26
Jul
06

Ahmad Yamani Dibalas..

ahmadyamani memberi respon untuk dibincangkan bersama :

Saya melihat cara Dr. Mahathir ‘bertembung’ dengan Abdullah Badawi benar-benar tidak seperti lazimnya beliau.
Apabila Mahathir bertingkah secara terbuka, pukulannya adalah pukulan maut untuk membunuh. Tetapi persoalan-persoalan yang dibangkitkan terhadap rejim Abdullah terlalu lembut. Saya percaya jika Mahathir benar-benar mahu menghentam Abdullah, beliau akan menggunakan pengaruh dan jentera dalam UMNO (yang beliau masih punyai pengaruh kuat).
Yang lebih menarik, bagi saya, ialah natijah kritikannya terhadap Abdullah menghampirkan dirinya kepada PAS (lewat peranan Raja Petra).
Mahathir adalah seorang yang mempunyai sumber kewangan yang cukup luas. Mesranya dengan PAS akan lebih akrab jika digula-gulakan dengan bantuan kewangan untuk PAS bertanding di semua kerusi dalam pilihanraya akan datang. PAS sudah tentu tertarik kerana sedari dulu bertanding pilihanraya adalah paksi perjuangan PAS, hatta bagi penyokong di peringkat kampus lagi.
Justeru, keADILan dan Anwar Ibrahim akan terpinggir daripada PAS. Sekaligus pakatan pembangkang akan pecah.
Sasarannya bukan Abdullah, tetapi Anwar Ibrahim.
Pohon dikritik tulisan ini dan dihujahkan sehingga tertolak hipotesis saya ini..

Sdr ahmadyamani,

Saya juga tidak menganggap remeh pertembungan Dr Mahathir -Abdullah Badawi; meski pun ia lebih merupakan pertikaian peribadi dan tidak isu nasional atau pembaharuan. Telahan sdr mengenai penglibatan PAS dalam pergeseran tersebut agak keterlaluan. Meskipun ada bebrapa tokoh PAS dalam perjumpaan dengan Dr M, tetapi dasar PAS dan pendirian pimpinannya dengan muafakat pembangkang adalah jelas.
Pendirian saya ada dijelaskan dalam Suara Keadilan.


0 Responses to “Ahmad Yamani Dibalas..”


  1. No Comments

Leave a Reply