22
Jul
06

Respon Pada Kassim Selamat

kasim selamat menanyakan :

Salam sejahtera,

Semoga saudara sentiasa di bawah lindungan Allah.Pada petang Jumaat 07.07.06 yang lalu saya telah dikurniakan Allah seorang anak perempuan di Pusat Rawatan Islam Ar-Ridhuan, Ipoh. Syukur pada Allah.

Setelah 10 hari pening kepala nak bubuh nama anak akhirnya Allah memberi ilham yang cukup indah. Anak kedua ini telah saya beri nama Nur Adilah. Saya telah merujuk kepada Ustaz Kazim Elias dan beliau kata ok. Makna ‘cahaya keadilan’. Gembira! Syukur pada Allah. Takpalah mak bapak PAS, anak Keadilan la pulak.

Apa yang saya kurang puas hati ialah di dalam sijil kelahiran tiada ruang untuk agama si anak. Setelah bertanya, pegawai di Jab. Pendaftaran berkata kalau
bapa dan ibu beragama Islam secara automatik status agama anak juga adalah Islam. Dalam 2 bulan lagi akan dikeluarkan MyKid. Tambah pegawai itu lagi dalam kad itu baru tercatat status agama anak saya.

Teringat saya pesan Ustaz Kazim mengatakan ada kes di mana ada pegawai JPN mengatakan bila cukup umur 18 tahun baru boleh daftar agama anak. Menakutkan.

Apapun saya kenalah tunggu 2 bulan. Dengan rezeki Allah kita sebagai ibu bapa yang memberi makan, membesar dan mendidik anak itu. Sedih sebab JPN di bawah Menteri Dalam Negeri/Perdana Menteri. Apa tujuan sampai perlu ibu bapa
menunggu untuk tahu status agama anak? Apa yang perlu kita lakukan untuk menangani masalah ini?

Persoalan utama, perlukah saya risau?

Terima kasih,

Sdr Kasim,
Tahniah kerana kelahiran cahayamata - Nur Adilah
Sungguh anih dan tidak munasabah untuk menafikan hak ibu bapa menetapkan agama anak sejak kecil.


1 Response to “Respon Pada Kassim Selamat”


  1. 1 Najib1976 Jul 25th, 2006 at 2:36 pm

    Assalamualaikum.
    Saya ada beberapa soalan untuk saudara Anwar,
    1. Apa pandangan saudara mengenai IFC ? ada pihak menyokong dan ada yang menentang, dan kita sebagai orang islam apa tindakan yang perlu kita lakukan?
    2. Baru-baru ini ada di laman KMU, ada pihak bangkitkan masalah kerugian bank negara sekitar tahun 91 ~94, ada pihak cuba menyalahkan saudara kerana gagal mengurus kewangan negara dengan baik, apa komen saudara ?

    Terima kasih…

Leave a Reply






Galeri Flickr

Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 Majlis Penutup Kongress PKR ke 5 

Dokumentari Perbicaraan 1998

Video Manifesto KeADILan

Sila klik sini untuk versi Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil

Pakatan Rakyat to Putrajaya

Pamerkan Di Website Anda

Other Banners

 

July 2006
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31