangan semula Dato’ Seri dalam memimpin gerakan rakyat. Saya
pulang ke kampung di Alor Setar ramai yang bertanya kepada saya mana perginya DSAI? Apa yang dia buat? KEnapa kita tak nampak banyak pun cerita mengenai dia? Dia pegi mana? Kenapa suara dia agak tenggelam tidak berapa begitu lantang dalam sesuatu isu??

Inilah persoalan yang harus dan ada masanya saya tidak tahu menjawapnya..

Saya harap Dato’ Seri boleh sedikit sebanyak membantu saya dalam mempertahankan Dato’ Seri
dan kalau boleh jawapan ini datang dari jari jemari Dato’ yang menekan setiap huruf di papan kekunci ini..

Sekian terima kasih..
Jahanam IFC!!

Malcolm_Z

Saya sudah menjelajah kesemua negeri kebanyakan lebih 3 kali sejak dibebaskan dari penjara, menemui pimpinan Keadilan, mengadakan pertemuan dengan masyarakat pelbagai kaum dan menyampaikan ceramah umum disabelah malam.
Semalam saya di Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Tg. Karang. Pagi tadi saya telah menyampaikan pidato utama dalam Perjumpaan Shura (Himpunan Ulama) di Shah Alam.Esok, insyaAllah saya akan ka Sandakan dan Kota Kinabalu. Awal minggu depan saya akan ka Perlis, Baling, Sik dan Permatang Pauh. Pada 20 Ogos saya akan menyampaikan ceramah di Lembah Pantai.
Tetapi dalam semua acara tersebut, pandangan saya tidak dilapor dalam media utama yang kesemuanya dimileki pemerintah BN dan kroni mereka. Malah terdapat arahan khusus dari pimpinan tertinggi untuk memadamkan semua kenyataan saya.
Sdr sampaikan salam saya kapada keluarga dan sahabat handai. Minta mereka membaca Suara Keadilan, Harakah. Perkenalkan Malaysiakini, Malaysia Today dan Blog saya. Itu yang mampu kita lakukan.


2 Responses to “Saranan Buat Malcolm_Z”


  1. 1 malcolm Z Aug 13th, 2006 at 4:34 am

    terima kasih DSAI

    akan saya buat sebagaimana yang disarankan oleh DSAI.
    Untuk pengetahuan DSAI rata - rata daripada mereka ini masih meletakkan harapan yang cukup tinggi kepada DSAI dan mereka berharap sangat agar pada tahun 2008 nanti pabila sekatan - sekatan tiada lagi DSAI akan masuk pilihanraya sekali gus menjadi PM..Aminn

    Re-for-ma-si
    Jahanam IFC

  2. 2 zahir Aug 14th, 2006 at 7:09 am

    Saudara Anwar,

    Apakah pendapat Saudara tentang Projek Etika Global Pulau Pinang (PEGPP)? Saya difahamkan bahawa kumpulan ini berpendapat manusia tidak perlu lagi berpegang kepada agama, sebaliknya kepada nilai etika semata-mata (tiada survival tanpa etika) dan meletakkan semua agama sama taraf malah lebih tinggi daripada Islam.

Leave a Reply