13
Aug
06

Jawapan Kepada Aambo

aambo menanyakan:

Dato’ Seri,

Bagi saya, sokongan rakyat pada Reformasi (dahulu) sehinggalah tertubuhnya PKR (sekarang) adalah sebahagian besarnya disebabkan sokongan mereka kepada DS secara peribadi. Bukan sangat disebabkan faktor isu yang diperjuangkannya (keadilan, menjana perbuahan,
kepelbagaian kaum dan sebagainya).Maknanya, sekiranya prinsip2 yang sama diperjuangkan oleh orang lain atau parti lain, saya yakin ianya tidak akan mendapat sambutan sebagaimana sambutan rakyat pada PKR pada masa ini. PKR hanya akan dapat bertahan disebabkan
oleh kepimpinan dan dokongan DS (samada secara langsung atau disebalik tembok penjara). Saya juga tidak fakir akan ada tokoh lain yang dapat memimpin PKR disebabkan faktor kepelbagaian kaumnya setelah ketiadaan DS suatu masa nanti.

Oleh itu, saya merasakan pandangan Tengku Razalie menganai 2 pilihan itu perlu dipandang serius. Ini kerana saya juga berfikiran bahawa jangka hayat PKR berkait rapat dengan jangka hayat DS sendiri.

Wallahua’lam

aambo,

Kesedaran yang memuncak di era Reformasi perlu diberi pengisian bagi menjamin keadilan kapada rakyat. Kita tidak menilai dari sentimen luaran tetapi harus mencuba melaksanakan perubahan yang lebih bermakna. Saya telah mencuba selama satu satengah dekad bersama UMNO. Muafakat dengan PAS masih mantap. Langkah sekarang adalah untuk memperkasa Keadilan. Saya pohon pengertian dan kerjasama sdr..


12 Responses to “Jawapan Kepada Aambo”


  1. 1 addeb Aug 13th, 2006 at 3:42 am

    Assalamu ‘alaikom Sdr Aambo, Sdr Anwar dan semua,

    Pandangan Sdr Aambo terhadap sebab musabab terbentuknya keAdilan (dan kemudian PKR) mungkin ada kebenarannya. Begitu juga dengan pandangan YBM Tg Razaleigh sebagai seorang veteran dalam parti “pejuang kebangsaan tu, juga saya hormati. Tetapi saya melihat dari pendekatan yang berbeza. Justeru, saya terus mendokong dan juga mengharapkan supaya perjuangan harus terus (malahan hendaklah dimantapkan lagi) melalui PKR.

    Saya tegas berpendapat sedemikian kerana sebab berikut:

    1) Supaya sejarah dimana sipemerintah bermaharajalela dan rakus tanpa segan silu untuk selama 22 tahun MESTI disekat dari berulang. Say yakin, pendekatan yang terbaik adalah tertegaknya sistem 2 parti, dimana keduanya saling waspada diantara satu sama lain. Kemenangan 92% kerusi dalam sistem demokrasi hampir boleh dikatakan satu lawak jenaka yang tidak jenaka! (”a joke that is not funny“). PAS, (didalam sistem yang ada sekarang) tidak mampu memenangi hati rakyat bukan Islam disebabkan faktor sejarah. Kalaupun PAS berjaya “diubahsuaikan”, ianya tentu akan memakan masa yang agak lama. Baik sahaja teruskan dengan (sebagai kata Sdr) “memperkasa Kedilan“.

    2) Mestikah Sdr Anwar menjadi PM untuk mengislahkan Malaysia keseluruhannya? Lupakah kita yang Mahatma Gandhi tidak pernah menjadi PM India. Namun, adakah sesiapa yang boleh menafikan peranan beliau didalam sejarah India moden? Walaupun merengkok selama suku abad, pengaruh Nelson Mandela menentang apertid, (sekaligus mengislahkan Afrika Selatan) tidak terbatas kepada waktu beliau menyandang jawatan Presiden! Asasnya ditanam selama dianya dipenjarakan! Maksud saya, apa yang kita nak kejarkan sangat jawatan PM? Ya! Betul! Ianya mustahak tetapi BUKANnya “be all end all” factor, didalam kontek meREFORMASIkan negara yang tercinta ini.

    Tidak siapa yang memimpikan satu jalan yang lurus dan indah. Tetapi, berkat sabar dan istiqamah, dengan niat yang betul, usaha yang gigih dan seterusnya bertawakkal kepada Yang Berkuasa, insyaAllah, PKR akan berjaya kepada keadaan yang lebih baik secara keseluruhannya!

  2. 2 anokelate Aug 13th, 2006 at 3:07 pm

    Kata Dato “Muafakat dengan PAS masih mantap”. sejaumana mantapnya maufakat itu, kerana sebagai pejaung politik mereka juga golongan opportunis. Apa yang saya semasa pilihanraya lepas, PAS mengambil kawasan selamat sementara kawasan kurang selamat diserah pada PKRM. Lihat sahaja Komen Nik Aziz terhadap Dr Syed Husin semasa dicalonkan untuk kawasan kota baru. Sungguh menguris hati. Sejak itu saya melihat mereka ini cuma golongan cari makan yang kurang sikit dari UMNO.
    Apa yang mereka lakukan di kelantan hari ini? Majoriti bangunan perdagangan yang baru di bina oleh orang cina dimana perniaga melayu dipinggirkan.

  3. 3 ajaque Aug 14th, 2006 at 3:01 am

    Sdr anwar,

    Saya melihat dari aspek hala tuju politik keADILan itu sendiri. Pada pendapat saya hala tujunya masih kabur. Adakah mungkin kerana informasinya tidak sampai ke golongan sasaran, itu saya kurang pasti.

    Sememangnya saya amat berharap kepada kejatuhan UMNO & BN. Tapi saya tidak dapat menafikan mereka mempunyai hala tuju yang lebih clear berbanding keADILan. Saya amat berharap sebelum tibanya kuasa diberi kepada saya untuk memilih nanti, Hala tuju keADILan dan pakatan akan lebih clear dan mantap. Itu saja jalan yang ada untuk mememangi hati golongan “karat biru” yang sentiasa memangkah BN yang mereka sendiri akan cerca sebaik tamat musim pilihanraya.

  4. 4 zahir Aug 14th, 2006 at 6:22 am

    Saudara Anwar,

    Pada pagi Ahad 13 Ogos lalu, saya ke sebuah pasar di Cheras. Saya terlihat beberapa orang lelaki berketurunan Cina sedang sibuk mengerdar apa yang saya lihat seperti risalah. Saya abaikan sahaja pada mulanya. Tetapi setelah saya melihat dengan lebih teliti, saya terpandang baju T mereka tertulis “PARTI KRADILAN RAKYAT BAHAGIAN ULU LANGAT”. Saya mendekati salah seorang dari mereka dan bertanya apakah yang mereka buat di sana. Jawab lelaki itu mereka sedang buat “recruitment drive”.
    Dia kemudian memunjukan pada saya risalah PKR yang berbahasa Mandarin. Juga terdapat satu flip card di mana ada sekeping kertas yang mana sesiapa yang ingin menjadi ahli PKR boleh menulis butir-butir peribadi mereka. Saya kemudian bertanyakan lagi kepada lelaki itu kenapakah hanya ada wakil dari keturunan Cina dan kenapa pula mereka ini tidak “approach” pengunjung pasar itu yang berbangsa Melayu, India dan lain-lain. Lelaki itu tidak dapat menjawab soalan saya itu. Mungkin kerana dia tidak berapa fasih berbahasa Melayu.
    Saya perpendapat usaha sedemikian adalah amat baik, menyedari kurangnya ruang untuk PRK bergerak mendekati rakyat. Mungkin saya terlepas bila wakil orang Melayu dan India berada di situ. Apa yang saya dapat lihat, respond yang mereka dapat adalah baik.
    Saya harap usaha sedemikain akan di teruskan dengan lebih giat menjelang pilihanraya umum yang semakin hampir. Kita akan sama-sama berusaga dan berdoa kejayaan PKR nanti.

  5. 5 monaz Aug 14th, 2006 at 7:33 am

    Matlamat mana-mana parti politik ditubuhkan ialah untuk menjadi pemerintah. Setelah dapat memerintah barulah idealisma masing-masing dapat dilaksanakan. Saya rasa itulah matlamat PKR. Memerintah dan melaksanakan idealismanya iaitu keadilan.

    Begitu jugalah PAS. Memerintah dan melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia ni. Memimpin secara yang dikehendaki oleh Allah seperti yang diperintahkan melalui wahyunya Al-Quran dan Al-Hadis.

    UMNOpun begitu. Muluk-muluk belaka hasrat dan idealismanya. Tetapi apabila nafsu menguasai pemimpin dan pengikutnya, segala-galanya jadi lintang pukang.

  6. 6 aambo Aug 15th, 2006 at 2:38 am

    Menurut laporan Malaysiakini Dato’ Nalla dan 2000 kaum India akan menyertai PKR pada hari Ahad ini di Hotel Istana. Syabas Sdr Anwar!!!!!!. Syabas Dato’ Nalla!!!!! Mudah2an lebih ramai lagi akan menyertai parti pembangkang.

    Harap Sdr Anwar juga dapat merapatkan lagi saf kepimpinan PKR. Amat terguris rasanya bila dapat berita ada dikalangan pemimpin PKR yang keluar parti.

    Diharapkan juga usaha Sdr Anwar untuk membentuk SATU barisan pembangkang yang kuat bagi menghadapi pilihanraya akan datang terhasil. Kita tidak punya masa yang panjang kerana peluang yang ada sekarang tidak selalu akan datang.

    wallahua’lam

  7. 7 ibnu_mohamad Aug 15th, 2006 at 3:10 am

    Assalamualaikum,

    Dr Mahathir pernah berkata, Parti Keadilan tidak lebih hanya sebuah parti yg ditubuhkan hanya untuk membela Anwar Ibrahim. Masa itu ramai yg sangsi terhadap Keadilan dan kita lihat beberapa kali dlm TV ada menyiarkan ketua-ketua pemuda keadilan meninggalkan keadilan dan kembali menyertai UMNO. Sejauh mana kebenaranya pun tidak kita ketahui. Rata-rata rakyat yg tidak ada sumber maklumat lain, terus percaya dan mula kembali meyakini UMNO sebagai wadah yg mendepani perjuangan bangsa.

    Bila masa sudah tiba Dr M mengundur diri, Pak Lah ambil alih, dan DSAI dibebaskan, kita lihat betapa sokongan rakyat maikin meningkat kpd Pak Lah dan barisan kepimpinan BN yg lain. Semua memuji, Pak Lah bagus kerana lepas kan Anwar, Pak Lah tak korup dsbnya. Saham Pak Lah terus meningkat, dimana sahaja org memuji paklah.

    Tiba-tiba, kemelut proton semakin parah, Pak Lah berbuat sesuatu. Bila saja Proton diusik, dan puppet Dr M iaitu Tengku Mahaleel disingkirkan, dan berturutan dari pembatalan projek mega yg lain (yg semuanya dimulai semasa zaman dr M) kita lihat senario politik negara turut dilanda tsunami walaupun gegarannya tidak mencecah bacaan skala yg tinggi.

    Kini, Dr M menjelajah negara utk meraih sokongan ahli UMNO, sekaligus membuka pekung UMNO dan BN, yang sedikit sebanyak mengheret pimpinan sekarang utk turut melatah disana dan disini. Ramai yg seakan tidak sedar sebenarnya pekung UMNO yg dibuka oleh DrM sebenarnya adalah pekung Dr M sendiri….

    Dalam usaha pimpinan sekarang untuk menggunakan Pemuda UMNo bagi menjernihkan keadaan, dan memulihkan maruah yg tercalar, kita lihat, naib ketua pemuda pula diseret dlm kancah cabar mencabar, tohmah dan akhirnya terpaksa membuat kenyataan.

    Makin banyak kenyataan umum yang perlu dikeluarkan naib ketua pemuda, barisan kepimpinan UMNO, makin kuat pula Dr M membelasah mereka disetiap perjumpaannya dgn ahli-ahli UMNO ditempat yg beliau jelajahi.

    Penelanjangan UMNO secara terbuka oleh orang yg pernah menjadi pemimpin nombor satu umno ini sebenarnya adalah lawak sumbang; masa beliau berkuasa, tidak sedikit suara dalaman yg menyuarakan kebimbangan berhubung nepotisme, kronisme, politik wang dan lain2 yang dinyatakan oleh ahli dan pemimpin kanan UMNO waktu itu termasuk DSAI sendiri. Namun jika kita masih ingat, Dr M begitu konfiden dan dengan marahnya menolak semua pernyataan rasa hati ahli UMNO ketika itu dgn katanya semua itu tidak berasas, hanya omong kosong yg ingin meruntuhkan parti. Beliau juga ada mengingatkan bahawa perbuatan sedemikian hanya akan meruntuhkan parti. Orang dalam parti sendiri yang akan meruntuhkan parti, begitulah katanya.

    Belum pun kita lupa apa yg dikatakan oleh beliau, dan kita juga sering teringat kata-kata beliau Melayu Mudah Lupa, Dr M sendiri kini yg beria-ia bersuara menentang semua yg kononnya salah laku oleh pimpinan dan kerajaan selepas era beliau. Nampaknya Mahathir mudah Lupa.

    Jelajah yg dibuat oleh Dr M telah menghasilkan kesan langsung yang telah pun mengurangkan kepercayaan ahli2 UMNO dikampung terhadap pimpinan Pak Lah. Tambah membingungkan rakyat bilamana jentera Pemuda pula kini menjadi kelam kabut dgn pelbagai tuduhan terhadap Khairy. Rakyat pening kepala.

    Kalau kita duduk dikedai kopi dan memasang telinga mendengar perbualan politik kedai kopi, pasti akan terdengar betapa rakyat sudah mula bingung, keliru dan tak kurang juga yg mula mengatakan Mahathir sebenarnya bagus dan Pak Lah lebih teruk dari Mahathir.
    Ada yg mengatakan Pak Lah lembik dan tidak tegas, Mahathir lebih bagus krn menyekat suara sumbang yg boleh menggugat kestabilan negara, bukan macam pak lah yg suka diam sahaja. Menyedihkan bilamana suara yg memuji Mahathir sekarang ini adalah sebenarnya suara yg sama yg mengutuk Mahathir diera pemerintahan Mahathir.

    Rakyat umum sebenarnya tidak mengetahui pokok sebenar sesuatu perkara, Yg menjadi sumber mereka tidak lain hanya saluran TV1, TV2, TV3 dan suratkhabar yg menyiarkan berita yg telah ditapis.

    Namun dalam banyak suara politik kedai kopi ada juga suara yg sedikit sebanyak mengetuk hati dan akal saya untuk berfikir:

    Mengapa Pak Lah tidak mahu menggunakan ISA untuk menangkap dan memenjarakan Dr M?

    Bukankah apa yg Dr M lakukan sekarang menggugat keharmonian negara, berniat jahat dan lebih kelihatan memburuk-burukkan kerajaan seakan-akan ingin menjatuhkan Pak Lah?

    Bukankah ada peruntukan di bawah ISA yg membolehkan seseorg yg berkelakuan spt DR M itu ditahan walaupun tanpa bukti kesalahan, sedangkan apa yg dibuat beliau sekarang adalah terang2 salah.?

    Pak Lah juga boleh menggunakan OSA terhadap Dr M kerana apa yg dikatakan oleh Dr M adalah sesuatu yg “Highly Classified” dlm kerajaan. Bukan kah itu sudah cukup menahan beliau dan mengenakan tindakan dibawah akta rahsia rasmi?

    Pendapat “kedai Kopi” itu ada asasnya. Cukup menghairankan kenapa Pak Lah tidak mahu menggunakan ISA dan OSA serta lain akta utk bertindak terhadap mahathir. Mungkinkah ini adalah satu dari gimik kerajaan? atau mungkin pak lah sebenarnya tak tahu nak buat apa? atau mungkin dlm jentera pimpinan pak lah sendiri ada org2 mahathir atau ada org2 yg dibayangi oleh mahathir? atau adakah ISA atau OSA sebenarnya tidak dapat digunakan terhadap mahathir? atau adakah pak lah tidak tahu menggunakan ISA dan OSA? atau adakah ISA dan OSA jika digunakan, akan turut mengeheret lebih ramai menteri dan anggota kabinet ke penjara?

    Sungguh menghairankan.

    Inilah masa yg terbaik bagi kita keadilan utk menunjukkan kepada rakyat umum apa yg kita suarakan sebenarnya betul, dan juga turut disuarakan oleh bekas PM sendiri. Kita mesti aruhkan pemikiran rakyat bermula anggota keluarga sendiri dan rakan2 terdekat utk sama2 memikirkan perkara ini dan menolak UMNO dan BN. Mungkin ini merupakan titik tolak ke arah perubahan kepada Malaysia yg lebih baik…

    Itu saja komen saya, moga mendapat buah fikiran DSAI dan rakan2.

  8. 8 razakneti Aug 16th, 2006 at 3:26 pm

    Dato Sri Anwar Ibrahim,
    Saya adalah aktivis Melayu akar umbi KeADILAN dan baru-baru ini saya terlibat dalam menghantar memorandum ke DYMM Yang Dipertua Agong / Sultan Selangor berkaitan bantahan masyarkat India/ ahli parti berketurunan India terhadap perobohan banyak kuil Hindu di serata tanahair. Seterusnya berita/foto event ini disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan. Saya kemudiannya menerima banyak panggilan dari rakan-rakan seperjuangan parti dari kalangan Melayu/Islam yang mempertikaikan tindakan saya melibatkan diri dalam kes membantah perobohan kuil-kuil tadi. Ada yang mengatakan saya telah lari dari ‘akidah’ kerana memperjuangan perihal agama bukan Islam. Saya juga melihat ramai kepimpinan Melayu dalam parti diperingkat pusat (MPT)nampak begitu keberatan ‘pick-up isu-isu agama bukan Islam lebih-lebih melibatkan kaum India. Saya bersimpati melihat Mike (Naib Ketua Angkatan Muda),Sivarasa nampak keseorangan mengendalikan kes-kes melibatkan masyarakat India sedangkan rakannya seperjuangannya dari kaum Melayu macam tak berminat menyertainya.
    Begitu juga bagi kaum Cina - dimana saya melihat Tian Chua semacam tidak memndapat sokongan dari pemimpin Melayu apabila dia mengadakan sesuatu program yang melibatkan kaum Cina.

    Saya berpendapat DSAI harus ‘revamp’(rombak) pemimpin Melayu di peringkat MPT agar mereka betul-betul ‘menyelami’ makna erti kata sebenar parti berbilang bangsa itu sendiri.
    Saya sebenarnya ’salute’ pada YB Dominique Ng - Adun Padungan, Sarawak yang sanggup ‘turun padang’ untuk meninjau rumah setinggan yang diruntuhkan oleh DBKL di Kg Pauh Seberang, Sentul hampir 3 bulan yang lalu.
    Pemimpin Melayu kita nampak ramai aja memanaskan bontot dalam MPT tapi ‘habok pun tarak’

    Harap DSAI look into this

    Thank
    RAZAK (Ex- Form Six -
    Yayasan Anda, Pantai Bahru : 1979-80)

  9. 9 aambo Aug 17th, 2006 at 5:13 am

    Sdr Anwar,

    Saya amat yakin bahawa Sdr Anwar juga menyedari bahawa antara cabaran utama di dalam membentuk sebuah parti berbilang kaum ialah untuk merapatkan jurang berfikir; mengurangkan semangat dan sentiment perkauman yang memang sedia ada di dalam setiap benak pendokong dan penyokong dan juga membina semangat toleransi yang jitu.

    Lantaran itu saya rasa amat perlu bagi PKR untuk menyediakan satu garis panduan yang jelas kepada pendokong dan penyokong mengenai batas2 penglibatan setiap ahli terhadap aktiviti yang dianjurkan oleh ahli lain yang berlainan bangsa dan agama. Garis panduan ini bukan sekadar bermanafaat kepada ahli muslim tetapi juga mungkin bermanafaat kepada ahli berbangsa lain kerana mereka juga mungkin mempunyai had2 pergaulan tertentu mengikut amalan agama mereka.

    Saya yakin sekiranya panduan yang jelas dapat disediakan setelah mendapat pengesahan daripada pihak2 yang mempunyai kelayakan mengikut agama masing2 dan ianya dibentangkan / dihebahkan kepada semua peringkat ahli, maka lebih mudahlah bagi semua pihak di dalam menjayakan aktiviti parti khususnya aktiviti yang melibatkan urusan keagamaan. Dengan itu juga perasaan curiga dan tidak puas hati di kalangan ahli yang menganjurkan aktiviti tersebut dapat dihindarkan kerana mereka akan lebih paham alasan kenapa ahli dari kaum lain tidak menyertai aktivi anjuran mereka.

    Panduan sebegini sebenarnya amat berguna bukan sahaja bagi PKR malah kepada sebuah negara yang berbilang bangsa….

    Wallahhu’alam

  10. 10 semuthitam83 Aug 17th, 2006 at 10:24 am

    salaam

    perkara ni sebenarnya dah dibincangkan dalam kertas 1 & 2 : ke arah negara perlembagaan (menyatakan hasrat dan melaksanakan hasrat)

    tolong rujuk balik dokumen ini untuk ‘jelaskan’ kekaburan akibat jerebu minda ini..

    dlm dokumen ini juga ada disebut utk tidak diadakan politik uni polar atau dwi polar, sebaliknya ‘dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat’

    tegur la kalau salah… hehe

  11. 11 zakiyamani.blogspot.com Aug 17th, 2006 at 2:54 pm

    Sesuatu itu kabur apabila kita melihatnya daripada jauh. Dekati ia pandangan akan lebih jelas (ini secara umum, pohon maaf kepada yang rabun dekat). Dakapi ia maka akan dapat dirasakan denyut nadinya.

    Justeru hanya ada satu jalan kepada mereka yang masih belum mengenal keADILan. Dekati dan dakapi ia dengan penuh rasa dan kesungguhan.

  12. 12 bigfish Sep 13th, 2008 at 1:12 pm

    saya tertrik utk memnta DSAI ulas tntng komen anokelate tntng muafakat dgn PAS masih mntap(beliau menulis dlm nada sinis trhdp muafakat ini)..cntoh yg di ambil adlh prlimn k.b..saya mnyokong PAS,dan pd masa sama mnghrpkn kerjsma dr keadilan..tntg kes di k.b tu, sbnrnya ia mlibtkn kepentgn bersama..perlu di ingt, pd 2004 kwsn tersbut tlh di beri kpd nik mahmood,yakni pengerusi keadilan kelntn..tetapi,beliau tewas..PAS telah mngalah pd wktu itu, dan serhkn kerusi trsebut kpd PKR even kusi tu adlah kwsn slmat and antra lubuk pas..tp, wktu 2004, walaupun pas menang suma dua kerusi dun(mgkin juga 3,sy kurg pasti),dan ikut majoriti yg diperoleh.patutnya kwsn parlimen tdk jtuh pd BN..tp keputusn mnunjkkan yg pengundi di sana cndrung mngundi pas,dan bukan pkr..sbab itu lah,ia tdk di beri kpd pkr..ini persoaln strategi..pas opportunis?pas prnh gabung dgn pkr and DAP,bntuk BA pd 98 ,tp prnahkah pas kuar and khianati?seingt saya,DAP yg kuar(nmun itu ksah lama,2008 ini kita sudah ketemu asas kerjasama yg baru)..PAS x penah kuar gbungn,apatah lg khianati..tdk pula sy ktkn DAP khianat,sbb kita fhm yg terdpt kekeliruan ideologi pd waktu itu,nmun sya fikir kita punya sbb untk saling mmpercayai sesama kita,lebih2 lagi dlm wktu di mn semua pktn mngakui perjuangn msaing2 pd wktu ini dan berpayung di bwh pktn rkyt..ayah saya pernah bncg dgn pengerusi keadilan sblum plhn ry bru2 ini,dan sya bleh nyatakan apa yg di ura-urakan utk di buat sbgai protes trhdp PAS di sna..tp, biarlah benak kekeliruan antra kita di lupakan,lebih2 lg isu itu pun dh selesai..sy berpegang pd prinsip muafakat ini,dan tdk mahu toleh ke belakang..kita punya agenda besar yg mnjdi titk temu antra parti, dan sama2 lah kita lontarkn jauh2 prejudis ini demi Malaysia yg aman dan selamat dari barisan nasional..

Leave a Reply