ramnan zul menanyakan:
Menerima keahlian mereka yang bermasalah semasa dari luar parti serta memberikan jawatan memberikan padah kepada parti. Ini sering terjadi kpd PKR. Akhirnya PKR juga yang rugi kerana mereka akan memburukkan PKR tatkala keluar atau terpaksa keluar dari parti. Mohon komen DS.
ramnan zul
Saya setuju dengan peringatan sdr. Pengalaman mengajar kita. Ada yang melompat kerana ingin menarik perhatian, tetapi mereka jarang kekal.
Dalam kes Tan Sri Khalid dan ramai kalangan lainnya dalam Keadilan, penyertaan mereka adalah di kala nama mereka masih harum dan tenaga mereka amat diperlukan.
















Saudara Anwar,
1) Menyedari akan “kelemahan” Suruhanjaya Pilihanraya, apakah strategi PKR untuk mengatasi perkara tersebut. Saya merasa sedikit kecewa bila segala penat lelah kita. bekerja kuat untuk pilihanraya, di”override” dengan senang oleh SPR. Bagaimana kita perlu atasi masalah pengundi hantu dan undi pos yang telah banyak menyebabkan kekalahan pasukan pembangkang pada sebarang pilihanraya.
2) Komen Saudara mengenai perlunya menghapuskan DEB sedikit membimbangkan saya. Apakan orang Melayu sekarang sedia bersaing dengan bukan melayu, terutama dalam bidang ekonomi? Apakah implikasi cadangan Saudara itu kepada orang Melayu, tidakkah sokongan dari mereka akan berkurang? Saya bimbang nanti orang Melayu nanti merempat di tanahair sendiri. Tidak bolehkah kita teruskan DEB dengan cara yang betul, bukan dengan cara UMNO sekarang?
3)PKR adalah satu parti berbilang kaum dan agama. Apakah PRK akan terus memperjuangkan Islam sebagai agama rasmi kita dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
Saudara Zahir, ada 4000 orang Melayu di Dubai sebagai jurutera dan pakar IT. Mereka tidak merempat tetapi mereka membangunkan Dubai sebagai salah sebuah bandar termoden di dunia. Mungkin 20 tahun dari sekarang Dubai akan lebih besar dan maju dari KL.Kalau orang Melayu boleh membangun kota orang lain mereka tidak akan merempat di negeri sendiri. Saya yakin orang Melayu cukup kuat dan berinisiatif. Orang Melayu akan lebih berjaya dan berdayasaing tanpa perlindungan. Ahli ekonomi Thomas Sowell ada membuat kajian seluruh dunia tentang perlaksanaan dasar-dasar seperti DEB. Tidak ada yang berjaya.
question post at http://www.umno-reform.com PAS pernah melahirkan persetujuan sekiranya UMNO mentadbir negara ini atas landasan Islam maka PAS sedia bubarkan parti dan menyertai UMNO? Adakah sebenarnya ini merupakan ‘ ultimate aim’ Anwar Ibrahim, atas nama penyatuan Melayu dan Islam untuk membawa PAS menyertai UMNO sekiranya beliau di jemput menyertai semula UMNO?
Tuan Anuar Mohd Nor, biarlah Umno dan Pas dengan angan-angannya. Keadilan mahukan perpaduan rakyat Malaysia. Perpaduan Melayu sahaja tidak cukup. Dimana nak diletakkan orang Cina, India, Kadazan, Iban dll. Mereka juga rakyat Malaysia. Mereka juga bayar cukai dan sama-sama membangunkan negara. Bahasa politik kita perlu ditukar dari perpaduan Melayu kepada perpaduan Malaysia.
Assalamualaikum DSAI, telah terlintas dalam fikiran bahawa perbalahan antara Abdullah dan Mahathir adalah satu perbalahan yang juga akan menggugat kedudukan saudara yang mana kini telah bebas daripada segala tuduhan suatu ketika dahulu. Cetusan beberapa perkara tidak puas hati Mahathir terhadap Abdullah adalah hanya satu luah berbentuk perisai bagi menutup perkara sebenar yang begitu menyakitkan hati beliau terhadap Abdullah. Saya yakin, setelah Mahathir melepaskan kuasanya dan diberikan kepada Abdullah dengan diiringi beberapa syarat dan perjanjian yang perlu Abdullah patuhi. Namun Abdullah dianggap mungkir janji. Pembebasan saudara (DSAI) adalah perkara sebenar yang paling membuatkan Mahathir terluka. Maka dengan ini keluarlah beberapa persoalan yang mempertikai kesilapan kepimpinan Abdullah. DSAI, saya yakin agenda Mahathir adalah bukannya satu, tetapi dua, yakni menjatuhkan Abdullah yang dianggap sebagai mungkir janji kerana membebaskan Mahkamah dan saudara, kedua, untuk memastikan bahawa cerita fitnah beliau terhadap saudara tetap relevan lalu akan menghukum semula saudara. Saman saudara terhadap Mahathir adalah satu perkara yang meyukarkan hidup beliau setelahmana angan-angan untuk hidup selesa selepas bersara berkecai. Oleh yang demikian, saya berharap agar DSAI tidak memandang ringan pertelingkahan antara Abdullah dan Mahathir, ini kerana ia juga akan melibatkan saudara sekiranya Mahathir berjaya menjatuhkan Abdullah dan menaikkan orang-orangnya sebagai pengganti. Wassalam.