azjuan menanyakan:
Assalamualaikum…
minta maaf kerana hanya menjumpai halaman reply utk post comment…
Dato Seri,Soalan saya tidak berkaitan dgn politik.Saya seorang rakyat biasa yang amat meminati
bolasepak.Setelah kita berpesta Pila Dunia baru baru ni, jauh disudut hati saya, ingin melihat skuad kebangsaan kita layak ke Piala Dunia. Tapi dalam situasi sekarang,wajar saya mengatakan ianya adalah misi mustahil. Diperingkat serantau pun kita masih terkial-kial.
Dato Seri pernah menjadi menteri kebudayaan belia dan sukan semasa dlm kabinet satu masa dahulu dan saya percaya dato seri sedikit sebanyakan pengalaman dalam
menguruskan bidang sukan termasuk bolasepak.
soalan saya,
1. adakah bolasepak kita mundur ke belakang atau hanya statik di kala negara lain maju ke hadapan.
2. barangkali ada penyakit dalam pemain atau pengurusan kita yang sukar diubati, betulkah begini?
3. apakah tindakan segera yang perlu diambil, pada pandangan dato?
Mohon penjelasan..
Wassalam
azjuan,
Saya peminat tenis dan badminton. Hobi riadhah lain termasuk jet ski dan selaman scuba. Cuma kecederaan di belakang menghadkan kegiatan.
Dalam soal bolasepak saya ikuti dengan penuh minat, tetapi tidak punyai kepakaran. Saya sekadar mengesyorkan agar kepimpinan badan sukan dirombak agar dipilih kalangan yang cukup berwibawa mengurus sukan secara profesional. Kita seharusnya mengangkat prestasi pasukan ka peringkat yang lebih tinggi.
















Sdr Azjuan,
Masalah bola sepak Malaysia yg pertama adalah barisan pimpinannya dari peringkat negeri sampai FAM semuanya terdiri drp mereka yg hanya meminati sukan ini tetapi tidak mempunyai kepakaran dalam perancangan, pengurusan, pelaksanaan atau pelatihan.
Mereka ini kalau bukan terdiri drp kerapat diraja atau menteri besar ianya sudah pasti orang-orang politik yg berhubaung kait dgn UMNO.
Mereka jadikan ini sebagai permainan / hobi mereka. Saya setuju bahawa mereka ini memang bertungkus rumus ingin meningkatan mutu bola sepak negara kita, tetapi keupayaan mereka terhad. Malahan ada di antara mereka ini pulak suka kacau pengurusan jurulatih yg terdiri mereka yg lebih berkeupayaan.
Saya pernah membawa kawan-kawan dari luar negeri seperti Germany & China menyaksi perlawanan Liga Super, dan pandangan mereka adalah sambutan peminat adalah bagus dan juga skil pemain kita tak kurang hebat juga.
Untuk memajukan bola sepak negara, saya manyeru bahawa pimpinan FAM terutama pada presiden dan timbalan presiden yg telah “memerintah” lebih drp 20 tahun supaya dgn serta merta meletak jawatan dan semua orang2 politik menjauhi bola sepak.