Raja_Lanun82 menanyakan:
(1) isu jambatan ini telah memberi petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Pak Lah adalah satu kerajaan yang tidak konsisten dalam membuat keputusan.Mereka bersungguh mempertahamkan bahawa projek tersebut akan diteruskan. namun akhirnya dibatalkan pada waktu yang terdekat. menteri dalam kabinet tiada upaya menganalisis secara mendalam akan kesan dan akibat pada
tindakan yang bakal diambil. so, apa lagi yang kita boleh harapkan daripada mereka??
(2) tidak lama dulu, kerajaan pimpinan DR.M telah bersungguh untuk menggunapakai
dinar emas dalam melakukan urusan perdagangan khususnya di peringkat antarabangsa.
ini berikutan nilainya yang tidak susut, disamping mengatasi kemelut ketidaktentuan
nilai matawang dunia.namun, ia kelihatan hanya sekadar polemik dan retorik kerana
tempoh malaysia mempengerusikan OIC hampir ke penghujungnya. namun masih
tiada usaha yang proaktif yang ditunjukkan.malah, usaha kerajaan negeri kelantan
dalam memperkenalkan penggunaan dinar emas dalam urusan pentadbiran kerajaan
negeri telah dipandang enteng.pada pandangan saudara, mengapa hal ini boleh berlaku
sedangkan kita sendiri menyedari kelebihannya?apakah kita masih tiada kepercayaan
terhadap penggunaan dinar emas ini?
Raja_Lanun82,
1. Saya telah jelaskan bahawa cadangan meneruskan projek jamabtan tidak bijak. Malangnya cara PM Abdullah menanganinya juga menzahirkan pendirian beliau, lemah.
2. Isu Dinar juga telah saya kupas sabelumnya. Ia perlu dikembangkan sebagai langkah ekonomi yang lebih menyeluruh, bermula dengan usaha memantapkan ekonomi negara.
















Isu jambatan, isu isu yang berkait dengan negara (kononnya) walhal untuk `perut’ dan `kerabat’ segalanya telah menerangkan lagi hal hal yang sedia terang kepada rakyat yang mahu berfikir.
Melalui wawancara media arus perdana, Jawaban2 yang diberikan, bermula dengan Menteri Agama yang mendabik terhadap mufti yang soleh `saya siapa? dia siapa?’ diikuti dengan PakLah yang kononnya telus dan terus amat memalukan. PakLah ternyata terlatah, tersasul, terlajak dan masih menganggap khalayak rakyat kurang berakal. Jawapannya, mencerminkan imejnya. Dia kata tak buat, rakyat faham dia buat. Dia kata anak menantunya baik, rakyat nampak sebaliknya..kerana pendekatan/jawapannya tidak bijak. Memalukan..Tukang tanyapun patut dihukum, buat malu rakyat malaysia saja.
Teringat saya ketika melihat live bekas PM (Tun Mahadhir - terus terang saya amat benci sikapnya yang kukubesi dan memusuhi politik pembangkang)- saya rasa kagum dengan cara beliau menjawab pelbagai soalan. Rasa bangga jadi rakyat Malaysia. Rasa bangga punyai pemimpin bijak berfikir dan menjawab segala persoalan sepertinya..walaupun itu hanya `lakonannya’ namun beliau menjelmakan imej cerdik. Imej pemimpin yang bijak. So, sebagai rakyat Malaysia yang tercinta, saya rasa bangga.. Namun, `live’ dari PM PakLah amat berbeza dan memalukan..
Harap2, tidak keluar secara langsung lagi.
Rakyat Malaysia, khususnya belia yang bakal mewarisi negara yang ada sekarang semakin rosak akhlak, tidak faham adat, kurang amalan agama yang benar, pendidikan agama Islam yang caca marba (khususnya perkembangan sahsiah), cabaran persekitaran yang ada di keliling mereka, ditambah pula dengan gangguan politik terhadap institusi yang menjalankan peraturan dan perundangan Islam. Mufti dibantah. Pusat2 maksiat tumbuh bagai cendawan, maksiat dibela. Kebenaran disangkal, pesalah dibela, ditatang……………
jenayah seperti rogol, rompak, curi, pergaduhan ……dan seumpamanya…pesalah bukan saja dari kalangan rakyat, malah dari pihak berkuasa, polis, peguam, guru, ustaz, pemimpin….korup sana sini.
Memikirkan semua ini, apakah ada lagi ruang untuk berjuang. Masih adakah lagi wadah untuk kita bergerak memperjuangkan kebenaran dan keadilan…?
Seseorang yang berbadan besar mempunyai prinsip hanya mahu berjalan mendada dan tidak mahu berjalan mengiring tetapi berazam memasuki `pintu sempit’ dah tentu tidak akan dapat masuk selamanya selagi tubuh badannya besar. Tetapi, kiranya dia mengiring tentu akan dapat masuk ke dalamnya.
Seseorang itu masih dianggap berprinsip walaupun seolah2 menggadaikan prinsipnya kerana itu hanya sebagai satu strategi. Hanya Allah tahu niat kita. ..dan saya tetap menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim. Apatah lagi setelah DSAI dilikui dengan sel besi, fitnah, racun, tohmah, saranah, dipisahkan dari anak2 dan isteri, ibu bapa, secara yang amat terseksa. Satu world tahu, semua pelusuk dunia tahu…….DSAI bukan manusia biasa…
Teruskan perjuangan, teruskan menadah pertunjuk dari Yang Esa. Saya doakan DS ditetap dan dimantapkan iman, diselamatkan, dimudahkan dalam perjuangan dan berjaya menyelamatkan MALAYSIA TERCINTA (rakyatnya).
Ya Allah, ku harapkan DSAI kembali dapat memerintah Malaysia. Negaraku yang tercinta ini. Amin.