16
Jul
06

Sidang akhbar di Doha

Yayasan Masa Depan - Foundation for the Future- yang telah dibentuk akhir tahun lalu atas inisiatif Menteri-Menteri Luar Negara Arab, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat telah mengadakan mesyuarat pertama di Doha, Qatar semalam (15 Julai 06).
Anggota pengasas terdiri dari Anwar Ibrahim (Malaysia), Bakhtiar Amin (Iraq) dan Rahmah Bourqiah (Maghreb) telah bersidang bersama ahli Yayasan baru termasuk Ibrahim Kalin (Turki), Andre Cerra (Sepanyol), Hakim Sandra Oconnor (Amerika Syarikat), Naguib Swari (Mesir), Kamel Maher (Jordan), Juhainah (Qatar).

Walau pun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk mejana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi. Yayasan akan bekerjasama dengan badan-badan bukan Kerajaan, sarjana, tokoh agama dan politik agar melaksanakan program dengan lebih berkesan lagi. Selain membiaya kegiatan badan bukan Kerajaan, Yayasan akan meneliti kemungkinan mengadakan perbincangan, seminar dan sebagainya dengan masyarakat awam.

Mesyuarat semalam telah membentuk Jawatankuasa Eksekutif untuk menjalankan kerja seterusnya dan akan mengadakan sidang pada bulan September. Mesyuarat Yayasan berikutnya akan diadakan di Amman pada awal Disember sabelum mesyuarat Menteri-Menteri Luar dimana Pengerusi akan melaporkan kemajuan kegiatan Yayasan. Anwar Ibrahim telah sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi Yayasan dan Jawatan Kuasa Eksekutif.


6 Responses to “Sidang akhbar di Doha”


  1. 1 cble Jul 18th, 2006 at 12:03 am

    Ini peluang bagi DSAI berdepan dengan Hamid Albar untuk berbincang sesuatu secara terbuka?

  2. 2 kerak tepung Apr 5th, 2008 at 3:23 pm

    ape motif utama yayasan ni…
    adakah bertujuan utk hapuskan sistem monarki beraja di negara2 islam?

  3. 3 Black 14 Apr 8th, 2008 at 8:56 pm

    kerak tepung, kalau taktau cakap jangan duk buat pandai…

  4. 4 Hafiz Jauzi Apr 10th, 2008 at 6:04 pm

    Yayasan ini adalah tajaan puak2 luciferian @ freemason utk menguasai dunia..

  1. 1 why insurance Trackback on Aug 2nd, 2006 at 10:44 am
  2. 2 Kedudukan Melayu dipertahankan bersama hak semua rakyat Malaysia at Anwar Ibrahim Pingback on Apr 5th, 2008 at 11:49 am

Leave a Reply