12
Aug
06

Jawapan Kepada SemutHitam83

semuthitam83 menanyakan:

assalamualaikum DS,
saya nak mintak dato sri komen tentang laporan yahoo yg terbaru mengenai kuala lumpur sebagai negara yang termurah di dunia, selepas mumbai dan delhi.
adakah ini bukti yang kepimpinan negara sekarang sudah memastikan yang rakyatnya telah mendapat keperluan konsumer pd harga yang paling minimum sekaligus meletakkan gelaran kerajaan berjiwa rakyat? bukankah ini yang diidamkan golongan perjuang rakyat-harga barang yang termurah di dunia?? (hehe, provok sikit..)
harap jawapan…sekian.

semuthitam83,

Kita akui laporan terbaru mengenai harga secara relatif. Memang terdapat langkah yang diambil olih Kerajaan BN. Walau bagaimanapun kita harus meneliti bahawa kenaikan kos kebanyakannya dikaitkan dengan harga minyak. Malaysia disebaliknya adalah negara pengeksport minyak dan bukan saperti India, Indonesia, Pakistan yang terpaksa mengimport minyak.

Kedua mengikut hukum ekonomi barangan juga bergantung kapada permintaan. India berkembang lebih pesat maka tekanan permintaan menyebabkan kos dan harga juga meningkat. Malaysia jauh lebih malap berbanding India.


0 Responses to “Jawapan Kepada SemutHitam83”


  1. No Comments

Leave a Reply