(1) padamar menanyakan :
Assalamualaikum DSAI dan semua,
Sebelum ni saya ada menulis perkara berikut dalam blog:
Adalah dicadangkan agar Nama Islam Hadari ditukar kepada ‘Program Hadari’ saja. Ini kerana nama ‘Islam Hadari’ tersebut akan hanya menyempitkan lagi pandangan masyarakat. Nama Islam adalah tetap dan tidak akan berubah sampai bila, universal, meliputi seluruh alam, dari makan, pakai, kerja, tidur, hidup ,mati dan segalanya terkandung dalam Islam. Menamakan Sesuatu Program Dengan nama ‘Islam Hadari’ boleh menyebabkan umat Islam lebih berpecah belah.
Semangat yang ingin diterapkan dalam Islam Hadari tu memang baik dan patut disokong tapi sekali lagi saya mencadang agar namanya tersebut diubah kepada Program Hadari atau dengan nama lain. Ini bukan soal Politik tapi soal agama, agama umat Islam sejagat. Kepada pelaksana program ini saya memohon agar mengubah nama program ini kepada nama lain dengan berani demi maruah Islam itu sendiri.
Ini adalah antara komen saya melalui blog haloscan.
Pertanyaan saya,
1. Apakah pendapat DSAI berhubung dengan pengenalan Islam Hadari kepada Malaysia dan Masyarakat Islam keseluruhannya? Kerana apa yang saya dapati bahawa masih ramai umat Islam yang masih bingung tentang Islam Hadari. Dulu DSAI ada mempejuangkan konsep MADANI dan antara perlaksanaan yang nampak berjaya hari ini ialah dalam bidang ekonomi perbankan dan insuran takaful. Jika diteliti dan diperkemaskini, insyaallah perlaksanaan ekonomi Islam akan memberi prospek baru dalam dunia pelaburan yang lebih telus, bersih dan halal. Ini termasuk produk halal yang sedang diusahakan oleh pihak pemerintah ketika ini yang memiliki nilai pasaran berbillion dolar.
Pada pendapat saya secara peribadi, kita perlu menamakan sesuatu setelah ia lahir, bukan menamakan sesuatu sebelum ia lahir.Melainkan kita tahu secara pasti akan sesuatu itu. Maksud saya biarlah sesuatu perkara tersebut lahir dulu barulah kita namakannya melainkan sesuatu yang berunsur niat,objektif ataupun cita-cita. Saya lebih suka pendekatan berhikmah seperti melaksanakan sesuatu sehingga berjaya dan kemudiannya dengan sendirinya semua orang akan mengakuinya.
Bukan apa, niat Islam Hadari tersebut memang baik, tapi masih belum cukup untuk meliputi kehendak Islam itu sendiri yang lebih universal dan meliputi semua aspek. Pengenalan satu program dengan menggunakan nama pangkal Islam seperti ISLAM HADARI boleh mengecilkan ruang lingkup dan nilai sebenar dalam agama itu sendiri.
‘Perkampungan Hadari’ macam di Terengganu tu saya sokong kerana ia banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Kerana terdapat banyak halangan yang perlu ditempuh.
1. Sejauhmana Penjelasan ISLAM Hadari itu sendiri dapat sampai kepada semua umat Islam. Kenapa umat Islam, kerana Islam itu milik semua umat Islam seluruh dunia bukan hanya untuk Islam Di Malaysia. Berapa peruntukkan telah dibajet untuk tujuan ini. Kalau hanya setakat beberapa juta, ianya akan hanya sampai kepada beberapa kelompok orang saja. Persoalaannya ialah sejauh mana pihak kerajaan mengkaji keberkesanan penerangan dalam konteks pemasaran maklumat.
2. Adakah satu jaminan bahawa pengganti PM yang akan datang juga ikhlas memperjuang dan meneruskan usaha ISLAM Hadari tersebut?kalau ya alhamdulilah, kalau tidak?
Makanya, saya menyarankan agar nama ISLAM HADARI tersebut ditukar kepada “Pendekatan atau Program Hadari” lebih manis dan lebih hikmah, kerana sebarang kegagalan perlaksanaan program tersebut akan hanya memberi impak kepada program berkenaan dan bukannya kepada Agama Islam. Dan jika program itu berjaya, maka secara tidak langsung atau pun secara langsung ia akan memartabatkan keindahan Agama Islam itu sendiri.
Oleh yang demikian, sebagai pembangkang pada ketika ini, PKR ada tanggung jawab untuk membetulkan perkara ini, kerana ini bukan soal politik semata-mata kerana ianya melibatkan tanggungjawab terhadap agama.
” Apa ada pada nama? Dalam nama ada segala-galanya “
Satu lagi saya sebenarnya kurang syok dengan perkataan PEMBANGKANG, saya lebih suka perkataan ALTERNATIF. Saya turut menyarankan agar pemberian nama kepada sesuatu program harus ada nilai etikanya, seperti BARISAN BERSATU SARAWAK. Secara psikologinya perkataan ‘pembangkang’ dalam konteks minda orang kampung adalah negatif. Kalau negatif tidak sokonglah. Jadi saya cadangkan agar istilah Parti pembangkang, Ahli pembangkang dan kang-kang yang lainnya diberi nama timangan ‘ Alternatif ‘ atau lain-lain perkataan yang lebih bernilai positif.
“Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia.”
Mohon komen DSAI, biarpun pahit saya akan terima agar kotak pemikiran saya dapat diperbetulkan. Juga kalau ada Pakar-pakar hukum ISLAM, saya mohon nasihat dan pembetulan kerana saya memberi pendapat hanya berkisar dalam ruang linkup pengetahuan saya yang amat kecil.
Wassallam.
Sdr Padamar,Saya tidak pernag menganggap pemikiran sdr cetek. Sikap sdr meneruskan wacana membanggakan dan sesuai dengan tradisi ilmu. Ini yang cuba saya sarankan dlm mengutaran konsep masyarakat madani, yakni memperkasa rakyat. Disebaliknya jika kebebasan berfikir terus dikongkong, media terbelenggu, propaganda saja yang disiarkan, terjadilah saperti budaya dalam UMNO sekarang. Yang mampu dibicarakan hanyalah menurut telunjuk penguasa.Prinsip ini perlu dihayati sabelum dibahaskan isu madani atau hadari. Apa ertinya tamadun dan hadari sekiranya rasuah merebak, kebebasan disekat. Menurut Ibn Khaldun, gejala ini adalah bertentangan dengan umran hadari atau tamadun bahkan akan membawa tamadun kapada kehancuran. Justeru itu jangan dihirau soal merubah kapada program hadhari. Yang perlu diperbetul ialah konsep kenegaraan, pengurusan yang bersih dan adil.
(2) zack menanyakan :
Datuk Seri,
Bila nak ambil alih jawatan Presiden Keadilan?
Jika sudah boleh bertanding dalam piliharaya nanti, di mana kawasan pilihan Datuk Seri?
Secara peribadi saya amat menyanjungi pada Datuk Seri sebagai pemimpin tetapi terdapat tindakan DS seperti bersekongkol dengan DAP tidak konsisten dengan pegangan Datuk Seri sebelum ini.
Sdr Zack,Saya yakin dgn keupayaan pimpinan Kadilan termasuk Azizah, Dr SHusin dll. Saya memang terlibat aktif meskipun dihalang olih pemerintah BN utk memagnag jawatan formal. Saya baru selesai mengadakan pertemuan dgn semua Pengerusi Negeri, impinan Parti, Angkatan Muda dan Wanita. Saya juga memberikan ruang mendengar keluhan wakil peladang-petani, pendidik, kesatuan sakerja. Sdr sedar bahawa media milik pemerintah UMNO-BN tidak bebas dan sengaja menggelapkan berita mengenai kegiatan Keadilan. Kita harus berani menggerakkan pembaharuan dan tidak terperangkap dengan muslihat perasuah. Saya yakin dengan potensi PKR sebagai parti sosok sederhana yang teguh dengan pendirian mempertahankan Islam sebagai aganma Persekutuan disamping menghurmati prinsip kebebasan beragama, memlihara hak Melayu dan menjamin hak semua rakyat. Kita juga harus lebih insaf bahawa kalangan pemerintah yang mencanang isu bumiputra selama ini banyak yang merampas balak, saham, kontrak buat keluarga dan kroni.Muafakat dengan PAS tetap mantap dan sebarang kemasyghulan kita bincang sebagai sahabat. Pimpinan PAS juga menyokong penglibatan saya dalam PKR dan turut menggesa agar saya lebih aktif dalam persada politik negara bersama Pembangkang.Merujuk pandangan sdr mengenai DAP, perlu saya tegaskan bahawa saya pernah bersama pimpinan BN menyaksikan karenah pimpinan MCA, MIC, Gerakan dsbnya. Saya lebih menhurmati pimpinan DAP kerana prinsip memelihara hak raakyat, menentang rasuah. Segala kemusykilan kita dapat berbincang dgn terbuka. Tetapi dalam negara berbilang kaum dan agama kita perlu menunjukkan kesediaan berbicara secara terbuka dan memberi ruang kapada semua, asalkan untuk tidak bersekongkol dengan perasuah dan kalangan zalim.
Assallamualaikum DSAI,
Sekiranya DSAI dapat menguasai parlimen, melalui BA, apakah perancangan utama DSAI utk negara dan rakyat khasnya.
Saya merasakan DSAI akan amat berjaya sekiranya DSAI memimpin sebuah lagi parti melayu, contohnya PAS, kerana PAS seolah-olah ketandusan pemimpin ulung yang boleh mencorakkan perjalanan parti tersebut. Bukan DSAI tidak mampu memimpin PKR, tetapi parti ini kurang popular kepada orang melayu terutama di luar bandar, padahal penyokong sesuatu parti di luar bandar selalu menjadi kuasa penentu untuk setiap pilihanraya umum. sesungguhnya saya katakan orang melayu diluar bandar memerlukan pemimpin seperti DSAI. Apa pendapat DSAI.
Melalui ceramah-ceramah DSAI yang dapat saya lihat melalui maya, kebanyakkan intipati ceramah DSAI banyak menjuruskan kepada kepincangan kerajaan memerintah (BN) apakah pendekatan DSAI ini bisa sahaja untuk menarik perhatian umum (rakyat) untuk beralih angin kepada BA? Saya merasakan situasi politik kini pengundi memerlukan jalan penyelesaian kepada isu-isu semasa (kenaikan petrol, letrik, barangan pengguna), bagaimana DSAI dapat mengadaptasikan isu ini dengan satu jalan penyelesaian ?
Sdr Amir Shafie,Saya telah menyentuh permasalahan yang dibangkitan dalam jawapan saya kpd Sdr Zack dan beberapa soalan terdahulu. Mengenai perancangan PKR dan BA, sila ruj Agenda Pembaharuan dan Manifesto BA.Isu politik, pendidikan, ekonomi, Islam, budaya dll ada yang sentuk dalam beberapa siri ceramah. Saya sedang menyiapkan bebrapa rencana buat menjelaskan lagi pendirian kami dalam isu-isu tersebut.
















Assalamualaikum DSAI,
Semasa drama paling glamour DSAI berlangsung, saya baru melepasi peringkat sekolah. Saya betul2 mula mengenali DSAI di akhir versi 2.0 DSAI. Nothing much to say berbanding mereka yang lebih tua dari saya yang mungkin hidup sejak zaman versi 1.0 DSAI. Saya dilatih supaya tidak taksub/mengagungkan/mengidolakan(name what ever term) sesiapa melainkan ilmu/kepimpinan yang ada kepada seseorang. Saya mengkagumi ilmu/kepimpinan/siasah yang ada pada DSAI. Saya ingin bertanya, apakah major changes dari versi 2.0 dan 3.0 DSAI selain yang boleh didapati dalam media perdana. Jika satu program(software) bertukar versi maka akan ada satu log file yg menyatakan perbubahan2 yang berlaku. Sudilah kiranya didetailkan perbezaan tersebut.
Ana akhuka fillah
Saja ja melawat semoga Dato’ Seri akan senantiasa sihat hendaknya !
Terasa sungguh gembira mendengar ceramah saudara di Kamunting beberapa bulan lepas. Sentiasa saya tertanya-tanya kenapa peribadi seperti saudara menyertai UMNO. Dan di ceramah tersebut saya telah mendapat jawapan yang cukup memuaskan hati saya. Terima kasih.
Cuma di ceramah tersebut saudara tidak menyentuh tentang Almarhum Ustaz Fadhil Noor. Minta saudara ceritakan sedikit sebanyak tentang Almarhum kerana saya rasa banyak kelebihan Almarhum yang kita semua tidak ketahui yang boleh diambil pengajaran untuk meneruskan perjuangan ini.
Assalamualaikum DSAI,
Saya ingin tahu mengenai masalah kegawatan ekonomi yg melanda Malaysia pada 97/98.Ada yg mengatakan idea saudara meminta bantuan drpd IMF(Bank Dunia) ketika itu dan apakah ianya satu tindakan yg tepat? Dan adakah strategi kerajaan menangani kegawatan ekonomi itu berkesan?