ahmadyamani menanyakan :
Meski saya setuju dengan pembahagian tahap-tahap kehidupan Anwar Ibrahim, saya merasa resah setiap kali melihat Anwar Ibrahim 3.0 yang digunakan.
Apakah Anwar Ibrahim android atau cyborg yang mempunyai nombor siri?
Jika benar Anwar Ibrahim 1.0 adalah ketika memimpin gerakan mahasiswa dan belia, bagaimana dengan kehidupan beliau sebelum itu?
Apakah Anwar Ibrahim 0.1 hingga 0.9 atau mungkin Anwar Ibrahim proto model?
sdr ahmadyamani,
Wah wah, janganlah terlalu banyak menelaah sosok dan pembahagian tahap oleh sdr Khalid Jaafar. Bukankah hidup ini adalah satu perjalanan. Kita kan tambah matang dan dewasa. Saya belum bersara atau ke pusara, maka tidak perlulah digali sejarah hidup sejak dilahirkan. Memadailah dengan maklumat setakat ini dan tumpukan saja agenda berikutnya.
Ya jangan khawatir, sendainya sdr ingin penjelasan spesifik, bolehlah saya usahakan.
















Salam,
Tidaklah menjadi niat saya untuk menggerakkan usaha menggali sejarah hidup sejak lahir. Paksi persoalan saya ialah mengenai kesesuaian (atau lebih tepat ketidaksesuaian) meletakkan nombor siri pada Anwar Ibrahim itu sendiri.
Assalamualaikum,
Maaf kerana mencelah. Mungkin maksud “Anwar Ibrahim 3.0″ itu bererti versi laman weblog itu sendiri. Jika sudah di-upgrade-kan kepada versi yang lebih baik, maka sesebuah laman web itu akan menjadi versi yang ke 3.5 atau 4.0 atau seterusnya.
Itu hanyalah pendapat saya sahaja.
Sekian.
Salam sakura,
Alasan yang saya kira munasabah jika digunakan. Tetapi saya fikir tidak selari dengan penjelasan saudara Khalid Jaafar. Harap klik ABOUT di sudut kanan, atas sekali untuk membaca tulisan saudara Khalid Jaafar tersebut.
Salam Ahmad Yamani,
Terima kasih kerana memberitahu, tidak perasan pula saya ABOUT di sudut kanan laman ini. Jika begitu, fahamlah saya.
Sekian.