31
Jul
06

Jawapan kepada Mioraz

mioraz memberi komentar:

Assalamualaikum DSAI,

Seperti yang DSAI ketahui, sekarang ini memang satu masa yang kritikal kepada umat Islam kerana dimusuhi, ditohmah, dikhianati, dibenci, ditindas dan dizalimi oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam nampaknya tidak bermaya untuk membantu antara satu sama lain. Kuasa bukan Islam merasakan inilah masanya untuk menekan Umat Islam seadanya kerana kelemahan dan kebodohan umat Islam itu sendiri.

Kata-kata ‘Umat Islam adalah bersaudara’, sudah tidak bermakna lagi kerana kurangnya sifat bersatu (juga sumber teknologi) dikalangan umat Islam. Negara Islam Timur Tengah lah yang sepatutnya mengetuai kesatuan Islam ini sudah hilang taring mereka untuk memulakan sesuatu yang baik untuk umat Islam. Kebanyakan mereka sudah tidak bermaya lagi untuk menyuarakan hak bagi mewakili umat Islam sedunia.

Lemahnya umat Islam kini tidak lain dan tidak bukan kerana tidak berpegang kepada Kitab Allah lagi, apa yang anjurkan semuanya tidak diendahkan…, maka inilah balasanNya. Al-Quran menyuruh kita membaca, menuntut Ilmu, berusaha memajukan diri, mencipta teknologi canggih, berekonomi secara Islam, membantu sesama Islam, jangan berpecah belah, jangan menzalimi dan sebagainya, semuanya tidak diambil kisah……….

DSAI, saya rasa kita bangsa Melayu dari Timur Jauh ini perlu membuat percambahan fikiran (brainstorming) kita untuk membantu mayarakat Islam seluruh dunia agar menjadi lebih cerdik, keluar dari zaman yang lesu, berfikiran kritis, berinovasi dan berusaha untuk memajukan diri.

DSAI lah pada fikiran saya harus mengetuai MISI ini, jangan tumpukan usaha kepada masyarakat Malaysia sahaja, malah ianya hendaklah meliputi seluruh masyarakat Islam sedunia. Beri idea-idea kepada masyarakat Islam sedunia bagaimana untuk berubah dan memajukan umat Islam sedunia.

Kerja DSAI bukanlah susah sangat, tubuhkan pusat kajian seperti Institut Kajian Dasar, mungkin dinamakan Islamic Strategic Centre (ISC) atau Islamic Research Development Centre (IRDC) atau sebagainya dan usahakan perubahan minda melalui mata pena. Atau bergabung saja dengan Chandara Muzaffar. Mata pena adalah lebih tajam dari mata pedang…..

Ramai cerdik pandai serta cendiakawan Islam seluruh dunia boleh digembeling untuk memberikan idea dan semuanya hendaklah diserahkan kepada ISC atau IRDC. Pusat ini seterusnya akan menguruskan semua penerbitan dan pengedaran seluruh dunia Islam dan bukan Islam. Tetapi yang penting, jangan buka keanggotaan selain daripada Bangsa Melayu untuk pengurusan pusat kajian ini (ada rasionalnya…).

DSAI tengok bagaimana hebatnya HARUN YAHYA dengan pelbagai koleksi buku yang hebat yang membuka minda umat Islam dan bukan Islam dari seluruh dunia…. . Kita jangan ketinggalan lagi. Saya harap DSAI pernah membaca dan meyimpan koleksi buku-buku HARUN YAHYA ini (terbitan SABA ISLAMIC MEDIA).

DSAI, saya ada menyimpan 2 koleksi buku Kebangkitan Asia yang DSAI karang (Inggeris dan Melayu) dan ianya amat bagus untuk dibaca tetapi saya dapat tahu bahawa baki stok buku tersebut telah diarahkan untuk dimusnahkan. Ini ‘kerja gila’ pemerintah pada masa itu yang tidak menghargai ilmu…..

Melihat kepada kekeliruan dan pertembungan dunia Islam dan Barat sekarang ini, saya tidak nampak dialog Islam-bukan Islam boleh menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat ….. . Apabila kita ajak dialog mereka tidak mahu…. itu masalahnya. Lebih baik kita sebarkan dialog kita sendiri yang sudah ada jawapan terhadap kekeliruan tersebut.

Banjirkan seluruh dunia dengan MAKLUMAT yang kita sudah SETkan jawapannya. Saya yakin semua orang akan membacanya………. . Internet juga boleh dijadikan medium sebaran.

DSAI, buat masa ini lebih baik tuliskan buku bertajuk seperti ini,

DON’T FIGHT MUSLIM THROUGH WAR
Its Waste Your Time and Money

Intipati buku :

Sejarah membuktikan bahawa Islam tidak boleh dikalahkan dengan peperangan, Islam akan bangkit sekiranya kezaliman berlaku ke atas mereka, Islam pernah mengalah banyak kuasa besar zaman dahulu. Islam adalah bersaudara, mereka tetap akan membantu saudara mereka walau apa pun yang terjadi……… . Zaman Islam akan berbalik kepada zaman gemilang.

(begitu juga dengan Yahudi – sejarah menunjukkan mereka ini degil dan tidak berubah perangainya…., bagaimana harus mengatasi situasi sebegini?)

Nasihatkan supaya Islam dan Barat agar menghormati antara satu sama lain, jangan bermusuh.

Jadi janganlah cuba nak berlawan dengan Islam………

———-

DSAI, hasrat penulisan buku ini sebenarnya hendak mendidik masyarakat Barat supaya takut pada Islam dan jangan mempeleceh dan memusuhi Islam…. DSAI mesti berani menulis buku sebegini.

Buku ini boleh jadi best seller dunia…….., biar kita kejutkan dunia dengan tajuk yang ’sensasi’ sebegini.

Semoga dengan usaha ini nasib Islam akan terbela untuk beratus tahun akan datang. Nasib kita, kita yang ubah sendiri, bukankah begitu…….

SEKIAN, TERIMA KASIH

Harap DSAI dapat jawab dalam BLOG …..

sdr mioraz,

Saya meneliti saranan panjang sdr yang dipercayai lahir dari keprihatinan malah kegelisahan sdr akibat prasangka dan permusuhan Barat terhadap Islam. Saya turut menyanjung inisiatif pelbagai kalangan untuk mengetengahkan keterangan mengenai Islam secara autentik, sahih dan tidak diwarnai oleh sentimen kabilah dan kaum yang sempit.

Insyaallah akan kita usahakan dalam pelbagai cara termasuk penulisan dan mendedahkan masyarakat Islam dan bukan Islam dengan risalah Islam dan kemanusiaan - rahmatan lil alamin.

Dalam inisiatif kecil saya, umpamanya tatkala membicarakan mengenai Shakespeare, saya tidak ketinggalan menyentuh isu moral dan etika, kekuatan makruf menumpaskan kemungkaran, dan perjuangan menegak kebebasan dari kezaliman dan kerakusan sang penguasa.


9 Responses to “Jawapan kepada Mioraz”


  1. 1 KrayonMerah Aug 1st, 2006 at 11:12 am

    Petikan dari Mioraz.

    Ramai cerdik pandai serta cendiakawan Islam seluruh dunia boleh digembeling untuk memberikan idea dan semuanya hendaklah diserahkan kepada ISC atau IRDC. Pusat ini seterusnya akan menguruskan semua penerbitan dan pengedaran seluruh dunia Islam dan bukan Islam. Tetapi yang penting, jangan buka keanggotaan selain daripada Bangsa Melayu untuk pengurusan pusat kajian ini (ada rasionalnya…).

    ——————————

    Apa tidak layakkah saya, sebagai seorang bukan melayu, tetapi seorang Islam, untuk bersama menyumbang tenaga saya memperjuangkan Islam? Adakah Islam itu ekslusif untuk Melayu sahaja?

    Atau untuk lebih direct lagi:

    Adakah shahadah saya second class dibandingkan dengan shahadah seorang Melayu?

    Mengapa kamu ragui keislaman saya? Siapa kamu mioraz?

    I believe in the brotherhood of man, all men, but I don’t believe in brotherhood with anybody who doesn’t want brotherhood with me.

    I believe in treating people right, but I’m not going to waste my time trying to treat somebody right who doesn’t know how to return the treatment.

  2. 2 mioraz Aug 2nd, 2006 at 12:22 am

    Assalamualaikum semua!

    Saya menarik balik perkataan ‘Bangsa Melayu’ dari petikan di atas dan menukarkannya kepada ‘Umat Islam dari Malaysia’

    Maaf dari saya yang terlanjur bahasa. Saya tidak langsung ingin menyinggung mana-mana pihak.

    Sekian.

  3. 3 analyst Aug 7th, 2006 at 9:51 am

    Kepada,
    YAB Dato’ Seri,

    Sekarang ini, saya sedang membuat kajian berkenaan HAK DAN WARIS Sebenar Kesultanan Brunei.Dalam 2 Tahun Kebelakangan ini, Sultan Halsannah Bolkiah begitu resah dengan wujudnya Pewaris Sebenar. Difahamkan Pewaris Sebenar itu sedang berusaha untuk mendapatkan penglibatan Negara-Negara luar untuk membawa Kes ini ke Brunei. Apa yang menarik di sini, ramai dari kalangan kerabat Brunei cuba merampas KERIS yang dipegang oleh Pewaris.

    Bagaimana pandangan Dato’ Seri berkenaan hal ini ?

  1. 1 play free poker Trackback on Mar 1st, 2007 at 11:41 am
  2. 2 paxil Trackback on May 16th, 2007 at 3:58 pm
  3. 3 diazepam Trackback on May 21st, 2007 at 5:30 am
  4. 4 cialis Trackback on Jul 8th, 2007 at 9:45 am
  5. 5 ultram Trackback on Jul 12th, 2007 at 10:05 pm
  6. 6 ambien prescription online Trackback on Jul 24th, 2007 at 5:50 am

Leave a Reply




Sumbangan Kempen Permatang Pauh

Galeri Flickr

Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Indonesia     

Poster Kempen

Get the Flash Player to see the slideshow.

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Ceramah DSAI di Bandar Tun Razak

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2006
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31