Archive for July 16th, 2006

16 July 2006

Pendapat

Pendapat Anda?

Yayasan Masa Depan – Foundation for the Future– yang telah dibentuk akhir tahun lalu atas inisiatif Menteri-Menteri Luar Negara Arab, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat telah mengadakan mesyuarat pertama di Doha, Qatar semalam (15 Julai 06).
Anggota pengasas terdiri dari Anwar Ibrahim (Malaysia), Bakhtiar Amin (Iraq) dan Rahmah Bourqiah (Maghreb) telah bersidang bersama ahli Yayasan baru termasuk Ibrahim Kalin (Turki), Andre Cerra (Sepanyol), Hakim Sandra Oconnor (Amerika Syarikat), Naguib Swari (Mesir), Kamel Maher (Jordan), Juhainah (Qatar).

Walau pun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk mejana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi. Yayasan akan bekerjasama dengan badan-badan bukan Kerajaan, sarjana, tokoh agama dan politik agar melaksanakan program dengan lebih berkesan lagi. Selain membiaya kegiatan badan bukan Kerajaan, Yayasan akan meneliti kemungkinan mengadakan perbincangan, seminar dan sebagainya dengan masyarakat awam.

Mesyuarat semalam telah membentuk Jawatankuasa Eksekutif untuk menjalankan kerja seterusnya dan akan mengadakan sidang pada bulan September. Mesyuarat Yayasan berikutnya akan diadakan di Amman pada awal Disember sabelum mesyuarat Menteri-Menteri Luar dimana Pengerusi akan melaporkan kemajuan kegiatan Yayasan. Anwar Ibrahim telah sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi Yayasan dan Jawatan Kuasa Eksekutif.

Switch to our mobile site