15
Jul
06

Jawapan Kepada Shenayoun

shenayoun menanyakan melalui emel :
Assalamulaikum w.b.t.

Saya amat gembira dapat melangsungkan perbualan siber bersama Datuk Seri. Tahniah atas penggunaan wadah baru weblog yang amat popular sekarang ini. Dengan ikhlas, harapnya Datuk Seri dapat menjelaskan beberapa kemushkilan saya yang sudah lama mengapai lubuk hati. Diminta maaf terdahulu jika soalannya mungkin kelihatan terlalu direct.

Orang Melayu dan Malaysia umumnya masih kurang jelas tentang dasar dan polisi pihak pembangkang. Yang melimpah itu dari segi penyampaian retorik, tetapi kering dari segi sebaran ilmiah. Retorik bombastik mengenai korupsi dan accountability jelas dilaungkan, tetapi persoalannya bagaimana dimanfaatkan dan dipraktikkan sendiri olih partai?

Merujuk kepada perjuangan silam, setiap pengikut menelaah ideologi dan ilmiah yang memperkasakan perjuangan. Tanpa prinsip dan idealisme, perjuangan terburai sebelum ke pangkal jalan. Dalam menyatukan hati nurani pengikut, Mandela, Sayyid Qutb, Hassan Al-Banna, Jose Rizal mengutarakan idealisme yang hidup dan mati bersama rakyat. Malah kupasan si penjenayah besar dalam malay dilemma masih disebut-sebut sehingga sekarang. Pemahaman prinsip-prinsip dan isi perjuangan perlu diterapkan dan dilancarkan dalam wacana ikhlas kepada rakyat. Boleh Datuk Seri kongsi pendapat bagaimana keadilan dapat mencapai matlamat seperti yang disebutkan diatas?

Agenda perubahan yang diwar-warkan perlu di sebarkan melalui saluran alternatif yang sedia ada walaupun disekat di media perdana. Tidak cukup untuk kita menghembuskan nafas dan menuding jari ke pihak lawan. Dalam pengamatan secara jujur dan tidak semena, usaha dan perancangan yang dilakukan sekarang walaupun secara rajin, masih terlalu daif dan kurang efektif. Motivasi dan petunjuk amat perlu dalam sebuah organisasi yang secara zahirnya kelihatan lesu. Boleh disimpulkan bahawa tiada strategi jangka panjang yang kukuh dan tersusun, hingga menyebabkan ramai rakan-rakan yang tercicir mengharungi ujian politik.
Diharapkan Datuk Seri dapat mengupas kandungan diatas mengenai susunan jentera dan strategi dalam mengembalikan kehebatan zaman reformasi.

Terima Kasih.

sdr Shenayoun
 
Maaf kerana terlangkau soalan sdr tempoh hari. Saya kini di Dubai dalam perjalanan ke Doha. InshaAllah akan kembali ke KL esok.
Agenda Pembaharuan pada hemat saya adalah kerangka dasar perjuangan yang perlu dihadham oleh aktivis reformasi dan penggerak agenda pembaharuan. Selain itu kita terus mengupas isu dasar secara lebih terperinci. Pimpinan Keadilan berjaya mendapatkan sokongan tokoh-tokoh akademik, korporat, pengusaha untuk terus merangka dasar dan memantau keadaan.
Saya setuju dengan saranan sdr agar kita dapat menyebarkan maklumat tersebut secara lebih berkesan.
Ini mengingatkan saya gagasan pemikir Algeria Malik ben Nabi bahawa dalam perjuangan perlu berlandaskan “idea pendorong (guiding ideas)”

0 Responses to “Jawapan Kepada Shenayoun”


  1. No Comments

Leave a Reply