02
Jul
06

Sokong Tindakan Pak Lah Batal Projek Mega Dr M

Hanya projek -projek yang memberi faedah kepada rakyat perlu disokong dan diteruskan……… (Malaysiakini melaporkan dengan tajuk Anwar Sokong Tindakan Pak Lah Batal Projek Mega Dr M)

Anwar sokong tindakan Pak Lah batal projek mega Dr M
Muhammad Razif

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan pentadbiran sekarang membatalkan projek-projek mega yang hanya membazir dan tidak membawa faedah kepada rakyat.

“Hanya projek -projek yang memberi faedah kepada rakyat perlu disokong dan diteruskan,” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai kemarahan Dr Mahathir terhadap tindakan kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membatalkan projek-projek yang ditinggalkan oleh pentadbiran Dr Mahathir

Bagaimanapun, beliau mengulangi gesaannya supaya Abdullah tampil menjawab segala tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Mahathair terhadap pentadbirannya.

“Segala kritikan itu perlu diberi jawapan yang memuaskan, apa lagi apabila ia datang dari seorang bekas Perdana Menteri seperti Dr Mahathir.”

“Perdana Menteri patut menggunakan peluang ini untuk menjelaskan segala-galanya dan membuktikan keterbukaan, termasuk membenarkan media menyiarkan segala kenyataan Dr Mahathir dan pembangkang,” ujarnya.

Bercakap dalam sidang media di rumahnya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini, Anwar bagaimanapun mengingatkan bahawa rakyat tidak perlu diheret sama dalam krisis peribadi mereka berdua.

Ssepatutnya, kata beliau, kerajaan dan rakyat memberi tumpuan kepada usaha memerangi rasuah dan memacu ekonomi, dan bukannya dibelenggu oleh pertikaian peribadi kedua-dua pemimpin itu.

‘Ekonomi lembab’

“Lebih baik tumpu pada usaha memulihkan ekonomi negara. Ekonomi kita berada dalam keadaan lembab sejak sekian lama. Ekonomi kita tiada arah tuju dan nampaknya pelabur asing tidak tertarik dengan negara ini,” tambahnya.

Abdullah mengambil sikap membisu sejak Dr Mahathir mengkritikannya secara terbuka ketika ini. Beliau sekadar mengarahkan anggota kabinetnya menjawab segala dakwaan Dr Mahathir itu dan mempertahankan keputusan dan dasar-dasarnya.

Selain menteri kabinet, para Menteri Besar, Ketua Menteri dan para pemimpin Umno turut mempertahankan segala dasar dan kedudukan Abdullah. Semalam Perdana Menteri dan keluarganya berlepas untuk bercuti ke Australia.

Menyentuh dakwaan Dr Mahathir yang berita dan kenyataannya telah disekat daripada disiarkan di media arus perdana, Anwar berkata, perbuatan menyenarai-hitam seperti itu adalah suatu yang tidak adil, tidak demokratik dan tidak bijaksana.

“Kalaupun amalan seperti itu diamalkan pada era Dr Mahathir, kita tidak sepatut mengulanginya,” tegas beliau.

Bekas Timbalan Perdana itu menegaskan, hak Dr Mahathir untuk bersuara mesti dihormati dan dipelihara kerana semua rakyat berhak menyuarakan pandangan atau mengkritik dasar kerajaan.

“Saya masih menghormati hak Dr Mahathir untuk menyuarakan pendapatnya,” kata Anwar lagi.


17 Responses to “Sokong Tindakan Pak Lah Batal Projek Mega Dr M”


  1. 1 padamar Jul 3rd, 2006 at 5:12 am

    Assalamualaikum,

    Saya ingin mengemukakan sedikit pandangan dari satu sudut kenapa Dr. M tidak puashati dengan pembatalan Projek Jambatan ke Singapura.

    Intipati projek tersebut pada pandangan saya adalah untuk melihat tambak johor digantikan dengan satu jambatan yang baru dan moden yang mana dengan adanya jambatan tersebut, dua laut dapat bertemu semula setelah sekian lama terpisah. Secara tidak langsung ia lebih menguntungkan Malaysia dari aspek pembangunan ekonomi gerbang selatan terutamanya Johor. Bayangkanlah kapal-kapal kecil dan kapal-kapal layar boleh melalui selat Johor, sudah pasti secara tidak langsung pelaut-pelaut moden boleh melalui selat Johor tanpa berpusing jauh melalui selatan Singapura. Dalam dunia yang semakin maju, ramai peminat-peminat kapal layar, bot-bot mewah boleh berlabuh di perairan Johor, ini secara tidak langsung dapat menggerakkan ekonomi Johor kerana antara Singapura dan Johor, Johor mempunyai kelebihan dari segi kos.

    Kenapa Singapura meminta perkara yang sensitif sebagai galang ganti pembangunan Jambatan baru tersebut? kerana Singapura melihat pembinaan jambatan tersebut sedikit sebanyak akan menggangu penguasaan sektor pelabuhannya dan mau tidak mau secara sendirinya mereka terpaksa pula bersaing dengan Johor. Ini dapat dilihat dengan adanya Pelabuhan Tanjung Pelepas. Persaingan ini sebenarnya lebih memihak kepada Malaysia kalau dilihat jauh kehadapan. Sebagai sebuah negara yang ingin menjaga kepentingannya Singapura akan cuba menggagalkan dan melambat-lambatkan pembinaan jambatan tersebut walaupun secara rundingannya, jambatan tersebut terpaksa juga dibina atas dasar kerjasama sebagai sebuah negara jiran, dan kini Singapura boleh menarik nafas lega kerana perundingan baru mungkin akan memakan masa lebih lama atau pun tidak mungkin langsung berlaku kerana telah wujud satu sentimen dikalangan rakyat Malaysia berhubung dengan permintaan yang sengaja dibuat oleh Singapura. Pada pandangan saya, Singapura terpaksa berbuat demikian kerana untuk menjaga survaival negaranya dan lagi mereka belum cukup bersedia untuk menerima pesaing baru dalam sektor perkhidmatannya yang menjadi tulang belakang kemajuan dan ekonomi Singapura selama ini.

    Jadi, tindakan Tun Dr. M untuk tidak bersetuju dengan pembatalan Jambatan tersebut ada relevannya. Satu, sudahlah Jambatan dibatalkan, rakyat terpaksa pula membayar pampasan kepada Kontraktor yang terlibat, bukan sedikit yang terlibat malah banyak juga sub-sub kontraktor yang turut terlibat. Secara tidak langsung ia turut menjejaskan syarikat-syarikat bekenaan. Oleh yang demikian mereka pun berhak mendapat pampasan atas keputusan berkenaan. Dan kerisauan Tun Dr. M nampak mula menjelma apabila kos pembatalan projek berkenaan hampir sama dengan kos pembinaannya. Siapa yang rugi, rakyat Malaysia juga yang rugi, sudahlah bangunan tidak siap malah terpaksa pula membayar kos pampasan. Lebih jauh lagi, impian kita untuk melihat dua laut bersatu akan menjadi lebih rumit malah mungkin akan memakan kos yang lebih tinggi jika sekiranya suatu hari nanti kita ada keinginan untuk melihat perkara ini berlaku.

    Saya sebenarnya tidak begitu bersetuju dengan pembatalan jambatan berkenaan, apatah lagi rintangan sebenar boleh di atasi atas dasar semangat kejiranan dengan Negara Singapura walaupun negara berkenaan agak berat hati untuk membenarkan Gerbang Selatan menjadi pesaing kepada negaranya. Dan lagi pembatalan projek berkenaan didasarkan dengan sentimen rakyat. Sebenarnya rakyat seperti saya perlu dijelaskan tentang isu berkenaan supaya rakyat boleh menilai dan memahami isu berkenaan tanpa terus mengaktifkan dan membenarkan sentimen yang merugikan negara kita apatah lagi projek berkenaan telah separuh jalan. Saya yakin dan pasti,pembatalan sesuatu projek yang telah diluluskan apatah lagi masih dalam proses perlaksanaannya akan juga merugikan rakyat. Seperti pepatah Melayu, ‘Hangat-hangat Taik Ayam’. Kos penyediaan dan perancangan bukan murah harganya, apatah lagi melibatkan projek mega.

    Mohon Komen DSAI mengenai perkara ini. Kalau boleh biarlah komen tersebut berdasarkan kepentingan rakyat dan tidak didasarkan atas permasalahan peribadi DSAI dengan Tun.

    Sekian Wassalam.

  2. 2 kelapamuda Jul 3rd, 2006 at 2:52 pm

    saya tak pernah kecapi nikmat mana mana projek mega tu.yang saya kena kecapi selalu ialah nikmat mega-harga-barang-naik, gaji dok takok lama. kensel jembatan pun bagus juga, cuba bayangkan harga kos maintenance pula nanti bila dah siap. yang kos maintenance tu lagi teruk pasal ia recurring cost.

  3. 3 adihamka Jul 3rd, 2006 at 3:01 pm

    YB Husam Musa percaya lebih baik teruskan jambatan daripada batalkan..
    respon?

  4. 4 guya_xtra Jul 4th, 2006 at 5:03 am

    Bukan 100j malah 3x ganda yg diminta rm365j??? Apa sudah jadi? Komen sikit DSAI. Apakah Dr M ada syer dlm projek mega ini? Mempengaruhi Gerbang Perdana utk meminta ganti rugi sebyk itu semata-mata utk menunjukkan keputsan membatalkan projek jambatan bengkok sememangnya tidak betul. Sekali gus memperlihatkan kelemahan pimpinan sekrg.

  5. 5 quanko Jul 8th, 2006 at 11:41 am

    Para pelawat AI3.0,

    Cuba lawat satu-satu YB DAP yang bersuara sokongan kepada pandangan DSAI:
    http://tengchangkhim.blogspot.com/2006/06/anwars-view-on-mahathir-vs-abdullah.html#links

    Thursday, June 29, 2006
    Anwar’s view on Mahathir vs Abdullah sensible

    Dato Seri’ Anwar Ibrahim’s view on the issue of Tun Mahathir Mohammad attacking Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi as reported in the Malaysiakini today is clearly a sensible one compared to those of the Barisan Nasional leaders be it from the UMNO, MCA, Gerakan or MIC.

    I agree with him, for which I had also said that in the Astro Chinese talk show “Talking Issues” 2 weeks ago, that what Mahathir had recently said was more of personal attack rather than of reform of the present system which Mahathir himself was one of the makers.
    If the present system were to remain, it would not matter who becomes the Prime Minister. The only hope for change is a thorough revamp of the present system. Bring back the spirit that upholds the rule of laws, doctrine of seperation of powers, and supremacy of constitution, then and only then, we would able to see the light of hope.

    Mahathir’s outburst will not bring about change to the system. That is not his intention and will never be. While some people may enjoy the spat, they must always remind themselves that Mahathir is no hero even if he were to win in the present spat. He is to responsible for what that has happened today for this is part of his “legacy” which his succesor has obediently inherited.

    posted by Teng Chang Khim at 6/29/2006 06:48:00 PM

  6. 6 raja_lanun82 Aug 10th, 2006 at 7:59 am

    isu jambatan ini telah memberi petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Pak Lah adalah satu kerajaan yang tidak konsisten dalam membuat keputusan.Mereka bersungguh mempertahamkan bahawa projek tersebut akan diteruskan. namun akhirnya dibatalkan pada waktu yang terdekat. menteri dalam kabinet tiada upaya menganalisis secara mendalam akan kesan dan akibat pada tindakan yang bakal diambil.

    so, apa lagi yang kita boleh harapkan daripada mereka??

  7. 7 Mat JUsoh Nov 5th, 2007 at 10:29 am

    Saya setuju Singapura untung dapat membeli air dengan harga murah,itu kan ikut nilai zaman dulu bila perjanjian di meterai,pada zaman gaji kakitangan awam mungkin ta sampai lima puluh ringgit.
    Pada tahun 1974 bapa saya menjual tanah seluas dua ekar di Bukit Pasir Muar Johor pada harga 7 ribu ringgit banyak tu pada masa zaman itu.Kini saya risik2 na beli balik terkejut setengah juta rm.
    Memang betul kita rugi duit air tapi kita untung kerana tanah KTM di Singapura pada masa itu ta berapa berapa sen sangat sekarang berbilion dollar. Adat meniaga ada untung ruginya.
    Begitu juga perjanjian jual beli. Dulu bila Genting Highland di terokai kita ketawa gila tetapi bila dah jadi resort orang Melayu terkebil kebil dan menjadi pelanggan. Zaman dulu bila Singapura selepas merdeka menjemput pelabur asing kita marah kita kata ini penjajahan cara baru,tetapi kita sekarang berebut rebut dengan Singapura memancing pelabur.
    Mengenai formula 1 memang betul Singapura hendak meniru Malaysia tetapi bagi yang ta tahu dulu di Singapura dah ada perlumbaan kereta tetapi di berhentikan kerana banyak kemalangan di kalangan pemandu2 muda Singapura terutama penunggang motosikal justeru itu ia di haramkan.
    Kini mungkin raayat mereka dah matang dan sistem pemantauan polis lebih baik dan berkesan kerajaan Singapura dah yakin F1 tidak akan mempengaruhi cara pemamndu mereka memandu di Singapura[ kerana di Malaysia mereka macam orang gila kerana kurang pemantauan agaknya]
    Mengenai kasino di zaman azali Singapura yang majoriti masyarakatnya berbangsa Cina memang pusat judi hingga kini banyak kaki kaki mereka melabur dalam sistem perjudian sama ada halal atau haram di Malaysia terutama di Johor kini mereka na jadi pusat judi dunia ta kan na marah pulak.
    Dalam perniagaan ta ada cakap tiru meniru tengok aje peti sejuk,peti tv,aircond kan banyak jenama yang berkualiti untung yang tidak gulung tikar.
    Ini cakap tiru meniru cakap Macik kepoh aje takan saya beli kereta,perabut dan jiran sebelah beli pun ta boleh dan dikira meniru. Ini kan zaman siapa cepat dia dapat .
    Ta silap saya Singapura yang bina underwater world di Sentosa kita pun tiru. Konsep zoo night safari dan haiwan bebas pun kita tiru. Ta ada saya baca di mana mana akhbar Singapura melenting lenting. Cari lah modal lain untuk pengaruhi pengundi Melayu. Modal menghentam Singapura dah lapuk pengundi muda bertambah bijak

  8. 8 Mat JUsoh Nov 5th, 2007 at 10:31 am

    Jebatan Causeway:-

    Benar Malaysia berhak membina jembatan bengkok untuk menukar jembatan yang sedia ada. Itu hak Malaysia saya setuju.
    Tetapi bila saya hemat pagar hijau yang memisahkan rumah semi detached saya dengan rumah jiran. Saya mula terfikir kalau saya tukar jaring hijau itu dengan pagar baru atau membina tembok lebih cantik
    Bila saya kemukakan kapada jiran saya dia tidak bersetuju keran katanya tembuk yang akan saya bina akan menghalang udara dan cahaya ke rumahnya dan rumahnya akan menjadi gelap dan panas.
    Lagi pulak dia telah menanam pokok2 mengikut arah pancaran matahari yang melalui celah2 jaring pagar itu,bersandarkan aliran cahaya yang melalui jaring itu dia menanam pokok2 import yang bernilai ribuan ringgit itu.

    Kalau saya na juga membina tembok itu dia akan mengadu ke Majlis{PBT} atau mungkin ke mahkamah. Jika saya hendak juga sebagai jiran dia sanggup bertolak ansur, dengan saya memberinya pampasan yang saya kira amat mahal memandangkan pokok2 nya berspesis mahal dan dia tidak akan dapat menanam pokok di lokasi asal nya dan pokok2 import nya mungkin mati.
    Bayangkan Singapura sejak dahulu telah membina tembok mengelilingi kawasan Woodlands untuk mengelak hakisan pantai mengikut kekuatan ombak atau arus dengan mengambil kira Causeway sebagai water break atau benteng [contoh piling untuk rumah dua tingkat kalau dibina rumah tiga tingkat ia akan runtuh ]
    Sekira nya ada jembatan bengkok dan selat Johor menjadi laluan kapal apa jadi dengan pantai Singapura yang di reka untuk ketahanan sedemikian kekuatan dengan Causeway sebagai benteng dan Selat Johor bukan laluan kapal. Dari sudut emosi peduli apa dengan Singapura,tetapi di sudut undang2 macam mana pula dan macam mana pandangan negara2 lain. Mungkin kita lupa pada asalnya apa sahja yang mengalir dibawah tanah dan ruang angkasa di tanah kita adalah hak kita tetapi Parlimen telah mengubal undang, sebab itu kapal terbang boleh melalui ruang angkasa rumah kita dan kita tidak boleh menembak kapal terbang yang melalui rumah kita,kebun kita,kandang ayam/kambing kita. Kalau tidak banyak pesawat2 jatuh di tembak kerana mencabul ruang angkasa reban ayam kita

  1. 1 Tendencia diseno producto Trackback on Sep 14th, 2006 at 11:38 am
  2. 2 caribbean stud poker Trackback on Feb 28th, 2007 at 1:02 am
  3. 3 celexa Trackback on Mar 18th, 2007 at 12:50 am
  4. 4 soma Trackback on Mar 28th, 2007 at 9:12 am
  5. 5 diazepam Trackback on May 23rd, 2007 at 8:10 am
  6. 6 paxil Trackback on Jul 2nd, 2007 at 6:50 pm
  7. 7 ultram Trackback on Jul 12th, 2007 at 10:05 pm
  8. 8 levitra Trackback on Jul 15th, 2007 at 6:03 am
  9. 9 cheap ambien Trackback on Jul 24th, 2007 at 6:15 am

Leave a Reply