Catatan lawatan saya ke Indonesia baru baru ini mengikut catatan Nik Nazmi
Perkara ini
harus disebarkan untuk menentang mereka yang menganggap Islam sebagai
agama yang ganas. Di samping itu, jika diteliti sejarah, ketahanan
akidah umat Islam di rantau Nusantara ini meskipun menghadapi
penjajahan Barat berpunca dari peranan besar pondok-pondok dan
pesantren-pesantren di Asia.
Semalaman di Pesantren Sunan Drajat
Pada Isnin dan Selasa yang lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa
rakan-rakan termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim, Ezam Mohd Noor dan
Mustaffa Kamil Ayub menghabiskan dua hari satu malam di Pondok
Pesantren Sunan Drajat, Lamongan. Satu-satunya pesantren Wali Songo
yang masih wujud ini terletak kira-kira dua jam dari bandar Surabaya.
Kunjungan mereka ke sana atas jemputan Kiyai Abdul Ghafur, pengelola
Pondok Pesantren tersebut yang cukup dihormati di Indonesia. Datuk
Seri merasakan lawatannya itu cukup penting memandangkan anak-anak di
Pesantren tersebut begitu banyak mendoakannya ketika dipenjara dahulu.
Tambahan lagi signifikan Pesantren Sunan Drajat cukup besar. Sebagai
peninggalan Sunan Drajat, salah satu dari Wali Songo yang berjaya
mengIslamkan Pulau Jawa menerusi cara yang aman damai, ia menjadi
bukti bahawa kesederhanaan Islam itu bukan olok-olok. Perkara ini
harus disebarkan untuk menentang mereka yang menganggap Islam sebagai
agama yang ganas. Di samping itu, jika diteliti sejarah, ketahanan
akidah umat Islam di rantau Nusantara ini meskipun menghadapi
penjajahan Barat berpunca dari peranan besar pondok-pondok dan
pesantren-pesantren di Asia.
Pada pagi Selasa diadakan doa menolak bala untuk kesejahteraan
Indonesia dan rantau Nusantara umumnya. Datuk Seri Anwar dinobatkan
sebagai ‘Tokoh Islam Nusantara’ di dalam acara yang dihadiri pimpinan
politik dan jemaah Islam Surabaya dan Jakarta. Turut tidak ketinggalan
wakil-wakil agama Hindu dan Buddha dari India. Kata Kiyai Ghofur,
Datuk Seri Anwar berhak menerima gelaran tersebut kerana beliau
membuktikan memperjuangkan Islam tanpa mengenal jemaah atau golongan,
tetapi untuk semua penduduk di Nusantara.
Menurut Datuk Seri, apa yang cukup mengesankan ialah suara anak-anak
muda Pesantren Sunan Drajat ketika berzikir dan berwirid.
















0 Responses to “Lawatan ke Pesantren: catatan Nik Nazmi”
Leave a Reply