22
Jul
06

Jawapan Kepada Monaz

monaz memberi respon:

I agree to disagree with you Dato’ Seri. Selain dari Al-Quran dan Al-Hadis, sejarah juga telah membuktikan bahawa Yahudi memang tak boleh pakai.
Saya mengambil contoh terdekat. Yassir Arafat terkenal dengan political engagement nya dengan Israel. Malah beliau bagi setengah-setengah pihak dianggap sebagai boneka US dan Israel. Beliau pernah menandatangani perjanjian damai dengan Israel di Kem David. Apa jadi?
Bukan sahaja matinya diracun yahudi, malah Yitzak Rabin yang yahudi itupun dibunuh oleh yahudi kerana kununnya hendak berdamai dengan Palestin. Mana mungkin Yahudi mahu kepada perdamaian?
Satu lagi contoh Dato’ Seri, kisah Dato’ Seri masuk UMNOlah. Tentunya niat dato’ Seri begitu noble sekali. Membuat perubahan dari dalam. Dalam erti kata lain political engagement with Mahathir. Bukankah Mahathir yang menarik Dato’ Seri masuk UMNO? (Tiadalah niat saya nak menyamakan Mahathir dengan yahudi anyway).
Tetapi apa kesudahannya? Orang kata, the rest is history.

Sdr Monaz,

Saya percaya sdr akan bersetuju dengan kenyataan bahawa isu Palestin adalah isu hak, kedaulatan dan keadilan. Ia amat rumit dan perlu dibahas teliti. Saya tidak menganggap semua Yahudi musuh walaupun saya akur dasar Israel adalah keterlaluan.


4 Responses to “Jawapan Kepada Monaz”


  1. 1 monaz Jul 26th, 2006 at 8:57 am

    Cuba Dato’ Seri namakan Yahudi yang baik tu. Cheney? Ari Fleischer? Wolfowitz? Douglas Feith? E. Abrams? Dov Zekheim? H. Kessinger? M. Grossman? R. Satlof?
    Dasar Israel bukan sahaja keterlaluan, malah lebih buruk dari binatang.
    Dasar Amerika menghulur makanan sebagai bantuan kemanusiaan kepada Lubnan TETAPI membekal senjata kepada Israel untuk membedil Lubnan kelihatannya seperti tauke ayam bagi makan ayam supaya gemok untuk disembelih.

  2. 2 niknazmi Jul 26th, 2006 at 11:45 am

    Dasar Israel sememangnya amatlah keterlaluan dan perlu ditentang habis-habisan.

    Tetapi perlu dibezakan antara Zionis dan Yahudi. Beberapa tokoh Yahudi menjadi terkenal dan tersohor sebagai sarjana dan pegawai kerajaan di dunia Islam dahulu terutamanya di Andalusia, Baghdad, Mesir. Chomsky yang merupakan pengkritik besar dasar AS dan pernah mengunjung Lebanon juga Yahudi.

    Yang penting, kita fokus kepada isu utama. Umat Islam juga mesti gigihkan kerjasama untuk hadapi isu ini dan memastikan kebebasan Palestin dan.

  3. 3 shenayoun Jul 26th, 2006 at 8:06 pm

    Ya, memang benar ada individu Yahudi yang bersimpati dengan ketidakadilan dan oppressi regim zionis di Timur Tengah. Ramai Kristian juga memberi sokongan padu kepada Israel, malah tidak hairan juga jika ada segelintir umat Lubnan yang tidak setuju dengan taktik Hezbollah menyokong tindakan Israel.

    Tetapi, yang boleh disimpulkan adalah kebanyakan orang yahudi adalah pendokong gerakan Zionis, dan mereka mempunyai pengaruh luas dalam pentadbiran Amerika, termasuk Feith, Abrams, Wolfowitz. Saya rasa ini yang hendak disampaikan oleh Monaz dan kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin umat Islam dan dunia bangkit untuk memprotes bias Amerika terhadap rakan tidur Israel. Sokongan Amerika hanya berdasarkan friendship, melalui pengaruh individu neocon dalam pentadbirannya dan lobi
    AIPAC dan bukan atas dasar keadilan segajat.

    Dalam internet telah disiarkan sokongan padu kongress Amerika menyokong resolusi tindakbalas Israel terhadap Lubnan dengan undi 410-8. Ini sama sekali tidak masuk akal jika dilihat atas dasar keadilan. Sebuah negara berdaulat dibedil tanpa segan silu dan direstui olih satu-satunya kuasa dunia.

    Pendapat saya, kita tidak perlu terlalu apologetik terhadap retorik anti yahudi atau amerika. Chomsky adalah wira keadilan, dan ramai lagi rakan yahudi, kristian kita yang lain. Yang dimaksudkan dalam retorik anti yahudi adalah penyokong zionis dan regim Israel yang tidak serik membunuh orang yang tidak bersalah.

    Mungkin pemimpin-pemimpin Islam termasuk malaysia perlu lebih konsisten dan komited dalam membangkitkan isu ini. Kebanyakan statement adalah antara melepaskan tanggungjawab menenangkan perasaan rakyat sendiri dan dan berbaik-baik dengan pimpinan kuasa besar dunia,
    yakni memilih jalan tengah dalam politik, melepaskan batuk di anak tangga tanpa membincang dan menyelesaikan isu ini dengan jelas dan bersungguh-sungguh.

    Hati nurani saya kepada rakyat Lubnan dan Palestin yang sengsara, tidak kira samada rakyat yang beragama Kristian atau Islam, Sunni atau Syiah. Semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada kaum yang dianiayai.

  4. 4 ajaque Jul 27th, 2006 at 4:29 am

    Benar bukan semua orang Yahudi itu musuh. Namun bagi saya yang beragama Islam, saya tidak redha sama sekali untuk bersekongkol dengan orang Yahudi dalam apa bidang pun jika tujuannya masih samar samar. Kerana Al Quran dan hadis sememangnya dengan terang terangan memberi amaran kepada umat Islam tentang bahayanya mereka.

    Walaubagaimanapun amaran tersebut tidak menyuruh kita memusuhi mereka. Oleh yang demikan, pada pendapat saya, kita amat perlu berhati hati apabila berurusan dengan mereka yang licik ini.

Leave a Reply