A Fathi menanyakan:
Assalamualaikum.
Saudara DSAI,
Saya mendoakan agar Dato’ Seri sentiasa berada dalam keadaan sehat wal afiat dan terus maju dalam perjuangan menegakkan Syariah Allah di bumi Malaysia. Alhamdulillah dan terima kasih, jawapan yang Dato’ Seri berikan dapat menjelaskan beberapa perkara.
Memandangkan keadaan politik,ekonomi,sosio-budaya dan agama di negara kita makin dahsyat kehancurannya disebabkan beberapa golongan dalam masyarakat yang tidak bertanggung jawab (golongan pemerintah), adakah benar perkara ini berlaku dalam negara kita?. Saya melihat masalah tersebut berlaku bukan sahaja berpunca daripada golongan pemerintah, tetapi golongan pendidik (ibubapa, guru-guru, pensyarah, ustaz). Golongan pendidik sangat penting dalam memainkan peranan dalam pembentukan peribadi yang murni dan mantap. Jika mereka memainkan peranan yang menyeluruh, masalah tersebut boleh dikawal agar tidak ditahap kritikal. Ibu bapa yang mementingkan pelajaran anak mereka, tanpa menyedari kepentingan pembinaan peribadi yang murni akhirnya melahirkan generasi yang tidak berakal. Saya yakin bahawa Dato’ Seri sendiri lebih arif dalam hal ini. Saya lebih suka tidak menyalahkan sepenuhnya kepada satu pihak sahaja, seperti menyalahkan golongan pemerintah. Dari satu sudut, jika kita menyedarkan golongan pendidik, perubahan yang kita dapat capai akan lebih membanggakan. Golongan pendidik adalah tunjang utama dalam membentuk generasi muda, oleh itu golongan pendidik mestilah dilengkapi dengan pelbagai ilmu. Pendidikan agama mestilah diutamakan, bermula dari umur 7 tahun sehingga 15 tahun kanak mestilah dimantapkan dengan pengisian ilmu-ilmu agama, biarlah ilmu-ilmu berkaitan dunia diketepikan buat seketika. Bukan maksud saya ilmu tersebut tidak penting, tapi ilmu agama lebih aula(penting).
Oleh itu, saya ingin tahu pandangan peribadi Dato’ Seri tentang masalah tersebut dan apakah tindakan Dato’ Seri dalam menyelesaikan masalah ini. Saya berpendapat, Dato seri wajar menekankan pada masyarakat tentang peri pentingnya golongan pendidik, bukan sahaja golongan pemerintah. Ini bukan bermaksud saya menyokong mereka, tapi untuk kebaikan bersama. Saya juga setuju dengan kata-kata Dato’ Seri bahawa kereta lama mestilah diganti dengan kereta baru,barulah kita boleh bergerak laju,selesa dan dipercayai.
Moga perjuangan menegakkan keadilan dapat diterusakan di mana jua kita berada.
Terima kasih.
wassalamualaikum.
Sdr A Fathi
Sesungguhnya dari sudut politik, ekonomi dan sosiobudaya, keadaan tambah meruncing. Keadaan pastinya akan lebih gawat manakala pimpinan negara yang memikul amanah menafikan kemelut yang melanda.
Persoalannya apakah kita hanya mendiamkan diri atau sekadar merenung tentang nasib dan malapetaka yang menimpa? Atau disebaliknya kita mengambil langkah perlu - islah atau melakukan pembaharuan sedaya upaya kita.
Bukanlah maksud kita meletakkan kesalahan seluruhnya di atas pundak pimpinan negara. Tetapi mereka adalah kelompok yang bertanggungjawab, malah yang mebiarkan kemerosotan terus berlaku; terlibat dengan tindakan zalim, rasuah dan penyelewengan.
Saya setuju dengan saranan sdr untuk menggalakkan kalangan pendidik, guru dan ustaz untuk melatih dan mentarbiyah anak-anak dan masyarakat.
















Komen Terkini