14
Jul
06

Mengenai Propaganda KMU

Saya kurang cenderung melayani fitnah UMNO berterusan menghina dan mengecam saya sepanjang 8 tahun. Mereka punyai jentera termasuk melalui kursus BTN dan wang jenuh (saya sebut RM 8 Bilion dalam afidavit mahkamah). Tanya saja, siapa yang mengkhianati amanah memunggah kekayaan dan khazanah negara untuk keluarga dan kroni. Mengapakah mereka terus gagal untuk mengangkat martabat bumiputera, termasuk kini dengan jumlah pengangguran puluhan ribu siswazah Melayu dan jurang kemiskinan yang kian melebar?

Memang saya mengenali Paul Wolfowitz. Pendekatan saya berbeda dari sikap pimpinan Kerajaan BN yang mengemis memohon untuk menemui Presiden Bush dengan terpaksa membayar jutaan ringgit melalui syarikat lobi Yahudi Abramoff. Satelah bukti ini dikemukakan, pimpinan UMNO dan Kerajaan BN masih tidak dapat memberikan penjelasan. Apa pula yang dibicara dengan pimpinan Amerika? Mereka sekadar bersetuju!

Dalam ucapan saya di Bank Dunia dihadapan Paul Wolfowitz, saya secara terbuka menyebut perbedaan pendapat saya mengenai soal dasar dengan Paul Wolfowitz. Penentangan saya terhadap penaklukan dan tindakan Amerika di Iraq diketahui umum.

Tugas saya dahulunya di Universiti Oxford, SAIS di Universiti Johns Hopkins dan kini Profesor di Universiti Georgetown yang amat dicemburui pimpinan UMNO tidak ada kaitan dengan Paul Wolfowitz. Peranan saya selaku konsultan Bank Dunia tidak saya sambung selepas bulan Mei. Laporan saya menegur kelemahan Bank Dunia, termasuk isu penipuan dan rasuah negara-negara dan institusi antarabangsa. Pimpinan UMNO tentunya rungsing dengan kenyataan tersebut kerana mereka terpalit dengan najis tersebut.

Anwar


0 Responses to “Mengenai Propaganda KMU”


  1. No Comments

Leave a Reply