Mioraz memberi respon:
Tahniah kepada saudara Anwar kerana blog anda telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Saya jarang menyertai perbincangan didalam blog ini tapi saya tahu ‘caunter’ blog anda telah naik dengan mendadak.
Saya pasti yang blog anda dalam sebulan ini telah naik 5000-6000 visitors ……
Blog saudara merupakan ‘pementasan’ terbaik bagi menegakkan keadilan.
Tahniah sekali lagi..
sdr mioraz,
Saya hargai kata sambutan sdr terhadap blog saya yang sdr anggap cukup menggalakkan. Tetapi saya masih khuatir kerana dalam beberapa pertemuan dengan mahasiswa Malaysia di KL, di Melbourne dan baru-baru di atas pesawat, masih ramai yang belum mengetahui wujudnya blog ini. Dan berbanding dengan kongkongan media milek BN, usaha kita masih kecil.
















Assalamulaikum Dato Seri.
Teringat saya masa dulu, agak lama jugak bertahun lamanya Dato Seri menyertai UMNO dan BN, hingga menjawat jawatan menteri, masih bergelar Encik Anwar Ibrahim, tidak seperti YB zaman ini, yg tak berapa lama saja jadi YB, terus bergelar Dato’. Apa yg sebenarnya terjadi hingga sedemikian lama barulah gelaran Dato diberikan kepada Dato Seri? Musykil… ingin penjelasan dari Dato Seri..
Assalamu ‘alaikom Semua,
Secara peribadi, saya lebih selesa dengan “Saudara” Anwar, atau “Brother” dalam Bahasa Inggeris atau “Akhi” dalam Bahasa al-Quraan!
Tapi yalah….itu hanya peribadi.
ibnu_mohamad,
Jika Saudara masih ingat, semasa Saudara Anwar menerima anugerah yang menbawa gelaran “Dato Seri”, dia ada menyatakan yabg dia masih lagi “Saudara Anwar” yang dulu.
Dikalangan sahabat-sahabat & mereka yang mengenalinya dia masih lagi “Saudara Anwar”.
sdr mioraz,
Bilangan “hits” atau visitors sebenarnya tidak mengambarkan jumlah sebenar pengunjung ke mana-mana lawan web atau blog. Sebilangan besar terdiri dari “regulars” atau repeat visitors. Jika Saudara teliti komen oleh ahli blog yang di beri di sini, kebanyakan dari individu yang sama. Menang sukar mempromosi blog seperti ini. Dikalangan rakan kerja, hanya seorang lagi yang tahu dan melayari wujudnya blog ini. Rupanya kami sama-sama berada di rumah Saudara Anwar di Bkt Damansara pada malam dia ditangkap. Tetapi tak kenal masa itu.
Golongan “working adults” tidak ramai yang meminati mengikuti perkembangan politik secara mendalam. Terutama golongan wanita. Masyarakat kita lebih suka mengikuti perkembangan dunia artis dan hiburan.
Apa yang kita dapat buat ialah mempromosi dikalangan rakan & taulan. Perkara yang baik akan tersebar juga akhirnya. Kita sama-sama cuba usaha & doakan.
Insya-Allah perkara hak akan mengatasi kebatilan. Saya yakin dan terus berdoa, rakyat Malaysia akan bangkit semula mengislahkan suasana di tanahair kita.
Saya hanya mula melayari blog ini setelah saya terjumpa linknya di MalaysiaToday.net. Yang menjadi kesukaran, seperti saudara Malcolm Z saya ttidak tahu bagaimana hendak bertanya kepada Dato’ Seri.
Tiada soalan cuma “Selamat Hari Lahir”
SELAMAT HARI LAHIR Y.A. Bhg. Dato’ Seri !
Semoga Panjang Umur dan dimurahkan Rezeki. Teruskan Perjuangan !!!
Saya juga ambil kesempatan ini untuk ucapkan Selamat Hari Lahir.
Salam Hari Jadi buat DSAI. semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dirahmatiNya bagi meneruskan perjuangan reformasi.
Selamat Ulangtahun Dato Seri, semoga berbahagia disamping keluarga tercinta dan dipermudahkan Allah segala-galanya. Salam Ukhuwah dari peminat setia.
Saudara..
salam reformasi & hari jadi
dato’ seri,
pertama mula awal mula.. ucapan selamat hari jadi!
wah! dato’ seri semakin berusia, semakin risau pulak saya pasal rupa2nya masa berjalan pantas! masih banyak kerja2 kita yg tak selesai.. mcmanapon doa saya agar kita sama2 berjaya mencapai cita ke arah Malaysia Baru! insy’Allah!
berkenaan dgn kekhuatiran dato seri terhadap ketidakpekaan pelajar2 universiti terhadap kewujudan blog ini, pada persepsi saya, pelajar2 universiti mmg semakin hanyut dr peranan sebagai seorang ahli komuniti menara gading… pada mereka secara umumnya, universiti adalah suatu tempat/ruang/waktu utk menghirup erti kebebasan maksimum dan mencari formula agar berkemampuan utk menghafal agar “cemerlang” exam!
Begitu mudah menyalahkan siswa akibat ketidakpekaan mereka. Namun apakah pernah disoal apa program kita untuk membangkitkan kesedaran mereka. Apa usaha kita menyampaikan ‘risalah’ kepada mereka?
Benar, mereka tidak sepeka siswa dulu-dulu. Tapi apakah aktivis gerakan sekarang sama seperti Anwar Ibrahim dan Fadzil Nor ketika mereka memegang teraju gerakan?
Saya benar-benar sedih apabila kita membuat kesimpulan mengenai sesuatu kelompok tanpa melihat asbab keadaan mereka itu.
Ya, mungkin mereka hanyut. Tapi hanyut kerana apa? Dan paling penting bagaimana pula untuk kita membawa mereka kembali ke arus sepatutnya?
Assalamualaikum DSAI dan semua,
Tertarik dgn isu mahasiswa tidak peka.
Saya ingin meraih perhatian semua, saya menjadi mahasiswa dari tahun 1991 - 1996 di USM pUlau Pinang. Secara peribadi saya ingin menyatakan ketika zaman saya, kesedaran berpolitik dan kesedaran berhubung isu negara sebenarnya ada; cuma mahasiswa tidak mempunyai saluran utk menyuarakan rasa hati dan buah fikiran mereka. Kami ketika itu dikongkong dan dipagari dgn ugutan akta universiti dan kolej yg rata2 menekan suara mahasiswa. Siapa yg lantang pasti akan dibuang, dan gelaplah masa depan - itulah yg pertama sekali diingatkan dihari pertama seawal sesi pertama orientasi. Kemudian dari itu, mahasiswa digerunkan lagi sekali apabila Persatuan Mahasiswa Islam pula dilabelkan sbg Parti Pas dlm universiti. Pernah sekali, PMI menang pilihanraya USM dan pada konvo tahun itu berlaku kekecohan bila mana pesta konvo diserikan dgn nasyid sahaja, lantas menimbulkan pelbagai reaksi negatif pegawai universiti. Akibatnya, ada yg dikabarkan (saya tak pasti) dikenakan tindakan. Kemudian dari itu, beberapa kalangan pimpinan PMI dlm usaha membatalkan konsert seorg penyanyi wanita di Dewan DTSP telah mengeluarkan surat pembatalan dgn tandatangan TNC yg ditiru. Setelah siasatan dibuat dan ada yg dikenalpasti, tahun berikutnya PMI diboikot dan nyaris diharamkan oleh universiti.
Mahasiswa yg lain pula, yg menunjukkan minat politik tetapi berpaksi kpd UMNO pula disogok dgn Persatuan Bahasa Malaysia yg kononnya adalah “Persatuan Bangsa Melayu”. Nah mereka yg beridealisme UMNO dan kemelayuan sejati bergelandangan dan terus meniru sepak terajang UMNO dlm pemilihan pucuk pimpinan PBM di USM. Akibatnya, seakan-akan ada perang saudara dalaman, yg akhirnya turut terhidu oleh org luar. PBM kemudiannya terus dibelenggu maslah dalaman, dan pernah suatu ketika dipimpin oleh seorg mahasiswa yg berimamkan Rasyid Khalifa dan menolak hadis.
PBM tidak diterima masyarakat mahasiswa secara umum. Akibatnya silent majoriti yg lain hanya membisu. Yg lainnya termasuk saya sendiri, mula menolak isu politik krn menganggap hanya membuang masa - krn suara mahasiswa tidak akan didengar oleh sesiapa pun.
Fenomena ini juga kita lihat pada masa ini. RTM ada menyiarkan satu rancangan soal jawab antara mahasiswa terpilih dari kalangan pemimpin mahasiswa dari setiap universiti dan diadakan forum membincangkan masalah negara secara on-air, kononnya utk menunjukkan mahasiswa sebenarnya diberi ruang utk menyampaikan pandangan. kalau kita teliti dan ikuti, sebenarnya forum itu tidak lain hanya satu alat kerajaan utk merendah-rendahkan pendapat dan pandangan mahasiswa. Pengerusi forum, terang2 memberi komen balas yg akhirnya menyebabkan wakil mahasiswa yg menjadi ahli panel terdiam dan dimalukan…
Selain dari perkara diatas, mahasiswa kita terutamanya melayu (termasuk di IPT tempat saya bertugas) rata-rata tidak menunjukkan komitmen yg tinggi terhadap pelajaran, hanya menunggu disuap oleh pensyarah (sikap ini telah disemai sejak dibangku sekolah menengah lagi) dan mereka tidak tahu bagaimana seharusnya langkah yg perlu diambil oleh seorg mahasiswa utk menimba ilmu. Ada pula kelompok mahasiswa yg hanya tahu menghafal dan menghafal dan hanya fokus kpd disiplin ilmu mereka sahaja, perkara am, hal negara langsung tidak dipedulikan hatta sehingga nama menteri pun tak tau. Kelompok yg lain pula, bermasalah peribadi - tidak tahu mengurus kewangan - duit pinjaman dihabiskan sesuka hati, tak tahu mengurus masa, tidak kenal mana prioriti, dan tidak ada perancangan belajar - yg ini mungkin berpunca dari kesilapan ibubapa kerana tidak mendidik perancangan kewangan, pengurusan masa dsbnya sejak awal usia. Kelompok yang selebihnya terlupa daratan, suka menangguh ke hujung semester, hanyut dgn cinta dan berfoya-foya. Tak kurang juga dari mereka ini akhirnya tidak menamatkan pengajian dan ada yg ditamatkan.
Bila mana mahasiswa kita dibebani masalah yg saya sebutkan tadi, akhirnya sedikit sebanyak menjurus mereka kpd masalah dgn pengajian. Keputusan peperiksaan mereka yg tidak cemerlang, dan kemudian mendapat amaran dari fakulti, memberi tekanan yg tinggi kpd mereka. Hal2 politik dan lain justeru mereka terpaksa kesampingkan.
Pelbagai program pensyarah cuba jalankan utk meningkatkan kesedaran mahasiswa, namun bilamana bukan sedikit yg bermasalah, beberapa kerat pensyarah shj tidak mungkin mampu melaksanakan program membina jatidiri sedemikian.
Yg menyedihkan ada juga pihak pengurusan universiti yg tidak meluluskan apa saja aktiviti keagamaan hatta disebuah universiti awam terbilang; salah satu kolej kediamannya tidak dibenarkan solat jemaah dan ceramah agama (atas alasan aktiviti ini ekstrim), dan laungan azan tidak dibenarkan menggunakan loud speaker - atas nama menjaga keharmonian masyarakat mahsiswa yg majmuk.
Saya bersetuju, jgn kita salahkan mahasiswa semata-mata. Kerana sebenarnya ada faktor lain yg menjadikan mereka sedemikian.
Inilah hakikatnya. Marilah sama-sama kita fikirkan, bagaimana harus kita ubah senario yg berleluasa di Universiti Awam dan Swasta dinegara kita ini. Mahasiswa harus dibenarkan berpolitik (umur mereka pun sudah layak mengundi); dan kita sediakan saluran berpolitik yg bersesuaian dgn fitrah mereka sbg mahasiswa yg tidak akan mengganggu pelajaran mereka. Kita gilap mereka dgn keseimbangan agama dan ilmu, dan kita kemaskan mereka dgn ilmu meguruskan diri, masa dan kewangan. Kalau ini mampu kita laksanakan, soft skill yg mereka bentuk sebagai jati diri mereka akan menjadikan mereka pemimpin yg disegani di masa hadapan.
Sekian. Moga mendapat buah fikiran dan komen Dato Seri..
saya bersetuju dgn sdr ibun mohamad..
saya berpendapat, berasaskan pemerhatian saya secara umum, kelompok siswa ada kepekaan,ada kefahaman, dan da kesedaran.pun begitu tidak diterjemahkan secara terang2an..saya kira untuk mengklasifikasikan keseluruhan komuniti siswa di negara kita adalah jumud dan hanya ‘academic-oriented’ perlu dinilai sehalus2nya semula.memang kelompok ini wujud,tapi janganlah sampai hanya dua tiga kelompok mereka ini ada,maka kesemuanya dicop jumud.
kita tidak boleh menafikan kekangan yg diwujudkan hasil perlaksanaan AUKU dan juga pemantauan habis2an yang dijalankan di universiti sememangnya berjaya menyebabkan mentaliti mahasiswa terperosok daripada mendepani isu-isu politik dlm negara kita.memang,ramai di kalangan siswa yg ada kesedaran atas tiap kebaculan yg berlaku di depan mata,pun begitu realiti hari ini menyaksikan yg kekangan yg wujud ke atas mereka,andai dicabar,bakal menggelapkan masa depan mereka,dan seterusnya bakal menghancurkan harapan ibubapa mereka kelak! inilah realiti ‘kebebasan berfikir dan bersuara’ yg wujud dlm konteks Malaysia.
kita lihat kes Helman Sanuddin, bekas siswa UiTM yg kalau tidak silap saya ditahan dlm kes ISA7 satu ketika dulu,dan sampai sekarang difahamkan beliau tidak boleh melanjutkan pengajian beliau.inilah contoh kekangan yg wujud,yang mungkin akan berlaku lagi di masa-masa akan datang.
ini yg dikhuatiri oleh mahasiswa,dan pada hemat saya tidak mudah untuk mengasak mentaliti mereka supaya turut bersama aktif.paling penting ialah wujud kesedaran,dan akhir nanti setelah tamat zaman kemahasiswaan mereka,yakinilah yg mereka akan terus mendepani gerakan,InsyaAllah..
Saya gembira kerana perbincangan mengenai kepekaan mahasiswa terhadap politik (saya lebih gemar mengistilahkannya isu-isu negara) mendapat perhatian. Meski respon yang diberikan selayaknya satu monograf jika dilihatnya panjangnya.
Sebagai mahasiswa pertama yang saya percaya dikenakan tindakan akibat reformasi (ITM: Denda 1998, Gantung Pengajian 2 tahun 1999, Pecat 1999), isu ini adalah dekat dengan saya.
Kepekaan saya mengenai isu negara dan perjuangan disedarkan oleh penglibatan saya dalam organisasi pelajar dan belia. Para aktivis menunjukkan komitmen yang jelas mengunjungi kami setiap minggu, meski siang harinya mereka bekerja.
Ini yang menyedarkan kami. Ini yang mendorong kami bertindak. Ketika Reformasi bukan saya seorang di ITM yang bertindak. Risalah tersebar, mesej disampaikan. Meski saya yang lebih terbuka melakukan agitasi untuk menimbulkan kesedaran. Maka saya yang menghadapi tindakan.
AUKU sememangnya menekan dan menindas. Tetapi dipecat daripada universiti bukan bermakna gelap masa depan.
sdr zaki,betul..dipecat tak bermakna gelap.tapi sejauhmana mentaliti majoriti mahasiswa yg ada di Malaysia sanggup dipecat untuk mendepani cabaran yg ada? apa pula respon ibu ayah di kampung selepas tahu anak dipecat hanya kerana menyokong reformasi? kalau dulu,soal prinsip memang didaulatkan ibarat maruah diri,pun begitu sekarang..biarlah prinsip disenyapkan sekejap,asalkan ‘cerah masa depan’..saya kira inilah yg membelenggu mentaliti majoriti mahasiswa yg peka di Malaysia…
ini saya kira permasalahan utama.atas asas itulah saya berpendapat bahawa asal ada kesedaran dan kepekaan,andai digilap,ia akan lebih baik selepas zaman kemahasiswaan.
aduh!…
mmg kesilapan saya terburu2 pada awalnya dlm memberikan kesimpulan mentah terhadap persepsi saya berkenaan isu(kepekaan pelajar universiti) ini..
nasib baik ada ibnu_mohamad, jika tidak sikit, banyak juga yg saya perlu akur dgn pandangan beliau.. cermat dan teliti.. terima kasih..
namun saya tidak sama sekali menafikan bahawa masih terdapat mahasiswa yg idelist disamping yg cemerlang akademik.. sama sekali tidak..
p/s:saya sebagai bekas pelajar ipt dan kemudiannya berkhidmat dipersekitaran kampus menara gading
Assalamua’laikum w.b.t kepada Bapa Reformasi Malaysia
Saya tidak menjumpai ruang untuk post persoalan jadi gunakan ruang reply ini untuk menanyakan satu dua soalan.
Dato’ Seri,
Saya tahu soalan yang saya tanyakan ini agak sensitif. Untuk pengetahuan Dato Seri boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia amnya dan juga masyarakat Melayu Islam khasnya sedang menanti kedatangan semula Dato’ Seri dalam memimpin gerakan rakyat. Saya pulang ke kampung di Alor Setar ramai yang bertanya kepada saya mana perginya DSAI? Apa yang dia buat? KEnapa kita tak nampak banyak pun cerita mengenai dia? Dia pegi mana? Kenapa suara dia agak tenggelam tidak berapa begitu lantang dalam sesuatu isu??
Inilah persoalan yang harus dan ada masanya saya tidak tahu menjawapnya..
Saya harap Dato’ Seri boleh sedikit sebanyak membantu saya dalam mempertahankan Dato’ Seri dan kalau boleh jawapan ini datang dari jari jemari Dato’ yang menekan setiap huruf di papan kekunci ini..
Sekian terima kasih..
Jahanam IFC!!
Sdr Malcolm_z,
memang ruangan di sini antara alternatif untuk menanyakan soalan.andai ada sebarang masalah, boleh emelkan ke –> anwarblog@gmail.com.
Sekian,Terima Kasih.