Saya meneliti komen sdr-sdr berkaitan respon saya terhadap soalan awal sdr Mahathir MY. Kita perlu menghormati semangat wacana segar. Justeru itu saya melayani soalan tanpa prasangka dan saya bersyukur membaca sambutan sdr MMY. Memang tepat telahan teman-teman yang menganjurkan agar diselami peristiwa pemecatan dan drama di mahkamah. Namun begitu sekirannya ada persoalan, ia harus dihadapi dengan tenang. Tidak berbangkit soal umur, malah kita perlu berusaha mendedahkan generasi muda dengan maklumat benar. Dalam beberapa pertemuan saya dengan mahasiswa Malaysia di luar negara, saya sering disoal mengenai peristiwa 98 kerana ketika itu mereka masih di sekolah menengah. Sebaiknya kita tangani persoalan tersebut dengan sabar dan bijaksana.
09
Aug
06
















Dato’ Seri,
Izinkan saya menjadi yang pertama di blog ini mengucapkan “SELAMAT HARI KELAHIRAN” pada keesokan
hari 10hb Ogos, 2006.
Semoga ALLAH sentiasa meletakkan Dato’Seri di pihak
yang benar, melanjutkan usia Dato’ Seri dan memberi kemenangan kepada ISLAM, Negara dan Bangsa.