Lubnan terus membara, dunia kelihatan lesu, Palestin kian disisih. Demikian bantahan saya di Parlimen Canberra baru-baru ini. Keganasan dan kebiadapan Israel bukan baru. Setiap kali serangan baru dilancarkan terhadap Palestin dan bumi Arab, kita rumuskannya sebagai kebiadapan, tetapi kebiadapan terus meningkat, seolah-olah tanpa kesudahan…..
Umat Islam bahkan seluruh umat manusia yang cintakan perdamaian dan keadilan wajib membantah dan bertindak. Maka disinilah cacatnya, kelesuan berhadapan keganasan Israel dan dasar luar Amerika Syarikat yang tempang dan tidak adil, melaungkan demokrasi dan kebebasan tetapi mengizinkan pencerobohan hak asasi dan kezaliman.
Saya dokong bantahan keras terhadap kebiadapan Israel dan Amerika Syarikat yang bersekongkol dengannya. Ini termasuk demonstrasi dan pengumpulan dana untuk mangsa di Palestin dan Lubnan, kerana nyawa diragut, kecederaan parah dan prasarana lumpuh.
Negara-Negara Islam kelihatan amat lemah kerana enggan dilihat sebagai mencabar dasar luar Amerika. Bahkan kehadiran Setiausaha Negara Amerika dikira paling lumayan berbanding dengan mana-mana negara Islam, dunia ketiga malah Eropah sendiri. Malaysia telah gagal memenafaatkan kehadiran beliau untuk membuat bantahan tegas. Hanya satelah beliau beredar barulah digemborkan perihal sidang khas negara Islam mengenai Lubnan. Lebih tepat dunia Islam perlu membicarakan seluruh kemelut di dunia Arab yang berpunca dari pencerobohan Israel di Palestin dan pemerintahan Amerika di Iraq.
Mengenali kebanyakan pimpinan negara-negara Islam yang kelihatan berbicara keras dihadapan khalayak mereka tetapi berbicara lunak diluar, maka saya memilih untuk menyerang keganasan Israel dan membantah penaklukan Amerika keatas Iraq di Washington dan paling terakhir di Parlimen Canberra. Australia adalah sekutu utama Amerika di Iraq bersama UK. Saya juga telah mengulangi pendirian tersebut dalam temuramah dengan ABC dan BBC
















Salam,
Lama tak menjenguk laman ini, saya ’sibuk’ memerhati issue murtad dan palestine. Tak sempat nak roll back apa yg dah miss. Adakah DS pun ’sibuk’ memerhati issue murtad dan palestine?
Apa pendapat DS tentang lakonan ‘gagah’ KJ merempuh FRU semasa demo Palestine baru-baru ini?
daripada atas, hingga yang ke bawah. daripada zaman pakcik saya umo 2 tahun, hingga sekarang dah bercucu cicit. yang mampu kita nyatakan hanyalah kutukan demi kutukan?
yang lantang sedikit, dapat keluar tv. yang kurang penting, keluar suratkhabar. yang tak penting lansung hanya sekadar merah tangan menampar meja.
itu saja. dari pembangkang hingga ke penyokong kerajaan. itu saja yang terbuat dek kita.
apa kata sekarang kita mulakan dengan memboikot produk2 ( http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html ) yang dikeluarkan oleh pengeluar yang membantu ekonomi Israel secara lansung? kita sepakat menyatakan bahawa Yahudi Israel mengawal ekonomi dunia, nah mengapa kita berdalih bila tiba usaha memboikot mereka?
Mulakan lah sekarang! hentikan bercakap. keadilan, dipersilakan ke lawan web yang diberikan tadi, baca dan nilai sendiri - adakah ianya hanya satu ‘fakta nyamuk’ ataupun benar? jika benar, di mana anda selama ini dalam usaha memboikot ekonomi Israel?
berhenti bercakap. berhenti mengutuk. sekarang masa untuk bergerak!
Salam,
Saya cuma nak tgk response DS tentang KJ. A doubtful relation between DS dan KJ. Sila rungkaikan.
Saudara Anwar,
Demonstrasi, menyerahan memorandum,mengutuk tindakan dan lain-lain tindakan seumpamanya tidak langsung memberi kesan kepada Yahudi dan sekutu-sukutunya. Mereka langsung tidak endah apa yang umat Islam dan umat lain yang mahukan kedamainan di Timur Tengah. OIC juga bagaikan bahan jenaka kepada mereka. Ini maknanya segala bantahan berbentuk bantahan lisan dan bertulis tidak akan memberi kesan langsung. Kita semua mahukan penyelesaian secara aman dan diplomatik. Tetepi kita juga tahu ini tidak mungkin akan berlaku. Sudah lebih 60 tahun kita berdemo, membantah, mengutuk, tetapi tiada sebarang hasil. Perlukan kita bersabar lagi?
Apakah mungkin, pemimpin-pemimpin negara Arab bertemu dan berbincang tentang tindakan kepada Israel dan sekutunya. Apakan gabungan ketenteraan negara-negara Arab dapat memberi impak yang besar kepada Israel & sekutunya? Mungkinkah ini bakal berlaku nanti? Mungkinkan ini satu-satunya jalan penyelesian kepada komflik timur tengah?
Saudara Anwar,
Saya akan keluar negara minggu hadapan & mungkin tidak akan berkesempatan melayari internet nanti. Oleh kerana itu saya ingin, in advance, mengucapkan ;
Happy 59th Brithday Saudara Anwar
10 August 2006.
Semuga Allah panjangkan usia Saudara, murahkan rezeki dan diberikan kekuatan minda & fizikan untuk terus berjuang.
Perjalanan Hidup
Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi
Aku yang masih diperhentian hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian
Di mana berakhirnya
Perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku
Saudara Anwar,
Sebagai Penasihat PKR, harap Saudara dapat beri sedikit penjelasan:
GMM merupakan sebuah gerakan pelajar yang tidak berdaftar di UPM. GMM sebenarnya adalah mahasiswa pro DAP dan parti Keadilan yang dibimbing oleh mentor mereka Tian Chua.
Abu Fatihah sila jelaskan mana satu KJ? Kamarudin Jaafar, Khalid Jaafar atau siapa? Ada beberapa KJ yang memang rapat dan baik dengan brother Anwar. Ataupun Dato` Seri boleh jelaskan dalam entri nanti KJ dalam hidup saya.
KJ mana lagi yg dgn ‘gagah’ merempuh human wall FRU? Kamaruddin Jaafar atau Khalid Jaafar tak merasa rempuh punya, sentuh sikit dah kena pelangkung dgn cota.
Sejarah ‘inception of Israel’ yang diperjuangkan oleh para Yahudi agak panjang. Disokong oleh Amerika dan Britain serta suku sakat yahudi di seluruh dunia, penaklukan serta serangan Israel ke atas Palestin sampai sekarang tidak pernah meningkat. Setiausaha agong PBB silih berganti. Pengerusi NAM dan OIC juga datang dan pergi. Namun ‘approach’ rundingan dan gencatan senjata bukanlah jalan penyelesaian terhadap konflik ini. Yang pastinya JIHAD dan serangan berani mati ke atas rejim Yahudi adalah jalan paling effektif.
Sorry. Ayat di atas sepatutnya BUKAN tidak pernah meningkat tetapi tidak pernah surut.
assalamuaálaikum..
dato’seri,
masyarakat antarabangsa telah menggesa PBB untuk melaksanakan gencatan senjata di lubnan. pada pandangan dato’, adakah rancangan tersebut berbaloi memandangkan lubnan telah dibedil habis-habisan.begitu dengan rancangan penempatan askar pemerhati di lubnan sedangkan pejabat PBB juga turut musnah dibedil? apakah senario sekarang memungkinkan gencatan ini dapat dilaksanakan kerana mengikut pandangan saya,sekiranya gencatan senjata ini dilaksanakan, ia hanya menguntungkan satu pihak, iaitu israel.
yang pastinya, mengikut perkiraan saya biarpun pelan damai dirancang, gencatan senjata dilaksanakan, ia tetap membawa musibah kepada dunia arab khususnya, dan masyarakat islam seluruhnya..
sekian.