10
Aug
06

Isu Reopen 911: Respon Kepada Zahir

Zahir menanyakan:

Saudara Anwar,
Saya ingin tahu pendapat & pandangan Saudara mengenai kejadian 9/11.Ada banyak teori mengenai siapa yang sebenarnya bertanggung jawab. Apa pula kata Saudara mengenai kumpulan Reopen 9/11? Kenapakah agaknya Dr Mahathir melibatkan diri dengan kumpulan ini?

Sdr Zahir,

Saya meneliti lapuran 911 Commission dan beberapa teori lain termasuk konspirasi. Hujah dalam lapuran Commission juga kukuh meskipun masih terdapat kritikan mengenai kegagalan pentadbiran Washington mengambil langkah-langkah tegas mengesan dan menghalang tindakan ganas tersebut.

Wallahualam saya tidak dapat memberikan kepastian lebih dari itu. Yang nyata ialah keganasan telah dilakukan dan mangsanya termasuk rakyat Amerika dan asing, penganut Nasrani, Islam dan lain-lain. Kesannya amat parah buat masyarakat Islam, dan telah dijadikan alasan olih Amerika untuk mengambil tindakan yang merugikan umat Islam. Malah negara-negara Islam sendiri termasuk Malaysia telah menggunakan peristiwa tersebut dan strategi Presiden Bush memerangi keganasan untuk meneruskan tindakan menekan rakyat melalui ISA dan undang-undang zalim lainnya.
Saya kurang pasti alasan Dr M dalam isu tersebut tetapi sewaktu beliau PM beliau telah menggunakan peristiwa tersebut sebagai alasan mempertahankan ISA, menyokong kuat strategi Bush memerangi keganasan dan menzalimi pembangkang dan penkeitik Kerajaan BN.


3 Responses to “Isu Reopen 911: Respon Kepada Zahir”


  1. 1 mno5271 Aug 10th, 2006 at 11:34 am

    aSSalamualaikum,,
    pertama-tamanya saya mohon maaf kerana tak pasti di mana harus saya menanyakan soalan..
    Oleh kerana ruang ‘reply’ ini saja yg saya jumpa, saya tanyakan soalan pada abng Anwar di sini..

    Soalan mudah saya..
    Masihkah ada lagi cita-cita Abg Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan memimpin negara?..
    Masaalah yg berligar di kebanyakkan rakyat, kalau tak join UMNO adakah cara lain??.. sampai kan Tengku Razalie hanya meletak kan dua option sahaja.. join UMNO or reform PAS.. apalah maksudnya reform tu ya?

    Semoga abg Anwar dapat memberikan sedikit gambaran pelan pelan atau strategi, kalau baik kami akan beri sokongan padu dan mampat :).. sekian terimakasih

  2. 2 semuthitam83 Aug 10th, 2006 at 4:14 pm

    assalamualaikum DS,

    saya nak mintak dato sri komen tentang laporan yahoo yg terbaru mengenai kuala lumpur sebagai negara yang termurah di dunia, selepas mumbai dan delhi.

    adakah ini bukti yang kepimpinan negara sekarang sudah memastikan yang rakyatnya telah mendapat keperluan konsumer pd harga yang paling minimum sekaligus meletakkan gelaran kerajaan berjiwa rakyat? bukankah ini yang diidamkan golongan perjuang rakyat-harga barang yang termurah di dunia?? (hehe, provok sikit..)

    harap jawapan…

    sekian

  3. 3 azjuan Aug 12th, 2006 at 4:24 am

    Assalamualaikum…
    minta maaf kerana hanya menjumpai halaman reply utk post comment…

    Dato Seri,
    Soalan saya tidak berkaitan dgn politik.

    Saya seorang rakyat biasa yang amat meminati bolasepak.
    Setelah kita berpesta Pila Dunia baru baru ni, jauh di sudut hati saya, ingin melihat skuad kebangsaan kita layak ke Piala Dunia. Tapi dalam situasi sekarang, wajar saya mengatakan ianya adalah misi mustahil. Di peringkat serantau pun kita masih terkial-kial.
    Dato Seri pernah menjadi menteri kebudayaan belia dan sukan semasa dlm kabinet satu masa dahulu dan saya percaya dato seri sedikit sebanyakan pengalaman dalam menguruskan bidang sukan terumasuk bolasepak

    soalan saya
    1. adakah bolasepak kita mundur ke belakang atau hanya statik di kala negara lain maju ke hadapan.
    2. barangkali ada penyakit dalam pemain atau pengursan kita yang sukar diubati, betulkah begini?
    3. apakah tindakan segera yang perlu diambil, pada pandangan dato?

    Mohon penjelasan..
    Wassalam

Leave a Reply