15
Jul
06

Israel dan negara Arab

Saya berada di Dubai menghadiri mesyuarat. Petang tadi saya ke Studio Televisyen Al-Arabia untuk ditemu ramah isu accountability dan pengurusan. Tetapi dengan kemelut hangat di rantau ini akibat serangan Israel berterusan di Gaza dan kini di Lubnan, saya di minta mengulas ketegangan di dunia Arab.

Kita menolak keganasan tetapi dengan mengekalkan penaklukan wilayah Palestin dan Gaza oleh Israel, bedilan ke rumah, pejabat dan orang awam; dan kini serangan di Lubnan akan menyemarakkan kemarahan yang pastinya menjurus kapada keganasan.

Kebiadapan Israel di Gaza dan di Lubnan adalah keterlaluan. Dan umum menganggap keangkuhan Israel ini mungkin kerana dokongan Amerika. Ulasan Presiden Bush yang mengecam Hizbullah tetapi mempertahankan tindakan Israel membuktikan bahawa dasar luar Amerika tempang dan tidak adil.

Selain itu saya di soal mengenai isu politik Malaysia, Setiausaha Agung PBB dan kelemahan negara-negara Islam terutama dalam isu kebebasan dan pertumbuhan ekonomi


7 Responses to “Israel dan negara Arab”


  1. 1 SERIgala Jul 15th, 2006 at 2:48 am

    Apa yang dikhuatiri kebiadapan rejim Israel akan melarat ke negara2 Arab lain, parah jadinya. Perkara yang selalu mengasak benak saya dangkal ni ialah seolah2 tidak ada persatuan hati di kalangan umat2 Islam. Umat2 Islam menjadi perisai hidup utk mencuba senjata2 perang baru pihak mereka. Dunia ada PBB, kita ada OIC tapi keganasan dan kebiadapan Israel terus memuncak. Kita, rasa saya, hanya mampu berdoa saja kpd saudara2 Islam kita di sana…

  2. 2 monaz Jul 17th, 2006 at 7:56 am

    Selagi kita tidak punya semangat jihad dalam erti kata yang sebenarnya, kita tidak akan ke mana-mana. Engagement dengan para pemuka yahudi seperti Wolfowitz dan beberapa orang lagi yang cuba dilakukan oleh DSAI akan menemui jalan buntu. Al-Quran dan Al-Hadis jelas menyatakan bahawa golongan ini adalah musuh yang tidak ada gunanya kita berbuat baik dengan mereka sama sekali. Tidak yakinkah kita dengan ayat Allah dan hadis Rsulullah. Marilah kita isytihar perang terhadap mereka.

  3. 3 ajaque Jul 19th, 2006 at 1:25 am

    Pada pendapat saya,kita harus berusaha merealisasikan Sistem Khalifah, sistem yang membuatkan Umat Islam, umat yang gah di atas muka bumi Allah satu ketika dulu. Diharap saudara DS Anwar dapat mengatur langkah pertama ke arah ini.

  4. 4 monaz Jul 20th, 2006 at 8:18 am

    Saudara ajaque… Sistem Khalifah tu ok kalau amirul mukminin nya ok. Kalau amirul mukminin kita mempunyai sifat-sifat Khalifah Ar-rasyidin atau Umar Abdul Aziz, saya tidak bermasalah untuk berbaiah terhadapnya. Tapi kalau amirul mukminin yang ada la ni, minta maaflah.

  5. 5 ajaque Jul 21st, 2006 at 3:44 am

    Bagi saya konsep Sistem Khalifah ini bukan tertumpu kepada Malaysia sahaja. Ia satu yang amat besar. Ia berkonsep “Islam adalah satu negara”, di mana Malaysia, Arab,Iraq, Indonesia adalah seperti sebuah wilayah dalam sebuah negara Islam yang berdaulat di bawah pimpinan seorang Amirul Mukminin. Jadi semua dasar akan merujuk kepadanya. Konsepnya sama seperti Pope(Kristian) skrg, tapi bezanya Pope cuma handle bab keagamaan sahaja manakala Amirul Mukminin akan handle semua aspek kehidupan dimana kita tahu bahawa ISLAM memang merangkumi semua nilai nilai dan peraturan peraturan hidup.

    http://mykhilafah.com/home.htm

  6. 6 Elham Jul 24th, 2006 at 5:33 am

    Setelah apa yang saya pelajari sewaktu saya di sekolah agama dulu ..teringat la pula pada tanda2 awal kiamat…di mana umat Islam akan berbalah sesama sendiri…dan banyak lagi…kita umuat Islam sekarang nie lebih kepada duniawi yang kita terlalu takut akan kehilangan kesenangan dunia dan lebih rela umat Islam lain dicerca, di hina, di siksa…inilah yang sudah tersemat di dalam hati orang - orang arab sekarang..terlalu mementingkan diri sendiri. Saya rasa, ini juga agenda US untuk menekan Iran supaya menggunakan tenaga nuklearnya dalam membalas serangan Israel…apabila ianya benar2 berlaku..US ader sebab yang kukuh untuk menyerang Iran…busuk sungguh hati mereka…dan orang arab bukan tidak sedar akan hal ini..tetapi mereka sengaja menutup mata untuk mengelakkan negara mereka pula di serang…

  7. 7 Sakura Jul 26th, 2006 at 9:05 am

    Assalamualaikum saudara Anwar,

    Sudah sekian lama saya tidak berkesempatan untuk berkongsi pendapat, apatah lagi dengan pemimpin hebat seperti saudara. Alhamdulillah, mendapat tahu tentang kewujudan blog ini, maka saya akan terus menerus mengikuti perkembangan saudara. Beberapa ceramah saudara juga telah saya kunjungi sejak kembali dari menuntut di Jepun suatu ketika dahulu. Ini kerana ayah saudara adalah pejuang di dalam sebuah parti pembangkang, dan seringkali mengajak saya supaya menghadiri ceramah saudara ataupun pemimpin-pemimpin lain yang juga sealiran.

    Kemenangan Hamas di Palestin menjadi salah satu petunjuk betapa perjuangan Islam dan Keadilan harus diteruskan. Walaupun, konsep perjuangan itu dikatakan berlainan di setiap negara yang sedang bergolak, namun agama dan keadilan adalah teras perjuangan semenjak Adam dan Hawa menjejakkan kaki di muka bumi lagi. Setelah pertumpahan darah pertama kali berlaku, akhirnya kini pertumpahan darah masih berlaku samada demi keadilan mahupun menegakkan agama yang benar.

    Saya menyokong segala perjuangan saudara Anwar, dan sentiasa berdiri di belakang untuk sedikit sebanyak cuba mencabar minda rakyat yang dahagakan kebenaran, sering cuba menyedarkan mereka yang mana satu keadilan dan penipuan. Kerana, kita sedari dan tahu bahawa di akhir zaman, sungai yang berapi disangkakan boleh menghilangkan dahaga, sungai yang jernih disangkakan larva berapi yang membunuh manusia.

    Teruskan perjuangan, kerana perjuangan yang hak adalah perjuangan yang sukar, dan sesuatu yang sukar, ada manis di penhujungnya, di mana, setiap kejayaan itu datangnya dari Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui setiap ujian yang ditimpakan ke atas hamba-hambaNya.

    Jumpa lagi….

Leave a Reply