09
Aug
06

Respon Kepada Fakirbenar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

* Saya hanyalah rakyat malaysia yang biasa..cuma ada sedikit kesedaran tentang masa depan negara ini.*

Masyarakat malaysia merupakan masyarakat berbilang kaum.. Setiap rakyat pula pasti mempunyai agama masing-masing.. Apa yang membimbangkan walaupun setiap rakyat mempunyai agama namun kebanyakan mereka tidak mengikut ajaran agama-agama mereka.
Saya ingin keluar daripada isu semasa dan bertanya tentang satu perkara yang mungkin biasa dan tidak biasa bagi sesetengah orang.

Jika semua orang ada agama ; DAN setiap agama tersebut ada ketua-ketua agamanya masing2, maka :

1) Mengapa kuasa mencegah gejala sosial, displin dan akhlak rakyat tidak diserahkan atau sekurang-kurang dikongsi dengan penguasa-penguasa agama yang tersebut?

2) Andai tiada penguasa agama yang rasmi contoh ; Mufti bagi agama Islam (sebagai contoh), mengapa tidak dilantik (atau saya sendiri yang tidak tahu) penguasa-penguasa agama yang rasmi dan mewakili pecahan-pecahan agama yang lain?

3) Mengapa kebimbangan-kebimbangan rakyat dan golongan agama-agama di Malaysia mengenai masalah sosial tidak diambil perhatian dan adakalanya urusan agama pun turut ingin diputuskan oleh orang yang tidak layak?

4) Kadangkala saya terfikir ; adakah terlalu sukar untuk kerajaan mengharamkan arak dan judi bagi umat Islam? Mungkin ini idea seorang kanak-kanak ; susahkah meletakkan ‘kaki pukul’ di hadapan disko atau pub atau tempat judi dan bila orang Islam ingin masuk, boleh dihalau atau dipukul? Kadangkala bingung memikirkan. Orang buat jahat disangka baik. Orang yang buat baik dicari-cari kesalahan dan dibuat tohmah.

Apakah pendapat Dato’ Seri tentang persoalan-persoalan yang sentiasa bermain di dalam benak saya…? Saya harap Dato’ Seri menjawab dalam 2 bahasa ; bahasa seorang rakyat dan bahasa seorang perdana menteri.

Sdr fakirbenar,

Membanteras kebejatan sosial dan akhlak, saperti juga isu rasuah perlu bermula dengan daawah dan pendidikan. Justeru itu soal pendidikan agama tidak bolih diremehkan. Dan isu yang berkaitan ialah kandungan dan kurikulum pendidikan Islam itu sendiri yang seharusnya menggarap persoalan aqidah, ibadah dan akhlak.
Selain itu perlu ada kawalan mengikut undang-undang yang seharusnya dibahas secara teliti dan difahami. Ada aspek tertentu yang melibatkan umat Islam dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah dan selainnya dibawah peruntukan mahkamah sivil.


1 Response to “Respon Kepada Fakirbenar”


  1. 1 tan Aug 10th, 2006 at 4:16 pm

    Selamat sejahtera Fakirbenar,
    Pertama sekali saya setuju bahawa ramai orang di dunia ini tidak mematuhi 1oo% ajaran agama masing-masing. Ada yg mungkin tidak dididik, ada yg mungkin tidak ingin dan mungkin ada yg tidak mampu…
    Tetapi harus kita mengakui bahawa masalah sosial ini tidak hanya boleh diselesaikan melalui ajaran agama sahaja.
    Cuba kita renungkan…. adakah mereka yg tidak mempunyai kepercayaan agama atau yg kurang mengikut pengamalan agama pasti akan melipatkan diri dalam kegiatan yang salah dari segi ajaran agama atau undang-undang?
    Jawapannya adalah jelas TIDAK!
    Jangan hanya menyalahkan masyarakat atau alam persekitaran jika anak atau keluarga terlipat dalam kegiatan masalah sosial.Yg penting adalah adakah pendidikan dalam keluarga sendiri itu sempurna?

    Apa yg saya cuba nak katakan di sini adalah jangan hanya letakkan tanggungjawap ini kepada agama sahaja.

Leave a Reply