Pada tengahhari 1 Ogos saya dan Azizah sempat mengunjungi pameran Sasterawan Negara Usman Awang di Bangsar. Pameran foto dan buku terbitan Abang Usman oleh keluarga beliau amat sederhana sekali. Di suatu sudut saya terharu mengenagkan tokoh besar sastera tanahair dengan puisi memukau saperti Bunga Popi, Uda dan Dara, Kekasih dan kumpulan puisi dan cerpen saperti Salam Benua dan Tulang-tulang Berserakan. Tetapi yang tambah merunsingkan ialah bagaimana negara yang merdeka hampir satengah abad, melahirkan puluhan billionaires dan ribuan jutawan tidak dapat mengiktiraf seorang sasterawan besar dengan selayaknya.
Secara peribadi saya kenangkan kesantunan bahasa dan keprihatinan belaiu terhadap keperitan hidup rakyat; sindiran tajam terhadap kekejaman dan kerakusan pemerintah; dan persahabatan yang terjalin sehingga akhir hayat beliau. Puisi buat kami berdua disaat saya meringkuk dalam penjara tetap menjadi kenangan abadi - Selamat Hari Jadi dan Jentayu Yang Luka. Saya pernah menulis kapada sahabat kami penyair WS Rendra, kesan peribadi setelah mendengar berita pemergian beliau kerahmatullah tatkala dipenjara.
















Meski saya bukan ahli dalam bidang puisi, membaca sajak-sajak Sasterawan Negara Usman Awang khususny Jentayu Yang Luka saya benar-benar kagum.
Terasa kesedihan yang melanda, namun ia tidak menekan dan membenamkan kekuatan dalaman serta semangat juang yang ada.
Seringkali dalam mengharung perjuangan ini, tatkala saya merasa sedih dan tertekan, sajak Jentayu mengingatkan bahawa yang saya hadapi ialah tiada apa-apa berbanding cubaan yang dihadapi oleh Datin Seri Wan Azizah dan keluarga.
Saya benar-benar berharap kegagalan negara untuk mengiktiraf SN Usman Awang adalah semata-mata kerana kelalaian pemerintah dan bukan kerana diskriminasi terhadap beliau semata-mata kerana punya keteguhan jiwa menyatakan kebenaran dan menyanggah kezaliman.