31
Jul
06

Nawar Hashim Dijawab

Nawar Hashim menanyakan melalui emel:

Harap Dato’ Seri dapat ulas;

1) Mengapa AMK membuat kenyataan sebegini, sedangkan sekutunya PAS mahu forum IFC dan artikle 11 ini dihalang…? Sepatutnya forum ini dihalang,
tiada masa untuk kita runding dengan puak-puak ini. PAS juga bersetuju…
Kenapa Keadilan tidak sepakat dalam hal begini?

http://www.malaysia-today.net/blog/2006/07/jangan-halang-forum-artikel-11.htm

2) Bekas peguam Dato’ Seri, Dato’ Sabri telah berjumpa dengan rakan saya,
dan menceritakan tentang hal DS yang bukan-bukan, yang tak sedap didengar.
Apa sebenarnya yang berlaku?

3) Mengapa satu ketika dulu ramai orang membuat simbolik terhadap DS,
(perbuatan menutup hidung dan mulut dengan lengan). Soalan ini diajukan oleh
rakan saya.

Harap DS dapat ulas. REFORMASI!! TAKBIR!!
Sekian, wassalam.

sdr nawar hashim,

Mungkin penjelasan saya terlalu ringkas di sini kerana telah saya ulas dalam Off The Edge bulan lalu. Penganjur IFC perlu berundur setapak untuk memberikan ruang penyertaan yang lebih representatif dan tidak dilihat sebagai insistif kalangan yang mempunyai prasangka terhadap Islam dan perlaksanaannya di Malaysia. Kedua saya tidak mahu menghalang sesiapa sahaja untuk mengemukakan hujah dengan bertanggungjawab kerana saya yakin dengan pendirian dan kemampuan kita memberikan hujah balas.

Sepanjang rekod yang ada sejak saya di Universiti Malaya menghadapi puluhan tohmahan dan tuduhan, nama yang disebut itu tidak pernah ada hubungan dengan saya apa lagi selaku peguam. Kita malah harus berhati-hati dengan berita dari gulungan fasik.

Mungkin kerana tanda kebebasan disekat. Wallahualam


1 Response to “Nawar Hashim Dijawab”


  1. 1 k_rul Aug 25th, 2006 at 10:38 am

    Assallamualaikum

    Dato’ Seri,
    Dari beberapa kenyataan Dato’ Seri sebelum ini, ada pihak2 tertentu melihat seolah-olah Dato’ menyokong penubuhan IFC, begitu juga dari kenyataan AMK.

    Harap Dato’ dapat berikan penjelasan.

    Reply

Leave a Reply




GorisMustaqim: Dulu datuk kt undang ke itb, april kmrn ke Grt jg "@BenyYusron: wah, Pak Anwar kenal Goris juga? :) @anwaribrahim @GorisMustaqim @imanusman"
53 seconds ago
GorisMustaqim: Salam takzim datuk, asgar = asal garut @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: @imanusman: mau kecipratan batiknya kang.#fb
3 minutes ago
fish_curry: RT @tengkusani: Ini pun PKR nak tipu rakyat? Misleading fact! Fitnah PKR RT @tianchua: 2 Sept04 @anwaribrahim bebas setelah 7thn dipe ... http://tmi.me/YwvQ
38 minutes ago
fery_wk: Subhanalloh Pak @anwaribrahim tahu Asgar (asli Garut), salam takzim Dato :-) RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garo ... http://tmi.me/Yz1L
43 minutes ago
isnaeni13: Garut, bukan Garot pakcik. RT @anwaribrahim: Asgar:kenang asli garot @GorisMustaqim: Insya.. nanti dicipratin pas... http://mtw.tl/lx2uur
45 minutes ago

Galeri Flickr

IMG_3509 IMG_3620 IMG_3549 IMG_3624 IMG_3552 1 (1) 6 (3) 6 (2) 

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2006
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31