14
Jul
06

Tiada ruang untuk kebiadapan dan fitnah di sini

Saya menghormati soalan dan diskusi yang relevan dengan tema kewujudan blog ini. Sebarang kebiadapan dan serangan peribadi boleh dilanjutkan di blog atau laman web lain. Banyak persoalan yang lebih utama untuk membangunkan negara perlu saya tangani.

Anwar


6 Responses to “Tiada ruang untuk kebiadapan dan fitnah di sini”


  1. 1 cendekiadoc Jul 14th, 2006 at 3:22 pm

    Assalamu alaikum wm wb.
    Saya bersetuju dan menyokong pendirian Sdr DSAI. Sebagai orang yang matang dan mempunyai akhlak yang tinggi kita tidak sepatutnya bersikap biadap menghentam peribadi seseorang. Sebagai orang yang berprinsip kita sentiasa menyokong kebenaran ; dalam hal perbedaan pendapat kita hendaklah mengikuti prinsip empat imam besar mazhab yang tidak menghentam satu sama lain. Kita mesti bersetuju untuk tidak bersetuju, tidak boleh taksub kepada pendapat terutama sekali dalam soal furu’yah.
    Semuga DSAI terus sihat untuk memimpin fenomena dan gerakan REFORMASI. Jazakallahu khairan

  2. 2 SERIgala Jul 14th, 2006 at 3:51 pm

    DSAI, manusia berperangai pelik ramai di atas dunia ini. Mungkin kerana masih kekurangan tahap kematangan, sengaja tidak mahu memahami sistem penilaian sejagat, memungkinkan mereka berperangai sedemikian rupa. Walau bagaimanapun anggaplah mereka ini sebagai ‘pewarna’ atau ‘pencukup koram’ dlm kancah dunia siber.

    Saya berpandangan begini - selagi nama DSAI meniti di mulut rakyat, maka selama itulah rakyat mengingati akan kehadiran saudara. Saudara sudah tentu maklum dgn onak duri yang telah ditempuhi oleh Rasul di dalam perjuangan Baginda begitu juga dgn worlds’ history maker personalities. Apa jua perancangan yang kita buat, perancangan dan ketentuan Allah adalah yang haqq.

    Usah gundah gulana dgn perkara2 remeh temeh yang sentiasa akan dibangkitkan hari demi hari. Saudara telah melalui banyak pancaroba di dalam perjuangan. Calang2 orang sudah lama akan pencen terus dari berjuang. Ayuh, istiqamah dalam perjuangan. Rakyat marhein sentiasa mengingati pengorbanan yang telah saudara lalui!!!

  3. 3 adihamka Jul 15th, 2006 at 2:02 am

    Teringat isi ceramah Ustaz Ismail Kamus..
    orang yang lemas,disebabkan terdesak,keladi pun direntap agar tak lemas..
    demikian lah orang-orang yang cuba menimbulkan kekecohan di sini.sayang,ada akal tak digunakan sebaik mungkin.cetusan provokasi takkan gugat keyakinan terhadap perjuangan.

  4. 4 ibnu_mohamad Aug 8th, 2006 at 3:06 am

    Dato Seri, saya cadangkan supaya blog Dato Seri ini mempunyai sistem yg membolehkan Dato Seri menapis dan kemudian delete soalan atau posting yg berbaur jahat dan biadap sebegitu. Saya sokong Dato Seri. Dato Seri adalah idola saya semenjak saya di Tingkatan 5. Dato Seri ketika itu menteri pelajaran datang melawat sekolah saya SMKA Sultan Azlan Shah di Seri Iskandar Perak. Bagi saya Dato Seri adalah tokoh ulung dan negarawan sejati yg menjadi contoh ikutan saya….dulu, kini dan selamanya.

  5. 5 zakiyamani.blogspot.com Aug 8th, 2006 at 3:19 am

    Salam ibnu mohamad.

    saya juga menghormati Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi saudara, untuk mengatakan dulu, kini dan selamanya? saya sangat tidak selesa dengan kenyataan sebegitu.

    Bukan kerana itu slogan UMNO. Tetapi lebih kerana saudara hanya seorang manusia, begitu juga Anwar Ibrahim. Justeru bagaimana saudara tahu akan selamanya beliau menjadi contoh ikutan?

    Kita sekadar manusia

  6. 6 ibnu_mohamad Aug 9th, 2006 at 1:42 am

    UMNO, KEadilAN, PAS adalah cuma wadah perjuangan, kalau niat untuk menegakkan kalimah Allah menjadi sandaran, wadah bukan menjadi halangan, saya rasa tidak salah meminjam Dulu, Kini, Selamanya yg dipopularkan oleh UMNO. Jangan krn kebencian kita pd sesuatu kaum menjadikan kita membenci segalanya hingga hampir saja mengenepikan sikap berlaku adil.
    Kalau seorg negarawan terbilang menjadi idola dari dulu hingga kini, pastinya selamanya kebaikan beliau akan tetap kita kenang dan hargai selamanya……….

Leave a Reply