Kenyalang, jawapan kepada soalan anda di shoutbox:
Pendedahan saperti ini adalah bermusim saperti isu AP, rasuah pemimpin dan lain-lain. Berita tersebut membantu meningkat kesedaran rakyat. Tetapi percayalah bahawa tidak akan ada tindakan bermakna.
Anwar
















minta maaf dsai,sy agak daif dlm ilmu ini.kenapa ds berkata bhwa tidak akan ada tindakan bermakna?..tolong ulas sedikit,sy ingin mengetahui lebih lanjut arena politik di mata ds.
Biar saya jawab bagi pihak DSAI. Tidak akan ada tindakan bermakna bermaksud, ya lah sekarang ni semua orang bising pasal AP, jambatan bengkok dan sebagainya tetapi tindakan kepada semua penyelewengan ini tidak akan berlaku. Cakap sahajalah kita ni. Habuk pun tak ada. Marah bukan kita tak marah akan semua penyelewengan itu. Tetapi apabila tiba pilihanraya, hantu-hantu dan penyangak itu jugalah yang kita pilih sebagai pemimpin kita. Syabas rakyat Malaysia. Itulah maksudnya.
terima kasih monaz..jadi dlm erti kata lain, kita hanya mampu melihat kerakusan kelompok ini menganiaya our mother earth..itu adalah mustahil.tidak kah ada jalan lain atau ‘booster’ untuk satu pihak membuat perubahan,takkan lah kita dok mendongak hingga kiamat?
Terlalu banyak Silent Majorities kat negara kita. Yang nak ada perubahan tapi taknak bergerak kearah perubahan.
Saya melihat pekara ini begini. Kata-kata Mahathir, ‘melayu mudah lupa’ ada kebenarannya. Malah saya ingin menambah, ‘rakyat Malaysia memang mudah lupa’. Bukan melayu sahaja.
Tahun 98-99 kita bisinglah satu Malaysia, reformasi. Pada masa tu orang melayu yang boleh mengundi telah memilih Barisan Alternatif. Orang Cina dengan India takut dengan perubahan.
Tahun 2003-04, Dah lupalah semua mangkok-mangkok tu dengan reformasi. Malah mamat-mamat yang berucap di pentas-pentas reformasipun majoritinya dah tukar ‘coat’. Ah!! melayu lupa lagi. Cina dan India macam tulah, atas alasan biz, atas alasan stability balik-balik sokong BN.
Sekarang ni harga minyak tengah naik. Tariff Letrik naik. Harga barang naik. Marahlah.
Tapi tu lah. Tengok dekat-dekat nak pilihanraya nanti. Adalah kerajaan umum macam-macam gula-gula untuk rakyat. Habis semua dok pangkah BN. Saya boleh ramalkan PM masa tu Pak Lah. Najib masih jadi deputy. Shafie Afdal yang tak tau nak atasi masalah gula dan disel masih jadi menteri. Dan yang pasti rakyat masih merungut dan marah-marah. Masa tu dia lupa dia yang memangkah BN dalam pilihanraya.
Saya pernah mengulas hal “Melayu mudah lupa” dalam blog saya seperti saudara monaz di http://ajaque.blogspot.com/2006/03/rakyat-malaysia-pengecut.html
Tahniah saudara ajaque. Inilah kali pertama saya membaca hasil pemikiran saudara dalam blog saudara. Harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang mempunyai pemikiran seperti saudara.
itu lah Malaysian,masing-masing sebab nak jaga periuk nasi, takut thru voting boleh affected kehidupan seterusnya.
Namun, sy masih kurang puas hati dengan Media-media tempatan kita yang 100% tidak telus!jika ada pun yang memberi informasi yang cuba memberi kesedaran kepada rakyat betapa Jahil nya kerajaan kita sedia ada,namun ia masih gagal sebagai suntikan kepada Perubahan Mentaliti ‘Malaysian”!mungkinkah sesetengah publications tidak direcognised? Sebab melalui informasi yang jitu dan in-depth,sy rasa ia sedikit sebanyak boleh membantu penukaran corak pemikiran rakyat,khususnya Generasi akan dtg untuk menilai.
Sbb Future Govt terletak di tangan generasi baru.
Okay, berbalik kepada isu Balak,di Sibu,belum pun media electronic membuat liputan kwsn pembalakan haram, dah pun satu insiden tembak menembak berlaku..keadaan spt ini mmg susah nak dikawal, tapi jika Swak Forestry Corp. yg diswastakan bg mengambil alih kerja pemntauan Jbtn Pehutanan di Swak lebih firm,sudah tentu insiden spt ini tidak berlaku…
ok,sy nak tanya,anda realise tak liputan di Sarawak sudahpun dan semakin berkurangan disiarkan melalui Berita TV Swasta..klu ada pun,cuma bacaan teks,xda visual.RTM mmg la ada siarkan,tp biasala media kjaan..Jadi,kesimpulannya,tanpa media yg betul2 menepati MEDIA ETHICS-YG HARUS BERSIKAP NEUTRAL-maka kepincangan di dalam informasi seimbang akan terus berlarutan…
Salam semua.
Tertarik dgn isu menukarkan minda rakyat umum utk tidak terus menerima momokan kosong parti pemerintah yg sentiasa menggula-gulakan rakyat bila tiba pilhanraya.
Ingin saya menarik perhatian Dato Seri dan rakan sekelian, saya mempunyai pandangan sebegini. Barisan Alternatif mempunyai ramai kader-kader yg berkaliber yg telah cukup ampuh dan mapan mengadun permasalahan dan rencam ragam parti politik PAS KeADILan dan lain.
Saya pernah terfikir bahawa apa yg berlaku sekarang, kebejatan dan penindasan serta ketidak adilan yg dilakukan oleh pemerintah sekarang tidak lain dan tidak bukan bertitik tolak dari 2 kesalahan besar kita rakyat Malaysia dan org Melayu secara khususnya.
1. Ramai dari kita yg terus memilih UMNO dan mengundi mereka pada tiap kali pilihanraya.
2. Kesilapan kita semua kerana MENINGGALKAN UMNO KEPADA MEREKA YG TIDAK ADA KEFAHAMAN AGAMA.
Saya suka menarik perhatian saudara semua kepada kesalahan no 2. Saya merasakan bahawa kita sepatutnya tidak meninggalkan UMNO untuk dihurung oleh mereka yg korup. Kita yg ada kefahaman dlm agama sepatutnya masuk menyertai UMNO secara beramai-ramai. Apabila UMNO yg telah dipilih oleh silent majority kita biarkan ditunggang oleh mereka yg korup, ini la hasilnya . Kita marah krn isu agama diperlekehkan, tapi kenapa kita yg faham agama tidak mahu menyertai UMNo dan menjadi suara dalaman yg membantah. Kalau ramai yg faham agama dlm UMNO, pastinya mereka yg korup tak berani berbuat sesuka hati.
Ramai yg mengatakan bahawa UMNO adalah tong taik, oleh itu nak cuci adalah mustahil. Bagi saya mustahil jika kita nak cuci dari luar, apakata kalau ramai kader2 yg hebat pemahaman agamanya dari kalangan ahli PAS masuk secara diam2 menyertai secara beramai-ramai UMNO, dan kita mampu bukan saja mencuci malah membuat reformasi yg perlu. Saya berdaftar sbg ahli PAS dan jugak ahli UMNO.
Saya setuju bahawa reformasi hanya boleh dilakukan jika parti pemerintah yg korup ini kita jatuhkan. Cuma yg menjadi keresahan saya ialah, masa sekarang ini, yg memerintah adalah UMNO dan BN, kita hanya bercakap diluar. Kita perlu lakukan sesuatu terhadap UMNO dan BN dgn cara menyertai secara beramai-ramai, dan menjadi grassroot UMNO. Andaikata grassroot UMNO terdiri dari kita yg benar2 memahami agama, sedikit sebanyak, anak muda yg disogok utk menyertai UMNO hanya dgn tiket Pertandingan BOlasepak Piala Ketua Pemuda dapat kita berikan kesedaran tentang betapa korupnya pemimpin atasan dlm UMNo.
Inilah yg sedang saya buat. Saya menyertai UMNO (pernah menjadi Timbalan Ketua Pemuda Cawangan) dan cuba menceritakan dan menjadi pemberi buah fikiran kpd barisan pemuda cawangan yg saya sertai. Jujur saya akui, SUKAR bg saya krn saya sendirian. Ini krn hanya saya dan Ketua Pemuda Cawangan, kami berdua sahaja yg cuba melakar hala tuju baru dan cuba menepis kebejatan diperingkat akar umbi dgn penuh kepayahan. Kami bertindak begini kerana khuatir nanti dipersoalkan di akhirat “Mengapa dibiarkan parti pemerintah terus dgn kebejatan, dan kamu tinggalkan dia dlm kebejatan tanpa cuba berbuat sesuatu.” Itu la sebabnya saya mencuba. Semoga Allah mengiranya sbg usaha utk menegakkan keadilan. Saya ada keyakinan, jika peringkat akar umbi mempunyai kefahaman yg jitu terhadap agama, mudah saja nanti kita tumbangkan parti pemerintah atau setidak-tidaknya kita dapat menjadikan akar umbi UMNO yg faham agama yg akan membantah segala kebejatan pemimpin atasan.
Saya ingin mendapat pandangan Dato Seri dan rakan2 lain berhubung dgn pendekatan yg saya dan rakan saya ambil ini. Apakah boleh kita kembangkan, dan kita latih pendakwah2 muda kita dan kita hantar menyertai UMNO, dan cuba membetulkan diperingkat akar umbi dan kita bina kekuatan kita didalam UMNO sendiri.
Apa pandangan Dato Seri terhadap perkara ini…
Sekian. Maaf jika ada yg tersinggung
Begini. Apa yang saudara utarakan telah cuba dilakukan oleh DSAI bersama ramai rakan-rakan ABIM sekitar tahun 80an. Membersihkan UMNO dari dalam adalah slogan lama. Malah saya sendiri akui saya atas kecintaan kepada Islam dan melihat DSAI sendiri masuk UMNO termakan dengan slogan itu. Bayangkan UMNO diISLAMkan. What a dream?
Malangnya, apa yang saya lihat ramai orang yang masuk UMNO atas cita-cita itu telah di’UMNO-cultured’kan. Terbalik kot orang kata. Malah setengah-setengahnya menjadi UMNO lebih dari UMNO. What a nightmare?
Jadi kesimpulannya saudara, life goes on. Tinggalkan UMNO dengan kebobrokannya. Kita perlu ke depan dengan asas Islam yang sudah barang tentu mendapat keredhaan Allah. Insya’Allah.