15
Jul
06

Jawapan Kepada Mustar Haniff

mustar haniff menanyakan melalui emel :
Assalamualaikum Y.B Dato Sri,
Saya rakyat Malaysia yang tinggal di Doha Qatar.

1- Saya minta bantu diulas terhadap makna perkongsian ekonomi yang adil tanpa pengeksploitasian terhadap sumber-sumber yang ada.

2- Bagaimana sewajarnya jaringan yang mantap yang benar-benar telus dapat
dibina hingga kesejahteraan dari berbagai aspek dapat diimbangi tanpa
wujudnya pertindihan ‘guna kuasa’ antara pentadbir, pengusaha dan pemilik.
Dengan lain kata, apakah punca utama ketidakstabilan dalam sistem ekonomi
dunia hari ini.

3- Rentetan dari ini perlu juga minta dikupas apakah ketida bolehan dan
ketidakmampuan mengenal pasti masalah -masalah yang asas, menjadikan
kecelaruan untuk ’setengah-setengah’ rakyat menkmati keamanan.

4- Apakah sumbangan ‘kuasa veto’ terhadap perlaksanaan dan harga keamanan.

5- Apakah ciri-ciri khusus diperlukan untuk layak membuktikan nilai
kemanusiaan tidak boleh dipisahkan dengan makna kebolehan melahirkan
keamanan dari sumber kasih sayang dan rahmat Allah.

6- Apakah pembinaan semula tamadun dan budaya Islam sesuatu yang tidak mampu
dijadikan alternatif yang tepat sebagai penawar kepada segala ‘penyakit’
yang diidapi oleh dunia hari ini.

Akhirnya apakah tidak mampu digandingkan Y.A.B Perdana Menteri, Y.B Tun Dr. Mahathir, Y.B Dato Sri Nik Aziz dan barisan ulamak menjana semula aliran
pemikiran baru kepada pemimpin pelapis yang ada… bukan imaginasi tapi jika
diusahakan pasti menjadi satu realiti… muga minta Dato Sri ulas untuk petunjuk awal perpaduan kita boleh dijadikan
bukti keamanan yang menjadi kuci kejayaanh Malaysia dan rakyatnya.

Sekian Terima Kasih.

Sdr mustar haniff,
InshaAllah saya akan tiba di Doha hari ini 15 Julai.
1. Kesejahteraan dan pengagihan ekonomi berlandaskan prinsip keadilan. Negara perlu memacu pertumbuhan, tidak akan menyekat inisiatif atau kemunculan gulungan kaya. Dasar percukaian, pengagihan peruntukan negara, langkah pembasmian kemiskinan, peluang pendidikan dan perubatan bagi rakyat mestilah diberikan keutamaan. Pemimpin tidak bolih dibenarkan mengaut kekayaan, memberikan kontrak Kerajaan, saham AP dan lain lain, kepada keluarga dan kroni. Lebih parah ialah manakala rasuah menular.
2. Ini cuba saya ungkapkan dalam kertas saya selaku Presiden Accountability, mengenai pembahagian kuasa, kebesan media dan badan kehakiman. Negara perlu mengamalkan sistem yang telus, tender terbuka.
3. Pimpinan perlu jujur dan berwibawa, sistem pendidikan juga mesti menekankan soal kemurnian ilmu, ekhlak dan nilai etika.
4. Kuasa veto muncul sebagai sistem PBB satelah selesai Perang Dunia Kedua. PBB perlu reformasi dan lebih demokratik.
5. Pendidikan dan tarbiyah.
6. Umat Islam perlu meningkatkan kefahaman , melaksanakan sistem yang adil, menolak diskriminasi dan kezaliman. Ini lebih berkesan dari retorik kosong.
7. Perpaduan tertegak atas prinsip ikhlas melaksanakan keadilan. Kita perlu berusaha, tetapi jangan membuat andaian mudah. Sekiranya rakyat terus dibedil, pimpinan mereka dipenjara, rasuah menular, tanggungjawab kita yang utama ialah membetulkan kepincangan tersebut. Wallahualam.


0 Responses to “Jawapan Kepada Mustar Haniff”


  1. No Comments

Leave a Reply