Saya akan berlepas ke Istanbul sabentar lagi inshaAllah untuk menghadiri Persidangan mengenai Muslims in Europe atas undangan Menteri Luar Turki dan akan terus kembali ke KL pada 2hb malam.
Persidangan tersebut akan membincangkan masalah umat Islam di Eropah, dan bagaimana mereka harus bertindak sebagai rakyat di negara Eropah yang dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tetapi mempertahankan aqidah dan identiti sebagai umat. Beberapa negara Eropah termasuk Turki, Sepanyol dan UK memberi sokongan supaya wakil umat Islam membahaskan isu ini secara terbuka terutama satelah kegelisahan dan bantahan di Paris serta penglibatan golongan kecil dalam kegiatan pengganas.
Sheikh Yusuf Qardawi, Sheikh Taha Jabir al Elwani akan memberikan kertas dasar dan saya akan mengupas isu Freedom of Expression.
Pautan blog dan media luar terkini:
2. SMH: Anwar for UN top UN job
















Kalau di Istanbul sekalipun jangan lupa main blog!
Turki selalu dikhabarkan oleh sebahagian pendakwah Islam di negara ini sebagai negara yang kelam kabut dan hancur nilai akibat menegakkan negara berdasarkan idea sekularisme. Wujud juga fakta sokongan seperti larangan memakai tudung dan penahanan bekas Perdana Menterinya, Eirbakan, kerana menyampaikan sebuah puisi yang dikatakan melanggar kebijakan negara yang mengamalkan sekularisme. Bagaimana Datuk Seri melihat Turki, secara jujur dan holistik.
negara kita tak kelamkabut dan hancur nilai?
Alang-alang di Istanbul(Islambol), sampaikan salam kepada mereka yang masih mahukan Islam diturki. Semoga keagungan Sultan Muhammad Al-fatih akan memberikan kekuatan baru kepada DSAI.
Slmkum DSAI, selamat berangkat ke Istabul. Kami mendoakan agar DSAI selamat di dalam perjalanan pergi dan pulang. selamat berjuang di dalam konteks ‘ the rising tide of Islam’.
Assalamualaikum DSAI,
Selepas ke Instanbul singgah-singgah la kat Dublin…Datin Seri tentu banyak cerita pasal Dublin
Benar sekali kata ucop_dublin tu DSAI & Kak Wan. sudah tentu ramai kawan2 yg nak dengar perkembangan2 terbaru politik tanahair dari mulut DSAI & Kak Wan sendiri. rasanya ucop bersama dgn hj fauzi & hjh hamdah boleh organise something for your visit, inshaAllah.
Kami berbesar hati kalau Dato Seri + Kak Wan dapat luangkan masa untuk singgah sebentar di Dublin.
Luangkan masa seteguk dua teh Barry kat rumah saya di Clonskeagh dan seandainya perlu ada sambutan bunga manggar saya bersama rakan-rakan di sini akan usahakan.
Ramai yang dahagakan info politik terkini tanahair terutama dari mulut Dato Seri sendiri mudah mudahan kita dapat sama sama merubah keadaan yang semakin tenat
Untuk pengetahuan SERIgala dan semua pengunjung blog, saya adalah marhaen biasa yang masih lagi mengikuti politik Dato Seri secara dekat.
Obor reformasi masih segar dijiwa walaupun ramai yang kecundang ditelan masa. Lawan tetap lawan….