mno5271 menanyakan:
aSSalamualaikum,,
pertama-tamanya saya mohon maaf kerana tak pasti di mana harus saya menanyakan soalan..
Oleh kerana ruang ‘reply’ ini saja yg saya jumpa, saya tanyakan soalan pada abng Anwar di sini..
Soalan mudah saya..
Masihkah ada lagi cita-cita Abg Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan memimpin negara?..
Masaalah yg berligar di kebanyakkan rakyat, kalau tak join UMNO adakah cara lain??.. sampai kan Tengku Razalie hanya meletak kan dua option sahaja.. join UMNO or reform PAS.. apalah maksudnya reform tu ya?
Semoga abg Anwar dapat memberikan sedikit gambaran pelan pelan atau strategi, kalau baik kami akan beri sokongan padu dan mampat :) .. sekian terimakasih
mno5271,
Soal PM terserah kapada rakyat. Usaha kita adalah untuk menjana perubahan.
Mengenai pandangan Tg Razaleigh, yang saya hormati sebagai tokoh dan sahabat, perlu saya jelaskan bahawa saya tidak berminat untuk menyertai UMNO kerana saya tidak yakin ia mampu diselamatkan dari sudut prinsip perjuangan.
Saya memilih untuk mengerat muafakat dengan PAS dibawah pimpinan Ustaz Hadi Awang yang saya kenal baik dan yakin dengan kewibawaannya.
Keadilan (PKR) mampu menjadi wadah penting menjana perubahan. Satelah berkali-kali mengelilingi seluruh pelusuk tanahair saya yakin dengan keupayaan Keadilan dan potensi besar sokongan rakyat pelbagai kaum.
Anwar
















Dato’ Seri,
Bagi saya, sokongan rakyat pada Reformasi (dahulu) sehinggalah tertubuhnya PKR (sekarang) adalah sebahagian besarnya disebabkan sokongan mereka kepada DS secara peribadi. Bukan sangat disebabkan faktor isu yang diperjuangkannya (keadilan, menjana perbuahan, kepelbagaian kaum dan sebagainya).Maknanya, sekiranya prinsip2 yang sama diperjuangkan oleh orang lain atau parti lain, saya yakin ianya tidak akan mendapat sambutan sebagaimana sambutan rakyat pada PKR pada masa ini. PKR hanya akan dapat bertahan disebabkan oleh kepimpinan dan dokongan DS (samada secara langsung atau disebalik tembok penjara). Saya juga tidak fakir akan ada tokoh lain yang dapat memimpin PKR disebabkan faktor kepelbagaian kaumnya setelah ketiadaan DS suatu masa nanti.
Oleh itu, saya merasakan pandangan Tengku Razalie menganai 2 pilihan itu perlu dipandang serius. Ini kerana saya juga berfikiran bahawa jangka hayat PKR berkait rapat dengan jangka hayat DS sendiri.
Wallahua’lam
Nampaknya agak jelas masa depan hubungan UMNO dan DSAI jika kita mengambilkira kenyataan DSAI sendiri dan KJ. DSAI kata dia tidak berminat untuk menyertai UMNO dan KJ menyatakan tiada tempat untuk DSAI dalam UMNO.
Sama-samalah kita tengok.
monaz,
pelik juga…tak habis2 puak2 ni..DSAI tak heboh nak masuk,yang depa dok kecoh nak tutup pintu apsal? guna ‘reverse psychology’ ke nak approach DSAI masuk UMNO?
Assalamualaikum Bang Anwar dan Selamat menyambut ulangtahun kelahiran…
Saya ingin mendapatkan komen dan pandangan lanjut tentang kemiskinan dan kurangnya peluang peluang kaum Melayu berbanding kaum Cina di Pulau Pinang terutamanya di pulau itu sendiri yang dibangkitkan oleh Pemuda UMNO.
Seterusnya saya juga ingin komen sdr. tentang cadangan pemansuhan sistem Matrikulasi (bukannya meritokrasi) oleh Parti Gerakan yg. sekarang ini digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar Bumiputera dan mengimbangi bukan pelajar bumiputera ke universiti-universiti tempatan.
Pada hemat saya, sokongan jutaan rakyat Malaysia ketika meletusnya Reformasi adalah kerana rakyat mengenang jasa-jasa Anwar Ibrahim, khususnya dalam membela rakyat termiskin.
Kepedulian beliau terhadap agenda rakyat, menjadikan rakyat peduli dengan keadaan yang menimpa beliau. Justeru seperti yang dikatakan Anwar Ibrahim sendiri, natijahnya “apabila saya jatuh, rakyat menjulang saya kembali.”
Lantas ia menjadi permulaan pendidikan politik kepada kita. Akan erti keadilan. Akan erti sebenar alternatif. Akan kesedaran bahawa ada yang lain selain politik perkauman UMNO dan Barisan Nasional.
Pada hemat saya, kata-kata Anwar bahawa beliau terkorban demi rakyat adalah benar sekali. Beliau membayar harga yang tinggi untuk pendidikan rakyat Malaysia bahawa ada politik di luar UMNO yang bisa membawa kemajuan sebenar melalui kejujuran dan bukan kompromi yang dipaksakan.
Justeru jika akhirnya kita terpaksa kembali kepada UMNO, saya berdoa agar UMNO hanya pada nama dan bukan UMNO ala Mahathir Mohamad atau Abdullah Badawi.
UMNO itu hanya parti yang diwarnakan citranya oleh pemimpin dan ahli. Justeru tidak mustahil UMNO bisa berubah.
Syaikh Yusuf al-Qaradhawi dalam Harakah Islamiyyah Satu Tuntutan mengatakan ada dua cara Daulah Islamiyyah bisa terbentuk. Pertama dengan masuknya iman ke dalam hati pemerintah dan kedua dengan masuknya kepemimpinan ke dalam tangan orang beriman. Meski beliau menyatakan jalan pertama lebih sukar, ia tetap tidak mustahil.
Jika rakyat Malaysia terutama org Melayu inginkan kemajuaan, UMNO adalah penghalang yg UTAMA! Lihatlah sendiri apa telah jadi pada tanah air yg diperintah oleh UMNO sejak 49 thn yg lalu?
Adakah semua kaum dijaga dgn adil? Lihatlah masalah kaum India, kesusahan kaum Tionghua mempertahankan kebudayaan dan pendidikan bahasa ibunda, kaum Melayu yg tidak yakin pd diri…. Tengoklah pemimpin UMNO dgn keluarga dan kroni mereka yg kaya raya. Adakah org Melayu masih yakin bhw UMNO ini sahaja harapan kamu?
Saya berkaulan dgn ramai org Melayu sebab perkerjaan, saya sedih lihat mereka mempertahankan KEKAYAAN untk org UMNO tetapi bukan diri atau keluarga mereka sendiri.
Saya boleh menolong mereka, tetapi UMNO kata Cina tak boleh masuk UMNO, ini hal Melayu, Cina jgn masuk campur….
Hahaha, nasib baik keADILan dpt menyediakan platform supaya kita boleh tolong menolong tak mengira kaum.